Komuniti Islam di Reno-Sparks, NV
Semasa aku sampai di sini dalam tahun 2011, tiada masjid di Reno. Aku terpaksa naik bas dalam 30 minit untuk ke Sparks, iaitu Reno's sister city untuk solat Jumaat. Kalau naik kereta kejap aje la sebab jaraknya kira-kira 6km sahaja, lebuhraya besar. Tapi aku mana ada kereta. Nasib baik 'timing' bas di sini ok, tepat macam di UK. Satu-satunya tempat yang jadi solat Jumaat di kariah Reno-Sparks ni ialah di sebuah masjid di North Nevada Muslim Community Center (NNMC). Sila rujuk link di sini. Di NNMC ni terdiri daripada sebuah masjid dan sebuah bangunan yang menempatkan dewan dan kelas pengajian Islam. Jika tiba waktu bukan solat, tempat ni lengang dan sunyi. Mungkin ada seorang dua yang jaga. Setiap hujung bulan, diadakan makan malam 'potluck'. Memang meriah. Pelbagai bangsa dan keturunan, berjumpa tanpa ada rasa diskriminasi kaum. Walaupun aku seorang aje Melayu, mereka semua menerima aku dengan tangan terbuka. Majoriti orang Pakistan. Kebanyakan mereka buat perniagaan sendiri. Imamnya orang Mesir. Pengerusi JK seorang pensyarah berketurunan arab Mesir (sebelum ak tinggalkan tempat ni). Tenaga pengajar terdiri daripada pelbagai bangsa; Iran, Pakistan, India dan Arab. Haaa, satu lagi, jangan risau. Mereka ahlul sunnah wal jamaah. Tiada solat dengan 'batu' ke, ape ke. Tiada perkara sunat yang didebatkan sampai bertegang leher (ada juga bincang tapi mereka ni bincang secara profesional - cool). Yang rukun dan wajib adalah perkara yang diutamakan. Keadaan di sini benar-benar membuka mata aku (bukan cuci mata yer).
Selepas solat zohor diadakan sesi soal jawab dengan pelajar (5 tahun ke 18 tahun)
Makan tengah hari waktu rehat kelas |
Walaupun dikira minoriti, tapi mereka cekal berpegang pada ajaran Islam. Solat tak tinggal. Solat Jumaat pun tak tinggal. Mereka bekerjasama sesama mereka buat kelas pengajian Islam untuk membetulkan aqidah anak-anak mereka. Salah seorang AJK kata pada aku;"Kita perlu tune semula pemikiran budak-budak ni setelah belajar di sekolah biasa. Sekurang-kurangnya ada satu hari dalam seminggu untuk pendidikan Islam". Hebat! Makan? Macamana makan pulak? Hmm, aku tak pernah jumpa restoran halal di sini. Mereka semuanya masak sendiri. Lain lah kalau setakat makan roti je. Dahsyat. Tiada alasan darurat ke, lemau ke, Islam tu kolot ke. Mereka ni orang US. Lahir di US, warga US. Takde pulak mereka kata Islam tu kolot atau ketinggalan. ASWJ lagi. Walaupun hidup dalam keadaan amat payah untuk laksanakan tuntutan Allah, mereka tetap tunaikan. Aku yang datang sekejap pun terasa beban dugaan yang dipikul mereka. Jika ada sesiapa meninggal, mereka akan dikuburkan di perkuburan
Kristian atau dituntut oleh saudara mara untuk dikebumikan di
California. Bandar terdekat yang ada perkuburan Islam ialah di
Sacramento, CA sejauh 3 jam sehala dengan menaiki kereta US (bukan kereta
Malaysia ya) - yang cc nya semua besar-besar. Memang sedih, tapi itulah
hakikatnya menjadi minoriti. Jika nak ada perkuburan, komuniti muslim
perlu mohon majlis, dan buat bayaran untuk beberapa lot. Tak silap aku
12 lot diperlukan dan harga setiap lot adalah sebanyak USD3000. Wow, RM 9000-RM10000. Aku rasa ada 3 kali kot aku join solat jenazah kat sini. Kelas pengajian dibuat setiap Ahad, dari pagi hingaa ke zohor. Lepas solat zohor berjemaah - bersurai. Kelas lelaki dan perempuan remaja di asingkan. Aku sempat join beberapa sesi kelas. Aku rasa kalau tiada siapa nak cerita bab fiqh, syariah, sirah dan tauhid yang asas tu pun memang anak-anak mereka ni boleh 'lost'. Anak-anak orang US ni pulak tak pendiam macam di Malaysia. Mereka rajin bertanya. Kalau tok guru tak reti - abis la. Atau pun reti pasal Islam tapi English sekadar Oh! My English aje - hmmmm....bungkus! Macamana nak berdakwah? Nak cerita pasal iman pun payah. Sir, what is iman? haaa...answer! Kuliah /usrah mereka juga tak sehala. Ada sesi soal jawab secara life, tak guna nota atau facebook. Mereka yang macam nilah aku boleh katakan orang yang 'gigit' betul-betul ajaran Islam. Rasa kagum ada, hormat ada, sedih pun ada. Sayang, aku sekejap aje di sini.
Jamuan potluck setiap hujung bulan
Barulah aku dapat rasa orang Islam lain masak untuk aku. Hahaha. Semua kena masak sendiri woooo kat sini.
Baklava oh baklava. Manis macam madu. Aku merinduimmu....
Keadaan dalam dewan. Ni waktu puasa.
Antara hasil usaha komuniti Islam di sini. Somethin is better than nothin.
Gini le rupernya salah satu kelas. Dibezakan ikut umur dan jantina bila dah remaja.
Tapi kini, keadaan makin baik. Aku difahamkan dah ada masjid di Reno. Link. Syukur pada Allah. Diharap Islam terus mekar di merata pelusuk dunia. Sama ada Islam ditekan atau tidak, pucuk pangkalnya kita kena tetapkan pendirian, sentiasa semak dan betulkan aqidah. Sebab, syirik adalah satu perkara yang bahaya. Iblis cuba pesongkan kita setiap masa di pelbagai keadaan. Menyamakan sesuatu makhluk dengan khaliqnya adalah salah satu dosa besar. Semoga Allah sentiasa lindungi kita.
No comments:
Post a Comment