Alor Setar, sebuah bandaraya yang berevolusi sejak berzaman menjadi pusat pentadbiran salah satu kerajaan yang tertua di alam melayu. Aku sempat menjejakkan kaki sebentar sahaja di bandaraya dalam siri lawatan serba ringkas aku ke dua negeri yang paling utara di semenanjung Tanah Melayu. Kali ini, aku nak cari 'city centre' @ 'ground zero' Alor Setar ni sebab selama ni asyik lalu ikut lebuhraya je. Kalau ada masa, ikutkan hati aku nak berbackpacker sorang-sorang kat Alor Setar ni, banyak benda perlu aku teroka. Dengan masa yang singkat, aku sempat analisis tempat ni. Memang strategik. Tak jauh dari Kuala Kedah, dan Alor Setar terletak di simpang tiga sungai, lebih kurang macam Sungai Gombak dan Sungai Kelang tu. Jadi, kalau ikut masa sekarang ni, manakah tempat asal Alor Setar ni? Bagi aku, mana lagi kalau bukan di kawasan Masjid Zahir, Balai Besar, Balai Seni, Balai Nobat dan Menara Jam (yang lama tu). Aku dapat rasakan ada sesuatu yang unik dengan tempat ni. Nak kata lama, tak lah selama Kuala Muda yang menempatkan kerajaan tua Kedah. Mengikut rujukan, Alor Setar dibuka oleh Sultan Kedah ke-9, iaitu Sultan Muhammad Jiwa. Tapi ada sesuatu yang menarik dengan tempat ni dan masalahnya aku tak tahu apakah dia. Dua kali Alor Setar diserang (aku tak tahu sejauh mana kasualitinya) oleh bugis dan siam tapi Sultan Kedah berikutnya tetap jadikan kawasan ini sebagai pusat pentadbiran.
Di tengah Alor Setar ni, memang aku kagum dengan dua binaan ni, Masjid Zahir dan Balai Besar. Kagum sangat-sangat. Balai Besar, tempat yang pernah digunakan untuk menabalkan Sultan-sultan Kedah mempunyai rekabentuk seni Melayu yang unik. Sekali tengok, macam istana Keraton Jogya pun ada. Senibina Melayu yang mempunyai kelas yang tersendiri. Begitu juga dengan Masjid Zahir. Apa pendapat mengatakan senibina masjid ni di ilhamkan dari senibina Masjid Azizi, Kerajaan Melayu Langkat di Sumatera Utara (Kabupaten Langkat). Allahu'alam. Adakah arkiteknya anak murid Mimar Sinan dari Istanbul? Hehehehe. Berbeza dengan kebanyakan bangunan sekarang, banyak rekabentuk bangunan dah tiada identiti. Pendapat aku, penjimatan kos bukan alasan untuk rekabentuk 'bangunan kotak'. Akhirnya banyak 'bangunan kotak' tersebut di'tag' "For Sale", Bank lelong, jadi sarang burung, "For Rent" dan sebagainya. Apakah maksudnya itu? Kalau kalian ada kesempatan, cuba lihat bangunan lama di eropah, Korea dan Jepun. Walaupun musnah akibat perang, mereka tetap kekalkan sebaik mungkin bangunan mereka yang mewakili identiti mereka. Aku harap dapat datang semula ke tempat ini untuk kajian yang lebih mendalam. Tengok bajet dan masa jugak lah yer...Apa-apa pun semua itu bergantung kepada izin-Nya.
Balai Besar. Kira macam parlimen zaman dahulu la ye?
Balai Seni...
No comments:
Post a Comment