Mercu tanda utama Sydney: Opera House
Sydney adalah bandar terbesar Australia. Jauh jugak perjalanan dari Kuala Lumpur, kira-kira dalam 8 jam. Sydney ni sebenarnya bandaraya tepi teluk yang menjadi muara Sungai Parrmatta. Bukan satu teluk, tapi muara sungai ni berteluk-teluk. Sydney terletak jauh sedikit ke dalam. Tergambar dalam benak aku kalaulah Johor Lama tak dimusnahkan, mesti dah jadi macam Sydney ek? Ataupun Kota Tinggi? Secara umumnya semua sistem di sini berasaskan sistem British. Mengenangkan kembali nostalgia semasa di UK. Nama tempat, bentuk rupa orangnya, loghat bahasa - semua mirip UK. Kos kehidupan agak tinggi. Aku pernah bertanya pada seorang imigran dari *****, "Saya dengar kat sini kos agak tinggi berbanding tempat lain, kenapa awak datang sini?" Dia jawab: "Walaupun kos tinggi, tapi pendapatan juga tinggi". "Jadi kau boleh menyimpan ke?" sambung aku lagi. "Ya. Bolehlah." jawabnya dalam loghat yang telah dimelayukan oleh aku. Hahahah. Oleh itu, ada sesiapa nak jadi imigran di Australia? Tapi kena ingat, kalau nak duduk di tempat macam Sydney ni, bakat anda perlu ditonjolkan pada tahap maksimum, tak kesahlah anda kerja sebagai apa. Persaingan agak tinggi. Kalau setakat nak 'survive', kerja macam biasa dengan kurang kreativiti. Silap-silap, bungkus. Kalau nak berjaya dan berkembang, kena proaktif, kreatif, maksimumkan kemampuan diri dan berikan yang terbaik. Bukan ayat aku, tapi ada orang bagitau aku - dan pastinya ilham tu datang dari Allah jua. Seperti di London, macam-macam bangsa ada di sini. Macam tu juga Sydney. Setakat yang aku berjaya kenalpasti (dalam masa 3 hari), ada dua kawasan padat dengan kedai dan restoran muslim iaitu di kawasan Redfern dan Surry Hills. Di kedua-dua tempat ni ada masjid.
- Sistem pengangkutan dan jalanraya yang teratur - macam UK.
- Senang nak komunikasi.
- Banyak restoran halal.
- Fasiliti yang lengkap dan insyaAllah selamat.
- Bersih.
- Kurang nampaknya homeless people. Taklah berkeliaran macam di San Fran.
- Takde anjing tak bertuan merayau-rayau.
- Keadaan tempat yang unik.
- Takde tol...YEEEEAAAHHHHHHH! tak de tol.
Apa yang aku tak suka tentang Sydney?
- Teksi mahal. Dari Airport ke kawasan Central Train station AUD 46.
- Sewa penginapan yang agak tinggi. Biasalah, bandar besar.
- Kos makanan mahal kalau beli, tapi boleh kongsi-kongsi la sebab banyak sangat per hidangan.
Nampaknya yang disukai mengatasi yang tak disukai. Heheheheh. Tapi yang banyak negatif tu berkaitan kos la. Biasalah kan, bandar besar, macam duduk di KL. So, kalau ada hati nak menetap di Sydney, duduklah di suburb Sydney. Kos lebih murah. Macam di Bankstown tu. Ada banyak pak Arab dan muslim. Sumber makanan halal pun banyak.
Apo nak buek di Sydney?
Ada orang buat keje nak cari rezeki, ada yang datang nak
belajar dan ada yang datang sebab nak tukar angin dan tengok tempat baru. Tak
kesahlah apa tujuan anda ke mari, kalau dah sampai sini dan ada masa lapang nak
buat ape ye? Minum? Tido? Berikut adalah cadangan aku:
- Naik bot dari Circular Quay ke King St. Pier, Darling Harbour (seberang Sydney Harbour Bridge)
- Melawat Taronga Zoo (sebelah utara)
- Melawat trio Sealife - Madamme Tussauds - Wildlife Sydney Zoo (3 tempat ni dekat-dekat je)
- Cari pengalaman di Powerhouse Museum
- Naik bot tengok ikan paus
- Cari pengalaman di Muzium Maritim Australia (ada kapal layar dan kapal perang)
- Lepak di Royal Botanical Garden atau Centennial Park
- Main air di BondiBeach (jauh siket)Beli seafood di Fish market, masak dan makan di park (kalo ada hati nak buat mcm chef yang ditaja tu)
- Melawat Sydney Opera House
- Cari pengalaman di Manly Sealife Sanctuary (jauh siket kena naik bot)
- Cari souvenir di Haymarket di Chinatown
- Kalau ada lebih masa lagi pergilah ke Blue Mountain (tapi ni bukan dalam kariah Sydney)
- Kalau terlebih masa lagi camping di Cockatoo Island
Apapun, bergantung kepada masa dan wang yang anda ada.
Disamping tu, kalau berjalan sebagai backpackers, perlu pandai menggunakan
pengangkutan awam macam bas, keretapi dan light rail. Lebih praktikal dan
menjimatkan kos berbanding teksi. Untuk mudah masak sendiri, sewalah di hostel.
Biasanya dapur dan peralatan memasak disediakan tapi untuk meyakinkan status
halal, bawa alat memasak asas yang perlu atau samak peralatan sebelum guna.
Well, welcome to Sydney!
Sydney Bridge dan Opera House - dalam perjalanan dari Circular Quay ke Darling Harbour
Sydney dari atas: Nun jauh di sana lautan Pasifik. Ada pakej tengok ikan paus jika nak.
Di sebelah satu lagi bahagian Kota Sydney, mengadap Darling Harbour dan pandangan mengarah ke sungai Parramatta. Di kawasan bertanda merah tu ada trio Sea Aquarium - Madamme Tassauds - Wildlife Park.
Setiap malam Sabtu ada pertunjukan bunga api percuma di Darling Harbour. Pemandu teksi yang beritahu. Bagi aku pertunjukkan ni lebih meriah berbanding pertunjukan laser di Hong Kong. Kebetulan aku datang sebelum Krismas, ada pulak si tok janggut baju merah ni.Aku bukan nak meraikannya ya. Kalau tok janggut tu takde pun memang ada bunga api di sini.
Paddy's Market - pasar besar Sydney. Kira tempat ni macam Grand Bazaar di Istanbul atau Bull Ring di Birmingham la lebih kurang. Kalau di Kuala Lumpur? Ermm, tak reti pulak aku nak bandingkan. Tak jauh dari stesen keretapi Central dan 20 minit jalan (bagi mereka yang sihat) dari Darling Habour. Ada juga Fish Market untuk dapatkan ikan segar untuk masak sendiri tapi bukan di sini, jauh siket.
Darling Harbour - tempat melepak. Di bahagian kiri ada pusat beli belah dan Sydney Convention Centre. Di bahagian kanan ada Trio Madamme Tassauds - Sea Aquarium - Wildlife Park. Boleh la bawak budak-budak berjalan kalau ke sini. Di sekitar dataran ni ada beberapa penghibur jalanan yang pro mencari rezeki.
Sydney Convention and Exhibition Centre, betul-betul depan Darling Harbour. Tempat persidangan umum. Biasanya semua bandar besar ada convention centre. Kalau ada 'talk' atau 'Muzakarah' besar-besaran akan dibuat di convention centre macam ni lah.
Sydney Convention and Exhibition Centre, betul-betul depan Darling Harbour. Tempat persidangan umum. Biasanya semua bandar besar ada convention centre. Kalau ada 'talk' atau 'Muzakarah' besar-besaran akan dibuat di convention centre macam ni lah.
No comments:
Post a Comment