Nuffnang Ads

Sunday 21 July 2013

Koh Panyee (Cappadocia on the Sea), selatan Thailand

Catatan hari ini berkaitan ziarah penduduk muslim di Pulau Koh Panyee, selatan Thailand di samping menyaksikan keindahan pulau-pulau di laut Andaman. Secara geografinya Koh Panyee terletak di kawasan teluk di mana pulau Phuket di barat dan Krabi di timur. Kami berpengkalan di Krabi, satu lagi tempat menarik di barat selatan Thailand. Perjalanan dari Krabi ke Phang na, jeti untuk ke Pulau Koh Panyee mengambil masa kira-kira 2 jam (++ singgah makan). Dalam perjalanan tersebut, kelihatan banyak terdapat pusat penternakan akuakultur dan suasana hutan pantai yang hijau dan menyegarkan mata memandang. Kami berhenti seketika untuk minum pagi (kudapan) di salah satu stesen minyak mini R&R. Di sini pun ada roti canai. Menu lain biasalah, macam di Malaysia juga, ada nasi lemak, mee goreng dan bihun goreng. Kopi dan teh tarik pun sama seperti di Malaysia (teringat masa minum kopi dan teh Turki - jangan minta kalau tak biasa!). Tetapi jika anda ke Thailand selatan ni, jangan lupa cuba set ayam goreng berempah dan pulut, cicah bersama sos cili Thai. Memang sedap. Oh ya, di selatan Thailand ni, penduduknya ramai muslim. Agak mudah untuk cari kedai makan halal di sini. Bagi mereka dari Malaysia yang belum biasa dengan perjalanan di Thailand, sila peruntukkan lebih sedikit duit untuk petrol ya. Cuba tengok gambar di bawah. Berapa RM seliter? Tapi pelik harga makanan asas mereka tidaklah mahal walaupun harga petrol mahal. Ada sesiapa boleh huraikan fenomena itu?

Kiri: Roti canai di Phang na                                                       Kanan: Mini R&R dari Krabi ke Phang na


Harga petrol paling murah RM3++ seliter
Kami berhenti di jeti di Phang na dan menaiki bot panjang ke Koh Panyee. Memandangkan waktu masih pagi, kami menuju terus ke pulau 'James Bond' (James Bond island) yang terkenal dengan pemandangan yang cantik dan unik. Menyusuri sungai di Phang na dengan menaiki bot, kami dapat menikmati pemandangan hutan paya bakau di tebing sungai - nampaknya ini memang perjalanan eko-pelancongan. Semakin dekat di pulau James Bond, kelihatan banyak pulau kecil seperti puncak bukit di atas air. Pemandangan yang menakjubkan. Suasana di sini mengingatkan kawasan sekitar pulau Langkawi. Kira kita pun ada juga tempat seperti ini laaa. Memang unik. Sebagaimana tanah di Malaysia, pulau-pulau di sini terbina dari tanah batu kapur yang lembut. Ini menjadikan pulau-pulau ini seolah-olah diukir oleh alam semula jadi. Aku boleh bagi gelaran "Cappadocia on the Sea" kat tempat ni. Jika di Switzerland banyak tasik atas gunung tapi di sini banyak bukit atas laut. Macam terbalik la gitu.

Merentasi Koh Panyi untuk ke pulau James Bond


Berdekatan pulau James Bond, terdapat bot besar yang dijadikan pengkalan untuk berkayak di sekitar pulau-pulau di situ. Waaa, pengalaman yang sungguh indahnya. Harganya kalau tak silap dalam RM10 seorang. Ok la tu. Tapi berilah sedikit 'tip' kepada pendayung kita. Sedekah. Lebih menariknya, kami akan berkayak menerusi sebuah gua. Dah macam cerita 'The Lost World'. Difahamkan semua pendayung dan pekerja di sini juga muslim. Tetapi mereka ada dua nama, nama Siam dan nama muslim. Semasa di jeti tadi taklah nampak ramai orang lain. Tapi bila tiba di sini, kami dapati banyak pelancong lain sedang berkayak. Begitu juga keadaannya di pulau James Bond tu. Deretan kedai di situ juga penuh dengan pelancong.
Pulau James Bond
Pulau James Bond
I see a monster is eating human...aarrgghhhh? Nampak tak? Hehehehe.
Menuju ke stesen terapung (floating station), untuk apa ya?

Stesen terapung  untuk berkayak merentasi gua

Ohhh, bukan berkayak dengan ini ye, ni tengah hujan. Bot semua tengah parking.

Haaa, kayak macam ni la. Gua atas laut nun di sana.

Merentasi gua atas laut

Stalagtit di gua batu kapur

Pemandangan di bawah gua

Kaktus pelik

Perjalanan diteruskan ke Koh Panyee untuk ziarah penduduk muslim di situ dan makan tengah hari. Kami disambut baik oleh penduduk di sini. Mereka gembira jika ada saudara muslim seperti dari Malaysia melawat mereka. (Dengar cerita orang Mesir dan Turki juga suka orang Malaysia, betul ke?) Menurut cerita dari penduduk tempatan, mereka adalah nelayan yang tersesar yang berasal dari Indonesia suatu masa dahulu. Disebabkan tidak jumpa jalan pulang, mereka terus menetap di sini. Kini mereka semua adalah rakyat Thai. Mereka bebas mengamalkan ajaran Islam di sini. Keseluruhan penempatan di sini di bina atas air, seperti perkampungan air di Brunei, Sabah dan pulau-pulau di Indonesia. Ada kedai, surau, masjid, rumah, restoran, padang futsal dan sekolah - semuanya atas air. Semasa perjalanan ke sini, mereka dalam proses untuk menyiapkan sebuah masjid baru. Sumbangan orang ramai masih diperlukan untuk meneruskan projek ini. Agak sedih juga melihat keadaan mereka di sini. Bagi aku, mereka perlu diberikan pendidikan untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Masih banyak perkara perlu dibantu. Mereka perlukan bekalan elektrik, air bersih gas dan pakaian secara berterusan. Itu belum lagi bahan asas lain untuk memasak, minyak untuk bot, alat ganti dan bahan binaan. Sekiranya aku mampu....

Koh Panyee
Kiri: Suasana dalam surau di Koh Panyee, Kanan: Sekolah Koh Panyee
Amacam? Futsal atas laut nak?


Jeti Koh Panyee

Makanan popular Thailand: Tom yum goong
Ada kedai kopi, jika nak santai-santai


Seni ukiran Siam (variasi Siam), sedikit berbeza dengan seni variasi  Melayu
Selamat Jalan......

1 comment:

  1. Salam. Ada agen ke untuk ke sini atau pergi sendiri? Boleh mnta tlong msj/whatsapp saya untuk maklumat? 0145130532. Sy bminat untuk ke sini. InsyaAllah.

    ReplyDelete