Nuffnang Ads

Saturday 8 June 2013

Hong Kong, Bahagian II

Masakan Kantonis yang sebenar (tak terkata enaknya!)
Selamat sejahtera - dalam kiriman kali ini kita sambung berkaitan lokasi makanan halal di Hong Kong. Sebenarnya tak susah pun nak cari jika korang tau kat mana tempatnya. Yang susah tu kalau korang tak tau. Petua yang aku amalkan, sebelum ke tempat itu, buka lebai google - masuk laman web zabiha halal. Masukkan nama tempat yang hendak dituju, tekan ENTER dan keluarlah senarai restoran halaaaaalllll. Petua no.2, pelan B kena ada iaitu (mungkin korang da terpikir pun) bawalah maggi ke, 'biskut mayat' moden ke (yang Mr Frodo dalam citer Lord of the Rings makan tu barulah biskut mayat kuno) ataupun ape-ape je lah yang halal lagi baiiikkkk (halalan toiyyibah). Cuma kalau bawa maggi tu pikir-pikirkanlah sudu dan mangkuk yang sesuai. Hong Kong ni pun bukannya besar sangat secara relatifnya dengan Beijing atau New York, jadi aku bahagikan lokasi makanan halal di beberapa zon utama. Beberapa restoran akan bertumpu dalam zon-zon tertentu.
 
Zon-zon tu adalah Kowloon, Causeway Bay, Wan Chai, Lapangan terbang Chek Lap Kok, Mong Kok dan Central. Untuk mudahkan korang rujuk, aku tunjukkan senarai dan diikuti dengan gambar. Walaupun ada dalam senarai, ada juga yang aku tak pergi dengan alasan tertentu. Ye lah, dah sampai tanah orang Cina, mestilah nak merasa masakan cina - yang HALAL ya. Takkan hari-hari nak makan Kebab - Beryani, Beryani - kebab - dan Maggi. Tunggu aku ke India/Pakistan pulak ye kawan-kawan. Disebabkan itu, aku nak merasa masakan Kantonis (Untuk pengetahuan bagi mereka yang belum tahu, masakan cina ni lain rasa dan resepi mengikut tempat ye. Kantonis lain, Szechuan lain, Beijing lain dll). Ini lah senarainya:
  • Lapangan terbang (Pulau Lantau): Popeye (Tingkat 7, Balai berlepas (departure), Terminal 1)
  • Mong Kok (utara Kowloon): Our restaurant (Tung Choi St.) & I love Istanbul (Sai Yeung Choi St.). Keduanya antara Soy St. dan Dundas St.
  • Kowloon: Mughal Club (Haiphong Rd.), Al Maidah (Nathan Rd.), India Restaurant (Humphreys Ave.), Turkish Kitchen (Lock Rd.), Wakas Mess (Chungking Mansion), Palki (Hankow Rd.) dll. Semua jalan ini berdekatan Nathan Rd., Tsim Sha Sui.
  • Causeway Bay (pulau HK): Shalimar (Pennington St.)
  • Wan Chai (Pulau HK): Islamic Centre Canteen (dalam Pusat Islam & Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick - Oi Kwan Rd.)
  • Central (dekat pier pulau): Kebab Pizza and Curry (Upper deck, Central Pier 7, Star Ferry), Aasaf (Gutzlaff St.), Kosharay Cafe (Wellington St.) dan beberapa yang lain.
~Semoga menjadi manfaat untuk rakan-rakan muslim~

Sebenarnya banyak lagi seperti dalam web zabiha tapi aku tak sempat nak buat pemetaan (macam dah jabatan ukur pulak aku nih). Ringkasnya, Popeye tu makanan barat (macam ayam KFC la, tapi rasa tak sama). Kebanyakan di HK masakan India/Pakistan/Turki. Aku cuba masakan cina Kantonis di kantin Pusat Islam (Islamic Centre Canteen) yang terletak di Oi Kwan Rd. Memang sedap. Masakan cina ni almaklum agak 'lembut' berbanding India yang kaya dengan rempah. Tengok orang jugak lah, tapi bagi aku, memang tak memilih pasal makan ni. Paling aku minat adalah dim sum dan yang ada udang tu lah yang terbaik! Hmm, tak boleh lawan la masakan cina halal di Malaysia jika dah sampai ke sini atau negara China. Cuma aku tak berpeluang dengan itik Peking halal, hehehe. Nanti aku carik ya!
India restaurant - Kowloon
Untuk bajet korang - macam ni la harga lebih kurang (ada bahasa Melayu beb!)

Masjid Ammar & Osman Ramju - Oi Kwan Rd. (depan sekolah)
Dim sum Oh Dim sum
Wakas mess dalam Cungkin Mansion, kena naik lif, agak tersorok

Mughlai Club (kena cari pintu ke atas, agak tersorok)

No comments:

Post a Comment