Beijing Road, Guangzhou
Salah satu destinasi yang ramai orang singgah di Guangzhou ialah 'Beijing Lu'. Lu yang 'keras' ya, baru lah maksudnya jalan/road (Lu lembut baru lah maksudnya awak/kamu). Seperti biasa, Guangzhou dari dulu hingga sekarang adalah pusat perniagaan. Apa yang ditawarkan di Beijing Rd. ni adalah barangan tekstil. Kena ingat ya, tekstil ni pun ada macam-macam kategori; nak borong ke,beli sedikit, design moden ke, kain ela ke, langsir ke, cadar ke dll. Di Beijing Rd. ni banyak pakaian yang agak esklusif dijual dan kurang sesuai untuk beli borong. Macam Wang Fu Jing di Beijing la. Kalau nak beli borong ada tempat lain yang lebih sesuai. Selain baju, kain dan seluar, barangan lain seperti beg, kasut, assesori badan dan cendera mata - cendera hati pun ada dijual di sini. Ala, macam teddy bear tue. Tapi aku tak beli ape pun di sini. Beli beg je, itu pun memang dah rancang.
Jika diikutkan Beijing Rd. ni panjang, dari Guangwei Rd. di utara hingga ke tepi sungai Pearl, Yanjiang Middle Rd di selatan. Tapi sebahagian jalan yang bersambung ke Guangwei Rd. ni dah ditutup untuk kenderaan, dan dibenarkan untuk penjalan kaki sahaja. Kenapa? Nak buat 'city centre' macam di Market St., Manchester atau Rag market Birmingham? Mungkin ya. Tapi kerajaan China ada alasan yang lebih kukuh; ada penemuan arkeologi zaman Dinasti Song. Fuyoo, lame tuh. Maknanya Beijing Rd. ni dah wujud beribu tahun dulu. Di sini ada satu kedai halal yang aku jumpa. Orang India muslim punya. Kalau dah terdesak, boleh la singgah. Aku ada cerita dalam entri
makanan halal di Guangzhou.
|
Sale memang sale, murah memang murah, tapi nafsu kena kawal. Memang boleh 'kelabu mata'. Beli untuk sedekah takpe ye! |
|
Kedai sukan depa. Macam Al Ikhsan la lebih kurang. |
|
Kanan, ke arah Guangwei Rd. yang ada tapak sejarah tu. Ke kiri boleh ke sungai Pearl, naik cruise. |
|
Ini nak kate KFC, macam bukan sebab ada Bruce Lee dan tiada Col. Saunders. Nak kate pizza, tapi ada gambar ayam. |
|
Xihu Rd. kot, salah satu simpang di Beijing Rd. |
|
Haaa, ni lah dia salah satu tapak sejarah tu |
|
Batu ape tuh? |
|
Song Gate? dari tahun 960 - 1279 M? Ni mesti askar Monggol pernah sampai sini. Mungkinkah terjadi? |
|
Kedai halal di Beijing Rd. |
No comments:
Post a Comment