Nuffnang Ads

Sunday 2 June 2013

Hong Kong, Bahagian I

Mukaddimah
Ni lah bunga rasmi HK, diabadikan pada bendera mereka.



Hong Kong, ada orang kata gelarannya adalah "Mutiara di Timur". Pertama kali jejakkan kaki di HK, masih terasa lagi tinggalan British di pulau ini, dari segi sistemnya, simbol di jalan raya, kedai-kedai, sekolah, gereja dan rekabentuk bangunan-bangunan kolonial (tak nampak Tesco/Morrison/Asda la pulak!). Cuma bezanya amat jarang nampak muka mat saleh tapi banyak muka orang cina. Hahaha. Sedikit sejarah: HK dijadikan tanah jajahan British setelah Kerajaan Dinasti Qing tewas kepada British dalam Perang Candu I (1839-1842). Mula-mula jajahan British tu di sekitar pulau sahaja, tapi tak lama lepas tu mereka ambil sebahagian kawasan di tanah besar China, sekarang ni lah tempat tu dipanggil Kowloon dan New Territories. Eh! macam kesah Pulau Pinang ek? Mula-mula British ambil Pulau Pinang, lepas tu ambil pula Seberang Perai (dari Sg. Acheh ke Penaga, Tasek Gelugor ke Bandar Baharu - besaq tu!).



Pulau HK waktu siang (ada gangguan kabus siket)
Pulau HK waktu malam, ada hiburan percuma, bot layar merah tu selalu buat show
!

Ok, lupakan sejarah sementara waktu. Aku lepak di kawasan Tsim Sha Tsui, Kowloon. Kawasan yang strategik. Ada masjid, restoran halal, senang nak ke Pulau HK, dekat dengan stesen keretapi Kowloon, dan terima kasih kepada Abg. E yang cadangkan tempat ni pada aku. Aku luangkan masa selama kira-kira empat hari di HK. Secara keseluruhannya, sebagai pengembara aku kata ok, kalau ada 5 bintang aku bagi 3.7 pada HK. Kebersihan ok, tempat menarik banyak, ada sumber makanan halal, sistem pengangkutan murah dan mudah (ketepatan waktu bas tiba seperti/hampir seperti di UK), kos penginapan pun ok tengok keadaan. Peluang nak buat perniagaan kat sini? tu aku belum dapat maklumat yang cukup, kena tanya tauke dari Malaysia yang menetap di sini. Ramai kan? Peluang belajar? Kalau aku la, ok je aku duduk kat HK ni. Ada universiti terbaik di Asia, boleh ambil peluang nak mahirkan bahasa Kantonis. Aku pernah terkedu tengok ada sorang awek minah saleh begitu tekun buat latihan bahasa Mandarin sambil minum di airport HK. Sebab yang dia buat tu amat-amat asas. Aku penah belajo dulu tapi banyak lupe sebab tak guna. Di kawasan Kowloon ni ramai juga orang India/Pakistan dan Afrika. Dari Asia tenggara pun ada tapi orang dari Malaysia banyak yang melancong. Hahah. Di sekitar TST ni, orangnya begitu padat. Pukul 10mlm pun ramai orang lalu lalang lagi terutama di jalan besar.

Masjid Kowloon, Nathan Rd. TST
Penginapan
Haa, ni topik yang menarik jugak. Biasanya kalau cerita/cakap tentang HK, rasanya semua dah tahu tentang kepadatannya, ramainya orang, tingginya bangunan dsb. Aku lepak di hostel, di Nathan Rd., Tsim Sha Tsui, Kowloon. Bagi aku ok la hostel tu (tgk org jugak la, mungkin ada orang kata seempiiiitttt!). Dah nama pengembara, dan nak bayar murah maka tidolah aku dalam bilik yang muat untuk dua orang tapi macam utk sorang. Aku tempah bilik yang ada bilik mandi dan tandas sendiri, senang tak perlu nak kongsi2. Kos dalam USD90-150 semalam. Lokasi berdekatan dengan Masjid dan Islamic Centre Kowloon. Jalan kaki dalam 10-15minit boleh sampai ke Area of All Stars, Heritage dll yang berdekatan dengan kawasan tanjung Kowloon. Pintu keretapi bawah tanah (MTR) pun banyak di sini. Nama hentian MTR tu ialah Tsin Sha Tsui (red line). Selain tu, boleh juga lepak di hostel berdekatan seperti Cungking Mansion, Mirador Mansion, Burlington House dll. Memang banyak hostel di mansion-mansion tersebut. Chungking Mansion ni sebuah bangunan besar, berblok-blok dan ada banyak hostel. Mansion ni dah diubahsuai, restoran, pengurup wang dan kedai keperluan asas. Nak beli rempah pun ada. Cuma kawasan ni ramai Asian dan Afrikan. Mungkin ada orang tak suka (boleh semak maklum balas dalam TripAdvisor) tapi aku lalu situ ok je. Kat tempat orang jangan la carik pasal. Cuma pekerja restoran je yang sibuk nak tarik aku ke kedai mereka. Kebanyakan tempat menginap kat TST ni lebih berbentuk hostel. Kalau nak cari hotel yang lebih selesa ada banyak, harganya kena lah pada namanya. Di TST, Kowloon sahaja ada Hyatt Regency, Marco Polo, The Royal Pacific, Guangdong dll hotel besar. Sebelum ke sana boleh google dan buatlah kerje siket.

Pengangkutan
Untuk bergerak dekat-dekat, boleh aje gunakan bas. Mudah dan murah. Beli kad prabayar Octopus (kat UK dipanggil Oyster) http://www.octopus.com.hk/home/en/index.html dan naik lah sepuas hati. Orang HK beratur nak naik bas.  Kalau nak bergerak jauh siket, naik lah MTR. Tapi bagi aku la kan, HK ni menarik di kawasan yang dekat2 aje, jadi naik aje bas. Tempat menarik yang jauh siket seperti Disneyland (Pulau Lantau), Ocean Park (Aberdeen - Pulau HK), Stanley Beach (Pulau HK) atau Clear Water Bay (Pulau HK) barulah boleh naik MTR. http://www.mtr.com.hk/eng/homepage/cust_index.html. Apapun, tengoklah tujuan anda ke HK ni, kalau setakat nak bawa budak-budak ke Disneyland, naik sahaja MTR dari lapangan terbang ke Disneyland. Chek Lap Kok airport - Sunny Bay (green line) - Disneyland Resort (Purple line). Kalau nak jalan-jalan ke Kowloon & Pulau HK, naik bas terus ke Tsim Sha Tsui, jika tak silap dalam HKD40 sehala. Naik MTR boleh juga, dari airport turun di Kowloon station (green line). Bagi mereka yang pertama kali datang ke HK, dan tiba pula pada waktu malam, dinasihatkan ambil sahaja teksi di Kowloon station tu untuk ke destinasi anda. Anda pasti keliru dengan kedudukan bangunan yang tinggi untuk cari jalan keluar. Kalau siang ok lah. Selain bas biasa, boleh naik Big Bus Tours yang ada bumbung terbuka macam di London tu (nama pun sama). Bas ni akan lalu di laluan yang ada tempat menarik. Ada tiga laluan bertema yang perlu dipilih; Merah, Biru, Hijau. Merah untuk laluan di Pulau HK, Biru untuk laluan di Kowloon hingga Langham Place (jauh siket ke utara TST) dan Hijau untuk laluan the Aberdeen's Ocean Park dan Stanley Beach.
http://www.bigbustours.com/eng/hongkong/custompage.aspx?id=hong_kong_sightseeing_tour&gclid=

Tempat untuk dilawati
Ni mesti ramai nak tahu. Bagi aku tempat menarik banyak di Pulau HK. Di Kowloon anda boleh ke Arena of Stars (ada bintang bernama atas lantai mcm kat LA tue) tapi tempat ni tepi selat HK mengadap Pulau HK. Di sini mlm2 ada pertunjukan laser percuma, ramai2 la berdiri di promenade tu. Selain tu ada Space Museum, Museum of History, Culture Centre, 1881 Heritage dan Ocean Terminal. Kalau jauh ke utara siket ada Jade Market, Temple Street Night Market dan Ladies Market. NI kalau nak beli belah la. Di sekitar 1881 Heritage tu ada banyak kesan sejarah kolonial, difahamkan bangunan Heritage tu sendiri bekas ibupejabat polis marin HK. Perggh, teringat aku filem Project A. Nasib baik Jackie Chan takde dengan aku masa tu. Tempat tu memang cantik dan strategik. Di Ocean Terminal anda boleh ke Pulau dengan menaiki feri. Aku tak naik dari situ, tapi dari pulau ke TST naik feri. Di Pulau HK? Sini ada banyak bangunan tinggi. Paling tersergam bangunan Bank of China tu lah. Antara tempat yang menarik ialah The Peak, satu kawasan tinggi yang ada Madame Tassauds dan kedai-kedai cenderahati. Dari atas bukit ni kita boleh tengok Kowloon dan Pulau HK dari atas. Untuk ke The Peak ni, anda boleh naik bas, tram dan teksi. Aku nak guna Tram, turun guna bas. Bas lagi murah tapi lambat siket la, banyak berhenti. Selain tu ada Wan Chai Computer centre and tempat melepak d Causeway bay. Jeng...jeng....jeng.....sesiapa pernah tonton kisah Chan Ho Nam dan Chicken tahu lah tempat ni yer. Di balik pulau (bukan Balik Pulau Pulau Pinang yer) anda boleh ke kawasan Aberdeen dan Repulse Bay. Di sini untuk aktiviti berasaskan air. Ada sampan ride, water park, Ocean Park dan pantai untuk main air. Aku tak pernah ke situ sebab banyak habiskan masa pusing kawasan Kowloon dan Pulau HK yang mengadap Kowloon.

Makanan halal? Kita sambung Bahagian II.

1881 Heritage - cantik tak waktu malam?

Jalan naik ke The Peak guna tram

Pemandangan dari atas The Peak

Tsim Sha Tsui waktu malam



No comments:

Post a Comment