Bandung adalah di antara bandaraya terbesar di Indonesia. Rujukan daripada wikipedia: ketiga terbesar. Terletak di Jawa Barat, Pulau Jawa. Dianggarkan menempatkan 2.4 juta orang penduduk, bandaraya ini mempunyai kepadatan penduduk iaitu 14,000org/km². Itu belum termasuk pekerja asing and pelancong. Kalau ikut pengalaman aku, memang padat. Kalau aku boleh bahagikan kategori penduduk di tempat aku sebagai A, B dan C, di Bandung ni aku boleh pecahkan lagi kepada A+, A-, B+, B-, C+, dan C-. Banyak kan? Apa yang menarik dengan Bandung? Baca seterusnya.......
Pemandangan dari Hotel
Aku simpulkan, Bandung ni kota ilmu dan tekstil. Mungkin sesetengah orang hanya kenal Bandung dengan produk tekstilnya, tapi Bandung ada lebih dari itu. Di sinilah terletaknya universiti kebanggaan Indonesia - 'ETeBe' (dalam sebutan Indonesia) atau Institut Teknologi Bandung (ITB). Selain tu ada beberapa universiti lain seperti Universitas Padjajaran (Unpad) dan Universiti Islam Bandung dan banyak lagi. Universiti Langlangbuana pun ada! Bukan cerita senario je ye. Itu tak termasuk institut dan kolej-kolej. Semasa berkesempatan menaiki 'Angkutan Kota' yang berwarna hijau tu, kami melewati kawasan tengah bandar dan aku tak terkira berapa banyak IPT di situ. Pelajar di merata tempat. Aku disapa oleh salah seorang pelajar universitas;" Dari mana?" Aku jawab; "Malaysia sik" Memandai je tambah Sik. Sik kat Kedah! Dia kata, "Oh! Ingatkan dari Batam". Aku macam orang Batam ye? Aku tak pernah pun pergi Batam walaupun hari-hari boleh ke Batam. Tapi aku faham la. Gaya pakaian orang Batam mungkin tempias Johor dan Singapore. Aku pun memang orang selatan. Dalam hati aku terpikir, aku nampak macam ahli kumpulan Sleeq ke? Ke Harun Ajes? Hahahahah. Ngarot je semua tu. Aku adalah aku.
|
Jalan-jalan di kota Bandung |
|
Ni gambar snap shot rambang aje |
Wisata alamnya (hmm, belajar bahasa Indonesia yuk), maaf, pelancongan bertemakan alam juga banyak dan yang paling terkenal ialah Kawah Gunung Berapi Aktif
Tangkuban Perahu dan Air Terjun Dago. Bandung ni agak sejuk sedikit, ermmm, tapi aku rasa Brastagi lagi sejuk kot? Ini kerana Bandung berada dalam kawasan tanah tinggi Pulau Jawa. Dikelilingi oleh gunung, dan dengan cuaca yang nyaman, patutlah ITB didirikan di sini. Kawasan tengah kota (ikut pemahaman aku lah) di sekitar Jalan Braga, Jalan Asia-Afrika, Jalan Otto Iskandar Dinata dan Masjid Agung Bandung. Kira tempat ni macam kawasan Masjid Jamek Kuala Lumpur la, pertemuan dua sungai tu - '
Heart of KL' gitu. Yang ni pulak '
Heart of Bandung'. Bangunan rekabentuk penjajah Belanda masih boleh dilihat di sekitar kawasan ni, terutamanya Jalan Braga dan Jalan Asia-Afrika. Di sini bangunan tersebut dah dijadikan deretan kedai pelbagai barangan cenderamata dan ada juga yang dijadikan hotel kecil. Ada juga orang jual sate di kaki lima jalan - tak tahu lah sekarang ada lagi ke tidak pada waktu anda baca entry ni.
|
Jalan Braga yang bersambung Jalan Asia-Afrika |
|
Jalan Asia-Afrika, ada 2 hotel pernah jadi markas British-Belanda |
|
Jalan Asia-Afrika: Macam Jonker Walk di Melaka laa. Boleh cari souvenir |
|
Antara cenderahati dan koleksi yang di jua, Ada lukisan, topi, jam klasik dll. |
Semasa aku ziarah kota ni, aku
tinggal di Hotel Grand Pasundan, agak ke selatan dari tengah bandaraya.
Ok lah kadarnya. Biliknya agak kecil tapi bagi aku ok aje. Masih selesa,
layanan baik, makanan enak dan ada kolam renang. Cuma aku tak perasan
sebenarnya hotel ni terletak dekat dengan satu tugu yang membawa cerita
sedih...Cerita ni memang sedih tapi boleh membuatkan jati diri dibentuk
bak besi panas merah membara yang diketuk keras.....
|
Grand Pasundan Hotel, Jalan Peta |
Nama tugu tu Bandung Lautan Berapi. Aku tak dapat tangkap gambar sebab masa pergi sana aku tak tahu sangat ceritanya. Kebanyakan orang terdahulu yang datang ke Bandung hanya cerita di mana dan bagaimana nak beli baju dan kain - kain dan baju. Takperlah. Rupa-rupanya, tugu tu dibina untuk mengingatkan suatu masa dulu dalam tahun 1946 Bandung telah dibumihanguskan oleh penduduk Bandung dan Tentera Nasional Indonesia (dulu TRI) semasa bertempur untuk kemerdekaan. Tapi bukan berlawan dengan Belanda sahaja ya. Mereka berperang dengan Belanda+British! Tak aci kan? Belanda kan baru kalah dengan Jerman, tapi British tolong untuk mendiamkan penduduk Indonesia dari merdeka. Di sebelah timur tugu tu ada satu jalan namanya Jalan Muhammad Toha. Nama yang disemadikan ni adalah nama salah seorang pemuda (seorang lagi Ramdan) di bawah angkatan BBRI yang telah meletupkan satu gudang peluru (amunisi) tentera penceroboh dan turut terkorban dalam letupan itu. Pertempuran sengit dan berat sebelah tersebut memaksa penduduk Bandung dan TNI berundur ke kawasan pergunungan sekitar Bandung dan membiarkan kota Bandung hangus dijilat api. Gerun jugak dengar cerita macam ni. Macam dengar cerita D' Alamo (Texas) dan 300 Spartan. OK, kita bukan untuk berduka tapi sekadar menoleh sekali sekala ke belakang semasa berlari terus ke depan supaya lebih yakin dengan arah tuju kita. Perihalnya barangan tekstil dan catatan pengembaraan aku, aku akan cerita kemudian. Sekian.
|
Produk tekstil telah menarik ramai pelawat dan peniaga ke Bandung |
|
Yaaaa...ni yang buat lapar ni. Makanan Sunda yang 'evergreen' buat aku |
No comments:
Post a Comment