Nuffnang Ads

Saturday, 16 November 2013

Tangkuban Perahu, Bandung, Indonesia

Gunung berapi aktif, 'Tangkuban Perahu', tarikan utama di Bandung
Dikelilingi oleh bukit dan kedudukannya di tanah tinggi membuatkan Bandung sentiasa dingin dan nyaman sepanjang tahun. Lebih kurang macam Malang yang juga di Pulau Jawa. Dengan keadaan geografi sedemikian, terdapat beberapa tempat yang menjadi tarikan utama di Bandung. Antara yang paling kerap menjadi kunjungan ialah Gunung Berapi Tangkuban Perahu. Tapi bila sampai situ tak nampak macam perahu pun! Haaa, bukan macam tu. Dari jauh baru nampak puncak gunung ni macam perahu yang tertangkup/terbalik. Bila dah dekat memanglah nampak kawah. Kalo tak bukan gunung berapi namanya! Haaaa, apa lagi?



Bila tiba di puncak, tempat ni dibahagikan kepada 2 bahagian utama. Pertama, ada bangunan berpelantar di bumbungnya dan satu lagi kawasan kedai yang menuruni bukit. Sebenarnya ada kawasan ketiga iaitu tempat parking, kuikuikui. memang terasa sejuk dan nyaman tempat ni. Mau taknya, aku berada pada ketinggian 1,830m dari aras laut. Cuma ada sedikit bau sulfur. Dalam bangunan tu ada mini muzium yang menceritakan tempat ni. Kalau nak kenal2 batu gunung berapi marilah tengok di muzium ni. Menurut seorang kurator di sini, sekitar kawasan gunung berapi ni memang bahaya, oleh itu janganlah memandai hiking di sini. Bukan sebab binatang buasnya tetapi sebab gas toksik yang terbebas secara tiba-tiba. Pak rimau pun boleh mati keracunan tiba-tiba. Tak percaya? tengok gambar di bawah. Tapi jangan risau kat kawasan atas ni selamat sebab ruang udara terbuka. Yang bahaya di lereng gunung terutama tempat yang tersorok.

On the way nak ke puncak

Pak rimau yang mati kekejangan terhidu gas sulfur

Kat puncak tu tempat tengok kawah gunung. 1830m tinggi
Kawah gunung berapi - tasik sulfur di tengah.

Ada batu tufa? Macam tau fu fa je....

Model Gunung Berapi Tangkuban Perahu di mini muzium tu

Di kawasan kedua ada deretan kedai jual pelbagai cenderamata, t-shirt I love Bandung (bukan orang Bandung ya!) dan buah-buahan. Hmmm, buah ya? Aku belilah strawberi, raspberi dan blackberi untuk anak aku. Perrghhh....manis kemain. Tapi bile bawak balik hotel jadi tak manis. Aik? Nak kena makan kat gunung ye buah? Di sekitar zon tengok kawah gunung berapi tu ada ramai penjual batu gunung berapi berwarna yang dibuat rantai leher dan tangan. Menurut mereka batu-batu ni ada tenaga tertentu yang baik untuk keadaan tertentu badan. Hati-hati ya, jangan terpesong akidah! Semua datang dari Allah. Kalau diperhatikan, mereka yang menjadi penjual solo ni tak dibenarkan masuk ke ruang deretan kedai tu. Mungkin ada perjanjian. Penjual-penjual solo akan ikut anda ke mana sahaja, tolong cerita, tolong tangkap gambar...... cuma tak belanja minum kopi je kat kedai di situ. Hahahahah, lawak je. Beli tak beli, terpulanglah pada anda.

Pintu masuk ke deretan kedai

Deretan kedai di tepi kawah gunung berapi
Kedai-kedai cenderamata








No comments:

Post a Comment