Nuffnang Ads

Friday, 24 January 2014

Rome, Italy - Bahagian I

Ini lah old Trafford lama - Hehe, Colloseum laaaaa
Rom - salah satu bekas ketamadunan tertua di dunia. Tak tahulah berapa tua dan berapa jauh tempoh kewujudan Rom selepas banjir besar melanda dunia. Tapi, nak dikatakan lama tak lama tu, sebelum Rasul Allah Nabi Isa A.S dilahirkan kerajaan Rom kuno ni dah wujud dah. Pada masa itu, empayar Rom meliputi Palestin dan Syria (Suriah) dan setiap wilayah ada raja atau gabenor yang mentadbir di bawah pengaruh Maharaja Rom. Setelah ketiadaan Nabi Isa A.S, ajaran baginda terus tersebar ke seluruh pelusuk eropah dan menghapuskan kepercayaan pagan kuno (tak semua - di UK sekarang contohnya agama ni cuba dihidupkan semula). Contoh agama pagan ni macam yang sembah bintang, matahari, bulan, dewa-dewa macam mitos orang Greek purba (multi god) dan sebagainya. Pertembungan dengan unsur agama pagan eropah inilah mungkin menyebabkan ajaran asal kitab Injil bervariasi (macam di nusantara - banyak pengaruh Hindu masih diserap dalam kehidupan seharian walaupun Islam dah bertapak lama). Maka jadilah Kristian seperti sekarang ini. Dan itu pun ada banyak mazhab. Kristian terus berkembang di eropah sehinggakan Maharaja Rom yang baru pun menganuti ajaran tersebut. Kewujudan empayar Rom kekal sehingga zaman Nabi Muhammad S.A.W walaupun pada masa itu pentadbirannya telah dipecahkan kepada dua iaitu Empayar Rom Barat dan Empayar Rom Timur (Byzantine). Dikatakan oleh pengkaji sejarah, Empayar Rom Byzantine lebih dominan dan kaya kerana menguasai perdagangan antara timur dan barat. Pusat pemerintahan Empayar Rom Byzantine dipindahkan ke Istanbul, Turki oleh Maharaja Konstantine. Itulah sebabnya kenapa nama asal Istanbul adalah Konstantinople. Hinggalah pada tahun 1453 Masehi, Sultan Muhammad II berjaya menawan Konstantinople dan berakhirlah Kerajaan Rom Byzantine. Memang banyak benda dapat belajar di sini. Bagaimana sebuah tamadun yang hebat kini jadi biasa-biasa sahaja. Nak tahu gemilang terbilangnya empayar ni, tengoklah jajahannya dari Syria sehingga Scotland. Cuma wilayah tengah seperti Turki, Cyprus, Syria, Palestin dan Jordan sering bertukar tangan dengan Empayar Parsi yang berpusat di Iran. Ya, Parsi - musuh ketat Rom zaman dulu. Cuba tonton cerita The Eagles - menunjukkan semasa orang-orang Itali amat maju dan bertamadun, orang di Britain masih lagi macam Red Indian. Kalau orang putih pernah kata kita tinggal atas pokok, mereka pun dulu macam tu juga. Jika kita rajin baca dan pelajari Al Quran dan hadis, InsyaAllah kita juga akan jadi lebih baik dari mereka, meliputi dunniawi dan ukhrawi. Itulah hakikatnya. Satu lagi kegemilangan Empayar Rom, anda boleh lihat kepintaran keturunan mereka hingga kini. Ferrari, Agusta, Lamborghini, Bugatti, Prada, Maserrati, Carlo Cavazzi, Ducati dan lain-lain ti-ti lagi, adalah contoh masterpiece dari Itali. Aku perhatikan, kebanyakannya berasaskan kejuruteraan la. Kat Malaysia ada jugak ti; Titi Serong. hehehe.



Haa, tengok tu orang kampung! Mural tu tunjukkan perkembangan Empayar Rom dari semasa ke semasa

Pertama kali menjejakkan kaki ke bandar tua ni, memang rasa kagum. Walaupun kebanyakan bangunan besar dah tinggal runtuhan, tapi aku masih boleh rasa kegemilangannya suatu masa dulu. Setiap bangunan dan jalan utama dipenuhi pelancong asing. Siap boleh jumpa orang Malaysia di beberapa tempat. Tapi kalau tengok perangai orang Itali, mereka ni tak macam British atau Jerman yang lebih nampak 'digital'. Hati-hati ketika melintas di zebra crossing, kerana mereka tidak berhentikan kenderaan! (Macamlah tak biasa kat sini ye?) Hati-hati juga ya dengan penunggang motor mereka. Mereka menunggang seperti di Malaysia. Patut lah Valentino Rossi dan Caspirossi boleh beraksi hebat di litar! Agak susah juga nak bercakap dengan mereka, yang aku tau siket cuma Bravo, Ciao. Tu jelah. Sepatah haram mereka tak reti bahasa Inggeris. Tapi ramai jugak Asian di sini. Aku menginap di Hotel Ilpapavero, dekat dengan stesen keretapi besar, Stazione Termini.

Fontana De Trevi
Susah juga nak dapat hotel murah. Walaupun agak sempit, tapi seronoknya sebab dapat rasa duduk dalam bangunan lama yang ada rekabentuk Itali. Memang rasa lain. Cerita siket la, rekabentuk Itali ni secara kasarnya lebih eksotik dan autentik berbanding negara-negara eropah barat dan utara. Tak percaya? Cuba tengok rekabentuk set meja makan Itali dengan rekabentuk Ikea yang berpetak. Camtu lah lebih kurang. Mamat yang daftarkan kitorang orang Romania rupanya, buat kerja masa cuti musim panas. Nasib baik boleh cakap Bahasa Inggeris siket-siket. Ooo, macam tu ke? Lebih kurang kat Malaysia la.Memandangkan aku tak lama di Rom iaitu dalam 3 hari (eh, macam keluar 3 hari je ek?), masa yang ada diluangkan untuk melihat tinggalan penting sahaja. Itu pun tak semua dapat masuk. Ramai betul, betul-betul ramai punya pelancong (maaf adik-adik, ayat berbelit). Nak masuk Colloseum tu pun dah kena beratur panjang hampir 40 minit. Tu belum kira lapar lagi, lutut longgar lagi, tunggu bas lagi. Hmm, apa-apa saja lah. Untuk memudahkan perjalanan aku amik tiket City Sightseeing bas untuk dua hari. Hari pertama pusing sekitar Rom dulu untuk camkan hentian mana dan apa tempat menarik yang berdekatan hentian tu. Hari kedua baru jalan. Untuk ketahui harga tiket, boleh rujuk di sini: City Sightseeing bus. Yelah, harga aku dapat ni tak semestinya sama dengan harga akan datang kan?

Contoh bas, tapi aku bukan naik yang ni.

Mana nak pergi di Rom ni? Itu satu persoalan yang bagus dan berteka-teki. Kalau kurang minat sejarah dan senibina, errrmmm, payah siket la. Nanti cerita pun tak tahu. Kalau minat tonton cerita berkaitan Rom zaman dulu, mungkin faham sedikit la apa yang perlu diketahui. Contoh filem seperti Gladiator (2000), The Eagles (2011), Cleopatra (1999) dan The Last Legion (2007). Di bahagian pengenalan tadi aku dah cerita sedikit berkaitan Empayar Rom ni. Jadi, kalau nak lihat kesan tinggalan sejarah tu, ada di Rom ni. Berikut adalah senarai tempat untuk dilawati:

  1. Colloseum ...link
  2. Roman Forum (Antara tempat tertua di Rom)
  3. Palatino dan Circus Maximus.  
  4. Roman Bath
  5. Pantheon
  6. Castle Di Angelo
  7. Muzium di Vatican City

Ni semua berkaitan sejarah. Dah habis dua hari. Lain-lain, banyak gereja besar-besar dan juga tempat melepak di Air Pancut. Antara yang terkenal ialah Fontana De Trevi. Selain tu kalau minat bola boleh la pergi stadium Olimpico yang menempatkan kelab Roma dan Lazio.

Arc Constantino - sebelah Colloseum

 Roman Forum - antara tempat tertua di Rom. Kini jadi muzium. Masa aku sampai, tak semua tempat dibuka untuk kerja pemuliharaan

 Merentasi Sungai Tevere; Kanan ke arah Colloseum, kiri ke arah Vatican City. Di sana tu Castle Di Angelo

 Monumento Vitto Emmanualle

 Basilica St. Maggio

Roman Palatino yang berdepan dengan Circus Maximus. Circus Maximus ni suatu masa dulu satu Hippodrome yang besar untuk perlumbaan chariot. Kira macam litar Sepang la ni. Link Circo Maximo.



No comments:

Post a Comment