Nuffnang Ads

Friday, 21 March 2014

Sydney, Bahagian III


Circular Quay dan Darling Harbour

Circular Quay - pusat setempat untuk beberapa lokasi menarik di Sydney

Kawasan 'City Center' Sydney bertumpu di dua teluk di bahagian selatan muara Sungai Parramatta yang besar ni. Muara yang dah macam tasik besar sehingga boleh menempatkan kapal dan feri sebesar Star Cruise. Opps, orang kenal dan peduli ke pasal nama sungai ni? Ok lah, kawasan segi tiga emas Sydney meliputi Botanic Garden - Darling Harbour - Central Train Station. Di Malaysia lebih kurang macam Masjid Jamek - KLCC - Pudu, gitu (kalau salah maaf ye, aku bukan pengarah DBKL atau Datuk Bandar Kolumpo!). Kawasan yang jadi tumpuan ramai orang sama ada orang tempatan atau luar. Di sinilah pusat pentadbiran, 'business district' dan beberapa 'bekas' pelabuhan utama. Dua pelabuhan lama ni dinamakan Darling Harbour dan Circular Quay. Ia masih lagi digunakan hingga kini tetapi telah dikecilkan fungsinya untuk mengangkut penumpang sahaja. Kalau masa untuk melawat ke Sydney ni singkat, aku cadangkan pergi aje ke tempat ni sebab di sinilah Sydney bermula dan berkembang dan banyak perkara boleh dilihat, dinilai dan dianalisis (bagi sesiapa yang suka berfikir). Kalau kota Melaka bermula dengan ceritera Raja - Kancil - Pokok Melaka dan Rome pula dengan ceritera Romulus & Remus, Sydney ni pulak macamana ye?



Circular Quay (CQ)
Bekas pelabuhan besar - terletak di Sydney Cove. Ada feri untuk pusing dekat-dekat, ada feri untuk seberang sungai (ke Taronga Zoo dsb) dan ada juga feri cruise yang besar. Sekitar CQ ni ada:
  • The Rocks - link
  • Sydney Opera House
  • Royal Botanic Garden (sebelah Opera House)
Semuanya dekat-dekat, boleh jalan kaki je. Maklumat lanjut tentang CQ ada di sini. Maklumat tentang feri pula ada di sini dan di sini. Untuk ke sini boleh menaiki train (line T2 atau T3), bas atau teksi (teksi di sini mahal woooo). Jika naik train, hentiannya adalah Hentian Circular Quay. Biasanya jika orang nak pengalaman naik feri, naiklah dari CQ ni sehingga Darling Harbour. Laluannya akan melewati Sydney Bridge dan beberapa hentian kecil.


Darling Harbour (DH)
Juga bekas pelabuhan. King Street Wharf adalah salah satu jeti yang masih digunapakai sehingga kini. Lebih banyak tempat menarik dan juga restoran di sini. Senang cerita, tempat ni adalah tempat untuk rakyat jelata bersuka ria, berhibur, minum-minum, mengendurkan otot yang tegang dan belajar banyak perkara baru. Bergantung macamana cara anda untuk melepak. Melepak secara positif dan minum yang halal tak salah kan? Di Harbourside Shopping Centre tu ada la beberapa kedai makan halal. Untuk ke sini anda boleh naik Light Rail (Convention Centre) atau Train (Wynward atau Town Hall). Bas dan teksi juga ada tapi aku lagi suka naik rail. Sekitar DH ni ada;

  • Aquarium (Sealife - hidupan laut)
  • Wildlife Zoo (boleh tengok hidupan liar Australia)
  • Madame Tussauds
  • Australian National Maritime Museum (ada Kapal perang dan replika HMS Endeavour)
  • Sydney Convention Centre
  • Powerhouse Museum
  • Jeti untuk Whale Watching
  • Jeti untuk Cruise James Cook Ship 
  • Tumbaloong Park
  • Chinese Garden
  • Convention & Exhibition Centre
  • Harbourside Shopping Centre
Hmm, bagi aku kalau ada dua hari dah habis masa di dua tempat ni aje. Aquarium Sealife tu, mungkin seakan Underwater World di Langkawi. Tapi di Wildlife Zoo agak unik sebab ada haiwan yang hidup di benua Australia. Huhuhu, nak belajar pasal haiwan ni kena ke Sydney ye? Kopak la duit den....Cuma kurang seronok siket di Wildlife ni nak pegang Koala kena bayar tambahan. Kanggaroo pun duduk dalam kurungan. Orang kata kalau di zoo baru boleh melompat dengan kanggaroo. Di National Maritime Museum tu selain bangunan ada sebuah kapal perang, kapal selam dan kapal penyelidikan zaman dulu, menggunakan layar iaitu replika HMS Endeavour. Kapal ni terkenal sebab James Cook naik kapal ni ketika meneroka New South Wales dan New Zealand. Ooo, gitu. Kapal The Flying Dutchman dan Black Pearl takde ke? Ahoy! Ahoy!

 Town Hall - tak jauh dari Darling Harbour

 Business District di sekitar Sydney City Centre

 Feri pelancong jelajah jarak jauh yang sedang berlabuh di Circular Quay

 Circular Quay - gambar diambil dari hentian keretapi Circular Quay.

 Dua monumen ni mesti ada untuk menggambarkan Sydney, bukan yang depan ni. Yang di belakang tu - Sydney Opera House dan Sydney Bridge

 Haaa, ni dia HMS Endeavour - macam dalam citer Pirate of Caribean je? Yang Lord Beckett naik tu ke? Bukan, design pun lain. Kapal ni kapal research, bukan taraf frigate atau battleship. Kapal yang betul digunakan oleh James Cook untuk meneroka rantau Australia dan New Zealand ni.Ini replika sahaja.

 Akuarium - sinonim dengan Australia.

 Sekitar Darling Harbour

 Tengok ni...bot teksi pun ada. Patutla Australia selalu keluarkan jaguh renang pingat emas olimpik.


 Pintu masuk ke Wildlife Sydney. Dalam bandar tepi laut ni pun diorang boleh buat hutan. Ada buaya besar oooo. Nanti dalam lain entree aku tunjuk.


 Sealife - dari luar tak nampak apa-apa kan? Pandai betul mereka ni cover line....Tapi kat dalam ni ada macam-macam ikan. Dugong ada, duyong pun ada. hehehehe. Bawal emas dan siakap pun ada. Serius! Seingat aku, aku tak jumpa pulak bawal emas dan siakap di KLCC atau Langkawi.

 Sekitar Darling Harbour

Sekitar Darling Harbour. Ni semua banyak restoran mewah.

Aktiviti rakyat dihujung minggu. Sang penglipur lara cuba menarik perhatian. Tukang karot ada tak? 

 Wah, wah, wahhhhh, main api nampak? Jangan tiru di rumah ye! Nanti membakar diri.

 Juga tempat anak-anak kecil main air. Macam depan Suria KLCC. Tapi aku rasa kalau nak main air baik Malaysia lagi sebab cuacanya yang panas lembap, orang suka main air.

Darling Harbour dan Cockle Bay. Tengok kemudahannya yang lengkap.



Ada sesiapa rindu dengan tempat ni ke? Darling Harbour. Yang tengah tu Pyrmount Bridge.




No comments:

Post a Comment