Nuffnang Ads

Thursday, 25 September 2014

Masjid Jamiul Anwar, Ho Chi Minh City


September 2014. Kembara aku ke Ho Chi Minh City (HCMC) tak lengkap tanpa mengkaji perkembangan Islam di HCMC. Bagi sesetengah orang, mereka lebih suka ikut pakej kembara di mana semuanya telah disediakan. Ini termasuk penunjuk jalan, restoran halal, lawatan ke tempat-tempat menarik, lawatan ke masjid dan kampung-kampung orang Melayu Champa di HCMC. Ini lebih mudah dan insyaAllah keselamatan juga lebih terjamin, apatah lagi di tempat orang yang majoritinya tidak menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris. Bagi aku pula, mungkin darah penjelajah yang ada dalam badan aku (bukan aku nak, semuanya dari Allah jua) menyebabkan aku mencari sendiri kawasan penduduk Melayu Champa dan madrasah pengajian Islam yang ada di HCMC. Aku cari seorang diri. Seperti biasa, aku buat 'kerja rumah' terlebih dahulu untuk mengenalpasti lokasi madrasah tersebut, pengangkutan pergi dan balik, jalan alternatif, pelan kontigensi semasa kecemasan dan juga kos berkaitan. Blog-blog orang terdahulu amat membantu. Terima kasih. Memandangkan masa yang ada agak terhad (4 siang), aku hanya sempat ke satu madrasah sahaja iaitu di Masjid Jamiul Anwar. Madrasah ini terletak di Duong Ba Trac, District 8, jauh sedikit ke selatan bandar HCMC. Untuk ke sana, aku naik teksi Vinasun. Kos: VND 60 000. Aku diturunkan di tepi jalan besar Duong Ba Trac dan ada papan tanda menunjukkan masjid hanya 200m dari tepi jalan besar tersebut. Pemandu teksi tu minta maaf pada aku sebab tak boleh masuk lagi ke dalam sebab memang bukan laluan untuk kereta. Eh, macam faham pulak ye aku dia minta maaf. Secara automatik aku boleh faham bahasa Vietnam ye! Buat-buat faham je sebenarnya. Maka perjalanan aku pun bermula dari situ. 


 
Lokasi Masjid Jamiul Anwar dan jarak relatif ke Ben Thanh Market.

Alamat:
157 B/09 Duong Ba Trac Street, District 8, Ho Chi Minh City, Vietnam


Memang lorong di situ amat sempit dan sesuai untuk motosikal dan basikal sahaja. Dari jalan besar sudah kelihatan beberapa gerai dan kedai berlogo halal. Hmmm, memang kawasan orang muslim. Nampaknya aku tidak salah tempat. Dalam pembacaan aku sebelum melawat, kira-kira ada 200 keluarga muslim di sekitar masjid ini. Makin ke dalam mula kelihatan beberapa kanak-kanak dan remaja berpakaian jubah putih. Nampaknya sudah dekat tetapi masih tak nampak masjid. Aku teruskan perjalanan.....tiba-tiba jumpa sungai. Siap ada orang jala ikan lagi. Aik? Kalau dalam peta ini memang dah jalan mati! Mana masjidnya? Aku berpatah semula dan terjumpa pula kanak-kanak berkopiah main basikal. Haaa, ni mesti orang Islam, harapnya. Aku tanya, "Madrasah...Masjid, di mana?" Ringkas. Cakap melayu je lah senang. Dia angguk dan bawa aku ke sana. MasyaAllah, rupanya ada lorong lain. Makin lama makin kecil. Sehingga kali ini kalau motor lalu, penjalan kaki kena mengelak kerana terlalu sempit. Inilah 'adventure' yang aku suka. Banyak sungguh mata memandang dari kiri dan kanan. Aku jalan selamba. Buat tak tahu je, sambil mengekori kanak-kanak tu naik basikal. Akhirnya, Alhamdulillah, sampai juga di Masjid tersebut. Aku jumpa semula kumpulan remaja berjubah tadi. Tiba-tiba mereka beratur depan masjid bersama guru mereka (aku agak). Alamak? Apa ni? Diorang nak sambut aku ke? Hahahah. Suspense. Rupanya ada sekumpulan orang dari Malaysia datang. hanya beberapa saat, mereka muncul dari belakang aku. Waaaaahhhhh, ini sudah menarik. Mereka datang bersama pemandu pelancong. Aku rasa macam pernah tengok pemandu tu dalam blog yang aku baca sebelum ni. Memang dia ada buat pakej pelancongan halal untuk orang Islam di HCMC. Hmmmm, 'no wonder'. Di dalam masjid pula, dah siap meja dan kerusi tersusun, bersama kuih baulu untuk menyambut mereka. Makin berderau darah aku. Aku bukan kumpulan mereka, takpe lah. Aku tak ikut serta sebaliknya melepak dengan pakcik-pakcik yang minum kopi di kedai bersebelahan masjid. Bila ustaz mula berucap, aku pun masuk sekali sebab nak dengar juga maklumat yang ada.

 Di sini teksi tu berhenti. Anak panah menunjukkan lorong ke masjid.

 Di simpang masuk lorong ke masjid. Dah mula nampak ada gerai makanan halal.

 Kumpulan pelajar madrasah berjubah. Ini masih lagi lorong yang besar. Dua motor 
boleh berselisih lagi.

 Lorong yang makin mengecil. Kini satu motor sahaja boleh lalu. Macamana kalau selisih? Aku yang jalan kaki pun kena mengelak bila ada motor nak lalu. Ini lorong kedua.

 Makin banyak kedai halal kelihatan. 

 Cuba lihat bahasa Melayu digunakan. Orang Melayu Champa ya?

 Lorong terakhir ke masjid iaitu lorong ke-3. Lihatlah keadaan rumah mereka.

Antara kedai yang ada di sekitar masjid.

Ucapan aluan diberikan oleh Ustaz Karim (kalau tak silap aku). Beliau perkenalkan Imam Musa iaitu timbalan pengetua di madrasah tersebut dan juga ketua kampung di situ. Selepas Ustaz Karim berucap, Imam Musa pula berucap. Akhir sekali, wakil dari kumpulan pelawat Malaysia pula berucap. Dengaq slang macam orang utagha ja. Lepas jamuan ringkas mereka pun pulang ke hotel ikut Ustaz Karim. Aku pun mulakan sesi interview dengan pelajar madrasah. Seorang pun tak boleh bertutur bahasa Melayu. Alamak....tadi aku borak dengan pakcik kat luar tu ok je. Memandangkan Imam Musa boleh bertutur Melayu, aku pun interview dia. Menurutnya;
  • Dalam kira-kira 90juta rakyat Vietnam, kira-kira 72000 orang adalah muslim.
  • Terdapat kira-kira 10000 orang muslim di HCMC sahaja.
  • Ada 54 etnik di Vietnam. Melayu Champa amat sedikit sekali iaitu kurang 1%. Aku check di wikipedia, hmmm betul. Majoriti yang bentuk rakyat Vietnam sekarang adalah etnik Kinh.
  • Ramai Melayu Champa dari Vietnam telah berhijrah ke Kampuchea, merekalah yang tinggal di Kampong Cham, yang ramai orang Malaysia buat korban tu....
  • Masih ramai Melayu Champa beragama Hindu. Ada seorang pelajar Melayu Champa yang mualaf, baru masuk Islam tetapi ibu bapa beliau masih lagi beragama Hindu. Tapi ibu bapanya juga yang hantar budak tu masuk Islam. Pelik?
  • Masjid tersebut didirikan dengan bantuan kerajaan UAE.
  • Perbelanjaan bulanan yang mencecah jutaan VND adalah sumbangan orang ramai.
  • Madrasah menempatkan kira-kira lebih 40 orang pelajar. Waktu aku sampai tengah cuti, jadi tak ramai kelihatan.
  • Silibus yang digunakan macam-macam, tapi masih Sunni la. Aku tengok buku Iqra' pun ada. Banyak silibus diambil dari Malaysia. Uhhh, masa ni aku amat rasa terharu sekali.
  • Makin haru bila Imam Musa kata jawatan Mufti masih kosong, lama dah. Sebab tiada orang yang layak. Aku makin melopong. Macam tak percaya. At least kena ada seorang mufti la di HCMC ni.
  • Ada beberapa pelajar madrasah sambung belajar ke Malaysia, secara spesifiknya di KUIN, Kedah dan Madrasah-madrasah di Terengganu. SubhanAllah. 
Dalam keadaan yang amat daif, mereka masih teruskan kehidupan ditengah-tengah bandaraya terbesar di Vietnam ni. Tetap dalam Islam dan berpegang dengan Islam. Rasa macam aku di Reno, Nevada. Being a minority, the situation is different. Pada pandangan aku lah, walaupun banyak tekanan dari faktor keduniaan, lebih senang untuk bentuk akhlak dan akidah dalam suasana minoriti berbanding dalam suasana majoriti yang asyik nak berpecah. Benda sunat dan kecil pun nak gaduh, sedangkan yang wajib tak buat. Memang ada 10% golongan '......' tapi jika dalam keadaan minoriti, bilangan golongan '........' ni pun tak ramai kan? Hipothesis sahaja ya....Apapun, syukur lah juga tak putus-putus bantuan dari Malaysia datang ke sini. Semua itu telah tertulis. Walaupun tak seberapa, tapi ada sesuatu lebih baik dari tiada. Cuma kita perlukan bantuan yang lebih terancang dan memberikan impak yang lebih berkesan. Itu nak kena fikir. Pada masa yang sama, keadaan akidah dan akhlak orang-orang di Malaysia juga ada yang perlu dibetulkan. Besar sungguh tanggung jawab...Fikir-fikirkanlah. Belum lagi umat Islam di Gaza, Syria, Pattani, Iraq, Amerika, Rusia, Brazil, Korea, Jepun, Afrika dan Malaysia sendiri. Bukan semua orang di Malaysia senang. Seperkara lagi, pendapat aku kita kena ajar mereka bahasa Melayu. Kena ada orang dari Malaysia duduk di sini dan jadi guru. Kalau guru serba boleh lagi bagus. Boleh ajar bahasa, agama, matematik dan asas sains. Persoalannya siapa? Ini kerana komunikasi adalah masalah utama. Jika mereka boleh berbahasa Melayu, mereka boleh datang ke Malaysia untuk belajar di peringkat yang lebih tinggi.
 
Kumpulan pelawat dari Malaysia. Yang berkopiah putih tu Ustaz yang bawa mereka. Aku tengah duduk di kedai kopi la ni, tangkap gambar. Haa, sempit tak lorong ni. Kerusi tu kedai kopi punya.

Imam Musa, timbalan pengetua madrasah sedang berucap. Yang duduk berkopiah putih tu ketua kampung. 

 Sebahagian pelajar madrasah yang tak balik bercuti. Jadi mereka pun menyambut kehadiran pelawat dari Malaysia ni.

 Kawasan masjid, ruang solat di tingkat atas. Bawah dijadikan dewan dan kelas. Memang kurang luas, tetapi apakan daya, syukur. Persoalannya, macamana boleh saya bantu?



 Ada warung halal di sebelah masjid.

Untuk pulang, ada stesen bas 152 di tepi jalan utama berdekatan lorong masuk ke masjid. Hmmm, ingat tak bas 152. Rupa-rupanya bas ke Airport. Senang la citer. Bas ni memang menuju ke Ben Thanh. Aku rasa tambangnya dalam RM0.40 je ke Ben Thanh. Aku nak tunggu teksi, tapi ada pulak pelajar madrasah tadi nak ke Ben Thanh juga. Dengan komunikasi macam ayam-itik, dan siap gerak tangan macam red Indian, aku faham dia ajak aku naik bas untuk pulang. Alhamdulillah. Allah Maha Besar.




No comments:

Post a Comment