Nuffnang Ads

Thursday, 12 December 2013

Long Beach, California, Bahagian I



Long Beach, sebuah kota persisiran pantai (waterfront city) terletak kira-kira 40km di selatan Los Angeles (LA). Bagi aku tempat ini menarik dan lebih tenang berbanding LA yang padat dan sibuk. Seperti LA, Long Beach menempatkan banyak penduduk keturunan Hispanic dan Afrika. Di tempat awam seperti di stesen bas dan keretapi, makluman akan diberikan dalam dua bahasa iaitu Inggeris dan Sepanyol. Rekabentuk rumah di sekitar bandar ni juga mempunyai ciri-ciri rekabentuk Sepanyol. Semasa ke sini dengan bas Greyhound (kalau boleh aku tak nak naik lagi bas macam ni), ada seorang pakcik tegur aku, "Cino?" dengan loghat pekat Sepanyol. Muko den nampak macam cino ke? Baru den tau loghat orang Hispanic macam Minang. Heheheh. Aku jawab, "No, Malay". Dia tak paham. Aku cakap, "I'm Malay, from Malaysia, you know Malaysia, Indonesia, Thailand....". Dia agak terpinga-pinga. Lepas cerita panjang lebar baru dia faham. Nampaknya tak semua orang Amerika tahu dunia luar.



 Sebuah bandar pelabuhan lama, kini digunakan untuk penempatan bot-bot persendirian. Industri pembuatan bot dan rekreasi maritim amat rancak di sini.


 Sebahagian kawasan melepak di Long Beach. Tenang, tidak serabut dan bersih. Sejuk mata memandang. Boleh jadi lokasi yang sesuai untuk sesiapa nak menulis, novel ke, thesis ke, cerpen ke....bekarya la katakan.


 Bahagian muara Long Beach. Bila muara sungai Duyung nak jadi cantik macam ni? Tempat Hang Tuah tu. Hehehehe.


 Gambar ni saje tangkap nak bagi sama macam gambar dalam wikipedia.


 The Pike - Ada panggung wayang, kedai beli belah, restoran, tempat pertunjukan. Tak jauh dari sini ada macam theme park fun fair. Tempat untuk orang di sini berhibur lepas penat kerja. Boleh juga dijadikan tempat kuliah dan ceramah tauheed suatu hari nanti. Siapa tahu? Allah punya kuasa. 


 Satu sudut pelabuhan yang masih digunakan. Queen Mary sedang berlabuh. Nun jauh di belakang sana tu ada negaraku. Nampak tak Mersing kat situ?Aku nampak orang mandi manda kat Air Papan tue.....Mers oh Mers.....


 Depan pintu masuk akuarium besar. Oklah kalau nak bawa budak-budak cuti hujung minggu.


 Stesen keretapi (metro) di 1st street. Laluan train ni terus ke Los Angeles. Murah jugak la, dalam RM5-6 kalau tak silap aku.


 Civic centre. Hati-hati di sini, dan jangan datang waktu malam. Homeless ada di mana-mana. Yang bukan homeless pun mungkin lagi bahaya. Biasalah, Amerika. Tapi rasanya Long Beach lebih selamat siket kot berbanding di downtown LA.




Rumah api lama dijadikan tempat melancong.

Selanjutnya, tempat makanan halal, Islamic Center dan keadaan sekitar Long Beach. Tunggu Part II.

No comments:

Post a Comment