Nuffnang Ads

Sunday, 10 November 2013

Bandung, Indonesia, Bahagian II

Paris of Jawa (Paris Van Java)

Fuhh, siap satu tugasan. Mari kita sambung sedikit lagi tentang Bandung. Pusat Ilmu dan Pusat Tekstil. Sekarang aku fokus pada nombor dua tu, tekstil. Di Bandung ni memang ada banyak 'factory outlet'. Ada di merata-rata tempat. Patutlah mereka beri gelaran Paris Van Java, maknanya Paris di Jawa. Kota fesyen rupanya. Rasanya bab-bab factory outlet ni mesti ramai dah tahu. Kalau yang tak pernah pergi boleh rujuk sini dan sini untuk dapatkan gambaran asas. Tapi link tu macam bukan asas je, banyak betul. Sebenarnya yang biasa orang pergi 4-5 tempat pun aku tak habis pusing. Tak larat nak jalan dah. Aku bukan nak beli sangat. Banyak lagi benda lain nak tengok. Asas ye, ok lah. Secara asasnya kalau nak beli belah boleh la pergi tempat-tempat ni;

Nama Tempat
Kategori
Nak Cari Apa?
Lokasi
Pelbagai + tradisional
Set kain baju kurung, telekung, sejadah, batik, tudung, kopiah dll.
Jl. Otto Iskandar Dinata no 70, Bandung, Indonesia
Kedai Eksklusif
Baju, seluar, aksesori
Jalan Sukajadi No.137-139, Bandung, Indonesia
Rumah Mode
Factory outlet
Baju, seluar, jeans, aksesori (L, P & Kk)
41 Jalan Dr. Setiabudhi, Bandung, Indonesia
Factory outlet
Baju, seluar, jeans, aksesori (L, P & Kk)
Jl. Riau No. 47 Jl. RE. Martadinata Citarum Bandung Wetan Bandung Jawa Barat, 40115, Indonesia
Factory outlet
Baju, seluar, jeans, aksesori (L, P & Kk)
Jl R.E Martadinata No 65 Bandung 40115, Indonesia
Factory outlet
Barangan kulit, e.g: kasut, belt, wallet dll.
JL. Doktor Setiabudhi, No.45, Bandung
Cihampelas Walk
Berkaitan jeans
Baju dan seluar jeans
Jl Cihampelas no 160, Bandung, 40131, Indonesia


Cuma aku pelik, banyak universiti di sini, tak mengganggu pelajar ke? Mungkin mereka dah biasa. Ok lah kot. Lagi satu, di Bandung ni takde Black Friday atau Boxing Day ke? Barulah diskaun maksimum. Hahahaha.


Rumah Mode. Tempat yang tenang, rekabentuk bangunan unik.

 Ada kolam kat Ruman Mode ni. Korang pegi la shopping, aku dok sini mancing ye. 
hehehehe.


 Haaa, camni lah gambaran Pasar Baru. Biasanya orang tangkap gambar luar je. Larat tak shopping? Tujuh tingkat wooo, goyang lutut loorrr. Kalau naik lif tak shopping la namanyer.

 Tingkat berapa tak ingat. Tapi bahagian atas ada medan makan.

 Medan makan di Pasar Baru. Tingkat atas sekali. Maaf yuk, gue ndak tunjuk harga, bukan objek kat tepi tu. Sensored.

 Salah satu makanan kegemaran aku makanan Sunda rupenya. Ringkas tapi sedap. Tak jauh beza dengan makanan Melayu. Yelah, adik beradik kan?

 The Secret di Jalan Martadinata. Bag kecik aje.

Kalau ke Bandung jangan lupe ole-ole Kuih Brownies kukus "Amanda" ni. Memang sedap. Terkenal macam kek lapis Sarawak. Ada banyak outlet tapi aku pergi outlet di Jalan Cikawao, dekat simpang tiga. Lokasi: Jl. Cikawao No. 1-3 , phone : 022-92754192.






No comments:

Post a Comment