Nuffnang Ads

Thursday, 10 October 2013

Guangzhou, China, Bahagian V

Pabila stadium jadi pusat ba'ek (jual beli)..........

Salah satu pengalaman menarik di Guangzhou yang aku lalui. Jika beberapa jalan kecil di Malaysia dijadikan ke pasar malam, dewan atau padang di England dijadikan 'car boot sale' (begitu juga tempat parking stadium Shah Alam, hehehe), tempat parkir depan restoran dijadikan ruang makan, berlainan keadaannya di Guangzhou. Trek pecut dalam stadium dijadikan pusat beli belah. Pasti Usain Bolt tangkap nangis nengoknyer. Uhuk...uhuk.....Tapi kes ni masih tak boleh lawan di Maeklong, Thailand la. Pasar atas landasan keretapi beb. Cuma agak menarik dan mereka pandai jaga kawasan supaya tidak bersepah. Macam-macam ada dijual disitu. Ubat akar kayu, baju, kekacang, beg, cadar, sarung bantal, kain langsir, selimut, teh cina dll. Aku ada jumpa jugak pakaian berjenama antarabangsa. Buatan China la kot. Murah la jugak. Kat mana tempat ni? Guangdong People Stadium, bersebelahan China International Center. Tak jauh dari sini ada Martyrs' Park dan Guangzhou's Museum of Modern History. Jika naik metro, cari line 1, turun di stesen Martyrs' Park, keluar pintu A (Hero Square). Alamat:18号‎ Jiaochang West Road,Yuexiu, Guangzhou, Guangdong, China.
 
                                                   Selamat Datang ke Stadium Rakyat Guangdong....


 Kawasan di luar stadium. Cantik jugak. Ada restoran, banyak betul kedai. Teringat pulak kat Anfield. Cer tengok kat bawah ni. Ciput je kedainya. Hmmm alahhhh....Tapi kat sini ada sport outlet lagi.


Nilah stadium dalam kawasan perumahan...the Anfield yang menempatkan the KOP. 



 Besar tak stadium ni? Tempat duduk dah jadi setor sementara.


 Waktu aku sampai Guangzhou dalam bulan 12, mungkin diorang ni berniaga waktu musim sejuk je kot.



 Ada aisle 'highway' kat tengah-tengah kemah. Murah jugak barang yang dijual, tapi kena pandai tawar dan tengok kualiti.




 Ada rakan-rakan Tionghua boleh translate? Aku, berkomunikasi dengan diorang boleh paham, tapi tak pandai baca. Heheheheh.



 Sekali lagi komunikasi berkesan, aku cakap Melayu, penjual cakap Kantonis. Tetapi jual beli tetap berlaku. Hahahahaha. Tak perlu English sehhh....Ooo my English! Tapi aku tak beli kat sini. Gambar ni hiasan je. Diorang tengah promote barang.




 Minah ni bukan China Guangzhou ni, ntah-ntah dari suku Uighur atau Pu'er. Macam orang Bidayuh je.




China International Center. Asalnya nak tengok apa ada di sini. Mahal wooooo. Serupa macam KLCC je. Tak yah beli ahh kat sini.

No comments:

Post a Comment