Nuffnang Ads

Friday 25 October 2013

Krabi, Thailand

Tak banyak dapat aku kongsi bagi lawatan ke Krabi ni. Kalau dengar, macam 'best'. Ye lah Krabi. Tentu ramai yang tergambar pantai-pantai berpasir putih dan lautan yang menghijau. Beberapa pantai di sini dikatakan sebagai di antara yang terbaik di dunia. Aku tak pergi sebagai backpacker traveller seperti sebelum ini. Saje nak cuba pulak ikut trip beramai-ramai. Nak tahu juga macamana rasanya. Aku kategorikan pengembaraan kali ini sebagai 'seadanya'.

Mercu tanda semula jadi Krabi: Khao Khanab Nam. Alaaaa, macam 3 Sisters di Sydney atau
 Five Fingers Peak di Wulingyuan-Changsha tue.

Kalau ikut rancangan awal, macam OK. Banyak melawat kurang shopping. Tapi di tengah jalan semuanya jadi fleksibel. Terlebih fleksibel. Dah jadi banyak shopping dan kurang melawat. Melawat jugak la tapi ke kedai. Kuikukui. Entah macamana boleh ke Phuket untuk 3 jam ++ sahaja, dan jam selebihnya atas bas la jawabnya. Eh, macam cerita Afdlin Shauki pulak ye, "Untuk 3 Hari". Hehehehe. Korang tahu berapa jauh dari Krabi ke Phuket? Lebih kurang 165km sehala, jalan darat yang bukan macam Penchala Link Expressway. Sebelum tu kalori telah dibakaq semasa berkayak di Andaman Sea (aku tak kayuh pun, fulus yang kayuhkan). Nasib baik bas tu selesa dan jurumudinya pun OK. Tap, tip, tup, pukul 1.30pg kot sampai hotel di Krabi. Tu la, sapa suruh setuju masa undi. Padan muka aku. Kalau diam tu tandanya setuju lah. Kan nakhoda bas dah tanya tadi. Risikonya tau dah. No problem. Redha je. Saja nak kongsi pengalaman. Nama pun travelog kaaaannn? Kesimpulannya adalah seperti di bawah;

% Conclusion
% trip_positive

// home (A);
// bus (full, time in)
// load: 8y = 2x^3 + 3x
// y = F;         % Force
// x = M;        % Mass
// if load trip;
    {
//        then;
//        Analoginput = ++2;
//        Digital output (RON X^2);
//        Digital output ('timeX', t^3 );
//        Digital output ('cycleX', 20^3);
//        print~ ++.bat;
      }
// shift ('phuket', __ pm);
// shift ('krabifarm');
// shift register ('trade>input');
// input '0';  
// flexmode (sine 30);
// press out (10^3);
// turn OFF (volume; 0);
// while;
// out 1= ( phi phi: --);
// out 2= (ao nang:--);
// out 3= (khao khanab nam:--);
// out 4= (what tham sua:--);
// out 5= (phra nang kave:--);
// out 6= (noise parker 'elephant camp':--);
// out 7= (koh panyee: ++);
// out 8= (krabitown:+-);
// out 9= (mosque:+-);
// out 10= (danoque:++);
// return (A);
// printf (image, RGB, file#1:23);
// end

Hasil program yang ditulis adalah seperti di bawah. Boleh buat analisis pulak selepas ni. Kalau korang paham ok lah. Kalau tak paham, ada aku kesah? 
~selamat~


Salah satu Masjid di Krabi

Kat tempat shopping

Shopping lagi

Sempat jugak aku tangkap gambar laut Andaman ni.

 Di Krabi Coastal Fisheries Research and Development Center @ Krabi Fish Farm, berdekatan Pantai Ao Nang

Krabi Fish Farm

Ikan Nemo pun ada?

Penyu djinak

Ntah apa la dia cakap pasal aku.

Ape tuh?

Demo beri makan ikan. Kat sini ikan yu pun ada.

Lepas bagi ikan makan, kitorang pulak makan. Tapi ni gambar hari lain la.

Ni air mineral ke air bateri ni?

Melawat kedai proses gajus dalam perjalanan ke Phuket

Kedai gajus (lagi-lagi shopping)
Kedai shopping otw ke Phuket

Fuhh, nasib baik tak shopping kat sini! Kalo tak aku da beli satu. :-)

Melintasi Premium outlet. Tak berenti pulak ye bas. Nasib baik.

Phuket waktu malam: untuk 3 jam. Muahahahahaha!

Phuket: amaran tsunami


Krabi Crab Pier, lokasi nak lihat Khao Khanab Nam.

Ni bukan bas kitorang. Ayat pasif. hehehe.

Camni le lebih kurang pekan Krabi.







No comments:

Post a Comment