Nuffnang Ads

Thursday 18 July 2013

Zurich


Zurich - bandaraya terbesar di Switzerland. Hanya singgah di sini, bukan tujuan asal untuk ke Switzerland. Fokus utama? Dah tentu hendak mencari pengalaman mendaki banjaran Alps. Di sinilah pejabat FIFA dan ibupejabat sykt Zurich Insurance. Walaupun bandar besar, penduduk tidaklah ramai sangat. Rasanya Kota Bahru dan Shah Alam mempunyai penduduk yang lebih padat dan ramai. Ini menyebabkan suasana di sini tenang, teratur, bersih dan tidak sesak. Lokasinya strategik, berdekatan dengan Tasik Zurich. Berdekatan stesen keretapi adalah kawasan tengah bandar Zurich. Zurich ini adalah kawasan Switzerland yang majoriti orangnya berbahasa Jerman. Mungkin ramai dah tahu, sebelah Jerman, orangnya bertutur Jerman, sebelah Perancis orangnya bertutur Perancis spt di Geneva dan di selatan orangnya bertutur Itali - tak jauh dari Milan (Untunglah ye kita ada Bahasa Melayu). Sementara tunggu keretapi ke Interlaken, kami makan di restoran halal. Ada banyak, termasuk restoran Malaysia "My Kitchen". Tapi disebabkan tidak mahu jalan jauh dan takut terlepas keretapi, kami ke restoran Bombay Karachi, dalam 100-200m dari stesen keretapi tersebut. Masjid juga banyak di sini tapi kami tidak berkesempatan ke situ. Jangan risau, setakat aku tahu banyak masjid Sunni. Boleh semak di zabiha.com.

Bombay Karachi (Pakistani): Stampfenbachstrasse 32, Zürich, Canton of Zurich 8006
My Kitchen (Malaysian): 133 Stampfenbachstrasse, Zurich, Canton of Zurich 8006


Zurich City Centre. Kiri: Nun jauh tu menara Gereja St. Peter. Kanan: stesen keretapi Zurich.
Seberang jambatan untuk cari makan

Perjalanan ke Interlaken mengambil masa kira-kira 2-3jam, tapi selesa macam naik BMW (paham-paham jelah ye). Mcm nak tido je. Naik je nak tido, tido je nak naik. Hehehe. Nun jauh mata memandang, terlihatlah banjaran Alps. Hmm, sejuk mata memandang. Ok, sampai Interlaken citer lain yer.

Dalam perjalanan ke Interlaken, Switzerland

No comments:

Post a Comment