Nuffnang Ads

Thursday, 26 December 2013

Sydney, Bahagian II

Restoran Halal di Sydney

Roti canai terbang di Malay Village. Mantap beb!
Hmm, sekitar Sydney, tak perlu risau dengan makanan halal. Banyak restoran halal, tapi macam biasalah, ada zon-zon tertentu. Kalau jumpa zon tersebut, tentu seronok. Carilah hotel atau 'backpackers hostel' berdekatan zon-zon ni.  Ada kedai makan melayu, uighur, cina kanton, cina Malaysia, india, pakistan, parsi, mamak, arab, mediteranean, turki yang problem-problem (sebab diorang suka cakap macam tu kat aku) dan juga restoran ala barat tapi halal. Contoh macam 'Oporto'. Tapi ni bukan Oporto di Portugal tu yer, ni Oporto 'fastfood'. Ada orang Falysteen bagitau aku, katanya semua outlet Oporto di Sydney ni halal. Allahu'alam. Boleh semak kat kedai tu kalau kurang yakin. Kalau syubhah, carilah kedai lain. Cuma kalau makan kat restoran ni, harganya kali tigalah untuk orang dari Malaysia. Tapi kalau anda dari UK dan negara-negara Euro, anda rasa macam orang kaya. Kalau anda dari US, hmmm, lebih kurang la. Biasanya satu set makanan, tak termasuk air adalah dalam AUD 12 - AUD 20, tengok jugalah anda makan apa. Setakat aku pernah jumpa, hidangan utama termurah adalah mee sup kantonis, AUD 9. Sebatang shish kebab 'starter' pulak AUD 5. Murah? Tak murah? Seluk kocek tanya perut. Hehehe. Haaa, tapi berita baiknya, bagi aku satu hidangan utama tu boleh makan dua orang dewasa. Maklumlah, perut kecik. 


Ok, mana nak cari pusat makanan halal? Ni aku nak mai habaq. Mula-mula, kalau jumpa pelajar Malaysia yang menuntut di Sydney, tanyalah mereka. Mereka mesti tahu. Hahahah. Ramai pelajar Malaysia di Sydney ni. Ada yang bujang, ada juga yang dah berkeluarga. Yang kerja pun ramai. Kedua, zon Chinatown, deret George Street, sebelah stesen keretapi Central - stesen keretapi ye, bukan hentian. Ada satu je, besar pulak tu. Ada beberapa restoran halal di jalan George St. ni. Semuanya dekat-dekat, dalam 200m dari stesen keretapi tu. Di sini ada Cafe Kasturi (pekerja melayu) dan beberapa restoran cina halal. Cuma aku tak pasti cina Malaysia ke atau cina muslim dari Guangzhou. Sebabnya salah satu restoran cina muslim tu ada logo halal JAKIM. Apa? JAKIM? Wow! Aku tak pasti la sama ada pegawai JAKIM pernah buat lawatan ke sini. Zon berikutnya, Cleveland St. yang bersimpang dengan Elizabeth St. Di sepanjang jalan Elizabeth St. ni pun banyak restoran halal. Jika ke Darling Harbour, masuklah ke dalam kompleks Darling Harbour tu, ada banyak restoran halal.

 Petaling Street? Opps, ni tak halal. Tapi nampaknya macam dari Malaysia je?

  Restoran Turki di George St., menghala ke Circular Quay.

 Ni pulak Penang Kitchen. Tak pasti halal ke tak. Tak buka lagi. Pun di George st. menghala ke Circular Quay.

 Kungfu Ramen di Ultimo St., Chinatown

 Malay Village - restoran yang ada penebar roti canai dan teh tarik yang profesional dan berkemahiran tinggi.

 Camni le rupenyer roti yang terbang tadi. Berani makan? Hahahah.

 Salah satu hidangan di Malay Village. Nenas separuh tu....

 Senarai harga makanan dan minuman di Malay Village. Sebelum ni Mamak Village. Jangan keliru ya.

 Burwood, di George St. Ada halal JAKIM woooo..... Terkejut tak? Tapi bila tengok dalam macam semuanya masakan China. Terasa macam kat Guangzhou pulak.

 Tengoklah daging kambing tu. Sepinggan ni aku boleh share dengan seorang lagi.

Wow! Mana lagi banyak? Nasi ke Daging? Bayangkan daging masak merah di tempat kita. :-P

 Mee ni serupa macam aku beli dulu di Guangzhou. Rasanya pun sama. 
Yang ni pula, aku boleh share dengan lagi 2 orang.

Macamana kalau bajet tak cukup? Carilah hostel yang boleh memasak. Untuk mengelakkan syubhah, bawalah kelengkapan dapur anda sendiri yang sewajarnya jika perlu dan larat. Yang dilarang dan terlarang oleh pihak kastam, pihak berkuasa setempat dan pihak yang nak bawa anda terbang tu, janganlah bawa ye. Bawa yang dibenarkan sahaja sudahlah. Faham-fahamlah. Semak dulu syaratnya. Jangan bawa durian atau tong gas pulak, kang sia-sia masuk tong sampah! Tuuu, aku tak jamin. Atau pun beli pinggan mangkuk periuk kat sana. Apa nama tu? Kurel? Loreal? Pastu bawa balik bagi lah kat aku. hehehe, acah je. Atau pun amik tanah, samak lah pinggan periuk yang ada tu. Dah belajar kan? Di Blackwattle Bay ada Sydney Fish Market untuk beli ikan. Atau makan telur aje. Kedai daging halal ada, tapi kena pandai cari. Tapi kalau ke arah Bankstown, banyak pekan kecil yang ada jual daging halal. Bagi aku, oklah, takde masalah. Secara ringkas, di bawah ni adalah senarai restoran yang ada sijil halal Australia:

1) Cafe Kasturi - George St., kurang 200m dari Central Train Station
2) Mamak Village/Malay Village - Simpang Goulburn St. - Dixon St.
3) Burwood (Chinese Muslim) - George St., kurang 200m dari Central Train Station
4) Kung fu Ramen - Ultimo Rd. Chinatown
 
 Zon 1 - Berdekatan Central Station
 
 Zon 2 - Simpang Elizabeth Street dan Cleveland Street (Banyak kedai Arab/Mediteranean)

Nota: Semua maklumat di atas tertakluk kepada perubahan. Aku bukan boleh kawal kalau tokey kedai tu nak tutup business. Tahun lawatan: Disember 2013.

2 comments:

  1. wow best la info ni. sangat lengkap dah macam warga aussie je bagi maklumat dalam versi BM! Superb la. Boleh bagi info tak, kalau nak jalan sekitar Sydney pada waktu malam kat mana yang best?

    ReplyDelete
  2. TQ. Saya berharap lawatan saya dapat beri manfaat kepada orang lain juga. Memandangkan saya tak lama di Sydney, saya cadangkan pergi ke sekitar Darling Harbour. Tempat lain tak sempat nak cover. Setiap Sabtu malam kalau tak silap ada pertunjukan bunga api di DH ni. Bagi saya yang ni lagi best daripada pertunjukan laser di Hong Kong. Biasanya Aussies banyak lepak di pub malam-malam.

    ReplyDelete