Nuffnang Ads

Saturday, 15 February 2014

Reno, Nevada, USA - Bahagian I

Tempat ni mungkin ramai tak pernah dengar. Begitu juga aku tanya orang tempatan di sini, ada juga yang tidak tahu mengenai Malaysia. Mungkin nama Nevada ramai dah tahu kerana di situ ada Las Vegas (aku agak aje, bukan fakta - tak perlu debat). Tapi tempat ni tinggalkan satu kesan mendalam dalam diri aku. Aku rasa itu mungkin tujuan aku 'dihantar' ke sini. Walaupun aku yang nak pergi ke Amerika tapi kenapa tempat ni? Biasanya orang Malaysia suka ke LA, NY, Miami, San Fran atau kawasan Northeast US. Tempat ni hanya lah gurun yang tandus dan gersang. Bukan satu tempat yang orang nak tuju. Itulah kenapa aku kata aku yang 'dihantar' ke sini. Ada banyak hikmah di sebalik itu. Bukan kuasa aku untuk tentukan hidup aku. Tapi apa yang pasti makin jelas arah hidup aku. Allah boleh beri petunjuk kepada sesiapa, tak kira di mana atau bila. Siapa sangka kan? Ini adalah tempat kedua yang aku tinggal selepas UK. Yup, bukan jalan-jalan atau cuti-cuti ya tapi pernah tinggal. 


 Sejarah pembukaan Reno - daripada jambatan keretapi menjadi bandar. Nama asalnya ialah lake's Crossing. Ditukar pula kepada Reno sempena  nama seorang pegawai tentera AS (Union) bernama Maj. Gen. Jesse Lee Reno. Beliau berketuruan French, dan surname asalnya Renault. Bila nama Renault di 'Amerika' kan oleh nenek moyangnya, jadilah Reno. 

 Perlombongan adalah aktiviti terbesar di sini. Nevada sahaja adalah pengeluar emas ketiga terbesar di dunia. 

Bandar ni kecil, tapi gelarannya "The Biggest Little City in The World". Wow! Macamane tu? Aku tak rasa macam city je. Aku makin keliru dengan maksud 'City'. Tapi tak apalah, hal dunia bukan aku nak kesah pun. Tempat ni di kawasan tanah tinggi, 1300++ meter dari aras laut. Mula-mula sampai aku cepat penat naik tangga. Tekanan rendah. Penduduknya banyak dari keturunan Latin atau Sepanyol (paling ramai), British dan campuran Asian terutamanya Korea dan Filipina. Haaa, jangan terkejut. Aku rasa macam di Malaysia. Muka Melayu dan Filipino hampir sama. Cuma cakap je tak faham. Banyak kedai Filipina, Korea dan Vietnam. Hmmm, nampak tak? Macam semua orang-orang dari negara yang pernah berperang dengan US dulu. Ada juga sahabat kita dari keturunan Afrika di sini tapi tak ramai dan tak seramai di California (mereka pun keturunan Adam juga). Apa lagi yang banyak di sini? Tentulah kasino. Nevada adalah satu negeri yang dapat lesen untuk berkasino. Kasino di sini pun dah mengalahkan 'Genting' aku rasa. Tapi Las Vegas lagi dahsyat la. Satu ciri tempat yang ada banyak kasino ialah banyaknya juga kedai 'Thrift Store' dan kedai gadai. Hahahah, memang selari la kan. Siap ada yang tulis, kami terima emas, perak dan lain-lain spt gitar, handphone dll - kira asalkan yang ada harga. Kalau nak tahu berapa banyak orang jadi miskin, tengok lah kedai gadai ni. Macam-macam ada.
 Reno di musim sejuk

 Lake Tahoe - tempat pelancongan utama yang berdekatan. Separuh milik California dan separuh lagi milik Nevada.

Sungai Truckee - bersih sungguh air di sini. Ni lah salah satu tempat kawasan tengah bandar Reno.

Sepanjang aku tinggal di sini, aku rasa aku aje rakyat Malaysia. Orang dari Indonesia pun dapat jumpa seorang aje. Itu pun terjumpa secara tak sengaja. Setakat tinggal di sini, oklah, aku dilindungi sepanjang masa. Walaupun hari-hari ada kes orang diserang, orang menyerang, berlaku kemalangan kereta dan orang bertumbuk dan sebagainya. Kalau boleh jangan la merayau malam-malam. dah jadi adat dari dulu hingga sekarang, mana-mana tempat aku pernah pergi memang ada ramai kutu rayau jika di tengah bandar (city center). Begitu juga 'homeless'. Orang Islam di sini minoriti. Semasa aku sampai, tiada masjid di Reno. Setiap hari Jumaat, aku terpaksa ke Sparks (sister city Reno) kira-kira 6km sehala dari apartmen aku untuk solat Jumaat. Episod akan datang aku akan cerita aktiviti masyarakat Muslim di Reno dan Sparks.

Reno di waktu 'akatsuki' yang bening. Bermula hidup aku sebagai yang dicipta untuk hari baru.



No comments:

Post a Comment