Nuffnang Ads

Monday, 3 February 2014

Rome, Italy, Bahagian III

Palatino dan Vatican City

Kira-kira 200-300m dari Colosseum, terdapat tinggalan istana lama Roman Palatino yang terletak di atas Bukit Palatine. Bukit Palatine ni salah satu daripada tujuh bukit yang membentuk lanskap bandaraya Rome. Menariknya, bukit Palatine ni dikelilingi oleh bukit-bukit yang lain.Satu bahagian istana ni mengadap Circo Maximo dan satu lagi mengadap Roman Forum. Cuba rujuk peta bas sightseeing di atas. Istana ini juga telah menjadi tempat tinggal maharaja-maharaja Rom dari beberapa dinasti bermula dari Augustus. Dikatakan juga, di sinilah terletaknya gua Lupercal, di mana Romulus dan Remus tinggal bersama ibu serigala mereka, sebelum mereka membuka kota Rom. Itu mitos/lagenda orang-orang Rom. Macam kita lah juga, gunung Ledang dan Jerai sering dikaitkan dengan pelbagai mitos. Benar atau tidak diluar pengetahuan aku. Apa yang pastinya, istana ni lagi lama dari Kellies Castle kat Perak tu. Heheheh.


 Pintu masuk ke Palatino. Ramainya........

 
 Palatino dari Circo Maximo.


Salah satu gerbang di Palatino.

Memandangkan masa yang singkat, beratur yang panjang amat dan kepenatan, aku hanya lalu sahaja di sekitar Palatino ni. Lagipun nak masuk kena bayar. Aku bayar untuk Colosseum aje. Macam di Istanbul aku amik tiket untuk 72 jam. Yang tak seronoknya, banyak tempat ditutup untuk pemuliharaan, tu pasal aku amik Colosseum aje. Sempat juga tengok Circus Maximus si litar F1 kuno tu. Cuma sekarang nampak padang rumput aje. Rasa rugi pulak tak beli ada satu buku tu, dijual oleh 'salesperson' jalanan. Buku tu tunjukkan gambar sekarang dan dulu setiap tempat bersejarah di Rome. EUR 5 je kalau tak silap. Lepas makan tengah ari, kami teruskan perjalanan ke Vatican City.

 Lokasi retoran halal berdekatan Stazion Termini. Ada dua restoran di sini. Sekarang ni aku tak pasti la.

Restoran halal - Ihsan Google Map

Vatican City - kota dianggap suci oleh orang Kristian. Sebenarnya ia adalah negara kota dan diketuai oleh Pope sendiri. Oleh itu ia merupakan antara negara terkecil di dunia, mempunyai luas kira-kira 100 ekar. Banyak betul pelancong di sini. Agak jelas untuk bezakan orang Katholik dan Protestant di sini. Aku tak berminat sangat nak masuk ke dalam, jadi hanya tengok dari luar sahaja. Pelbagai rupa patung menghiasi halaman tengah (St. Peter's square) di depan gereja St. Basilica tu. Di deretan kedai berdepan square ni, terdapat banyak akak-akak dan abang-abang Afrika jual PRADA celop dan lain-lain cenderamata. Hmmm, ramai juga Pinoy yang alim-alim di sini. Mereka menuntut di sini rasanya, sebab aku tengok ramai bawa buku dan nampak macam pelajar je. 

 Sebahagian St. Peters Square. Dulu-dulu aku tak pandai amik gambar. Kamera pun murah.

 Apostolic Palace - satu lagi bahagian St. Peters Square.

Vatican City

St Basilica Church.

No comments:

Post a Comment