Nuffnang Ads

Thursday, 30 January 2014

Colosseum, Rome, Italy

A Part of Rome Travel Journal


Mercu tanda utama Bandar Tua Rome, Itali. Colosseum


Inilah dia, salah satu lambang kegemilangan empayar Rom suatu masa dulu. Bagi aku, ni nombor dua la. Yang pertama, Circus Maximus, tapi sekarang dah tak nampak apa. Hanya padang dan sedikit runtuhan bangunan sahaja. Kalau diikutkan, Circus Maximus ni macam litar F1 la sekarang. Nak masuk Colosseum ni macam biasa la kena bayar. Sila rujuk link ni. Nak masuk sahaja EUR 12.00 - harga terkini. Dah masuk pulak boleh guna alat bantuan informasi audio/video. Sama je macam di Istanbul. Ada pelbagai bahasa, tapi bahasa melayu takde. Kalau tak silap dalam EUR 5.00 - 6.00.  kalau nak jimat amik tiket tiga serangkai; Colosseum+Palatino+Roman Forum hanya EUR 22.00, sah untuk 2 hari. Colosseum ni sebenarnya seakan stadium la zaman moden ni. Dianggarkan bangunan empat tingkat ni boleh memuatkan 73,000 orang pada satu-satu masa. Ada tempat duduk VIP, tempat duduk biasa, stor, bilik persalinan, kandang binatang buas, lif dan kaunter tiket. Macam stadium moden tak? Padangnya pula, bukan rumput sintetik tapi pasir. Pasir yang tebal ditabur atas pelantar kayu yang besar (Arena). Kenapa pasir? Sebab kalau ada perut terburai, darah meleleh, gigi tercabut, senanglah janitor stadium bersihkan. Di bawah arena tu pula ada kandang binatang liar seperti harimau dan singa serta laluan dan bilik untuk para gladiator. Nak naik ke atas arena kena guna lif. Old Trafford pun takde lif dari bawah padang. Kot la aku tak jumpa tapi aritu pegi tak nampak pun. Kalau nak bergambar kenangan dengan askar Rom tiruan di luar Colosseum, kena lagi EUR 10.00 untuk 2 gambar. Sekarang tak tahulah berapa harga. Hmm, carik duit betul. Sekarang ni, banyak struktur kayu dah runtuh. Struktur batu pun kopak-kopak di merata tempat. Tapi masih boleh panjat lagi la sampai tingkat 4. 


Pelantar kayu yang dibina semua separuh supaya nampak struktur laluan dan bilik di bawah


 Nampak ak, ada 'seat' berbumbung. ada yang tak. Bayangkan anda duduk di tingkat 4 tu.

 Rekabentuk yang sama dengan stadium moden. Ada laluan di bawah tempat duduk penonton. Semua tempat duduk dalam gambar ni dah runtuh.

 Ni poster di dinding Colosseum. Gladiator yang hebat sentiasa diingati. Macam Maradona, Messi dan CR7 yang ramai orang puja zaman sekarang ni.

 Ni gambar gladiator lagi. Bak kata orang sastera Melayu, "Terpahat namamu....." Memang kena pahat pun....

 Lagi-lagi poster

 Ni kita masuk bab mekanikal dan binaan. nak tahu apa ni? Inilah 'Injap Angin' atau Air Valve. Besar ke kecil? Ada kesah angin masuk ke tidak? Haa, nak tau pi lah ngaji di masjid...

 Model menunjukkan mekanisma lif untuk bawa harimau naik ke atas arena (pentas)

 Model binaan struktur tempat duduk penonton.

Colosseum ni lah yang menjadi satu bukti banyak perkara. Diantaranya, manusia dari dulu sampai sekarang memang suka akan hiburan. Apakah tujuan Colosseum dan Stadium (gelaran sekarang) di bina? Aku....aku tekan kan, aku....aku tak rasa lah ia untuk tujuan selain daripada hiburan. Tak kesahlah hiburan jenis nyanyian ke, manusia lawan singa ke, Muay Thai ke, K Pop ke, silap mata ke dsb. Cuba tengok persamaan dulu dan sekarang:
  • Parthenon => Rumah ibadat sekarang
  • Colloseum => Stadium besar
  • Circus Maximus => Litar F1
  • Roman Bath  => Kolam renang akuatik, Spa
Lebih kurang je kan? Satu bukti lagi, orang dulu dan sekarang ada yang pandai - boleh buat macam-macam. Bagi aku kurang sesuai la nak kata orang sekarang lebih pandai sebab lain zaman. Dengan teknologi yang ada sekarang orang boleh buat kapal terbang dan menara tinggi-tinggi tapi mereka masih bingung macamana orang dahulu buat Colosseum, Piramid, pedang Damaskus yang tajam mengalahkan sembilu, Air Pancut di Sepanyol yang keluar waktu azan dll. Bagi aku orang pandai dulu dan sekarang sama aje, tapi yang membezakannya ialah penemuan (discovery) satu per satu ilmu Allah pada masa yang lain. Hidup dalam domain yang berlainan. Domain? Senang cerita lain 'padang'. Jadi bagi aku sememangnya Teori Darwin tu layak 'dibakulsampahkan'. Allah sendiri yang ajar Nabi Adam macam-macam kan? Allahu'alam.

No comments:

Post a Comment