Windermere (Lake District) dan Kendal
Apakan daya aku ada lebih kurang 3 hari nak dihabiskan untuk tiga tempat: Manchester, Lake District (Windermere) dan Blackpool. Liverpool? Lain kalilah! Fokus untuk Liverpool ye! Hehehe. Aku bertolak dari Leeds ke Manchester melalui M62. Sampai pun dah lewat petang, hujan pulak tu. Jadi, aku terus ke hotel. Untuk mudahkan pergerakan, aku tak menginap di sekitar Manchester, tapi di Bolton - Brittania Hotel. Kedudukan strategik, tepi motorway di utara Manchester. Harga pun ok. Senang lah siket nak ke Lake District yang digembar-gemburkan menarik tu. Betul ke? Yelah, kat Pulau Britain ni makin ke utara makin banyak tanah tinggi, dan banjaran tu berakhir di Scotland. Tu pasal Scotland dikenali sebagai 'Highland'. Oleh itu, selain tanah yang tinggi, di kawasan Lake District ni ada banyak tasik. Kira tasik di kawasan tanah tinggi. Sesetengah tempat hanya tanah tinggi je. Disebabkan inilah tempat ni agak unik dan telah diwartakan sebagai taman negara. Ok, bebalik kepada cerita aku, sampai je hotel, makan malam ala kadar dan tidur. Tengah hari tadi dan ronda-ronda di Leeds jumpa kawan-kawan. Letih dan aku nak recharge.
Esoknya dengan tenaga yang baru, lepas sarapan aku terus memandu ke Lake District. Lebih kurang 1 jam setengah, sampailah ke Kendal, satu bandar kecil di luar kawasan Lake District. Dari Kendal pulak aku terus ke pekan Windermere. Sepanjang perjalanan dah nampak banyak tasik sejauh mata memandang. Luas sungguh kawasannya. Taman Negara lah katakan (website rasmi Lake District - klik). Baca punya baca, dalam banyak-banyak tasik akhirnya aku memutuskan untuk ke tasik Windermere aje lah. Tasik Windermere adalah tasik terbesar dan terpanjang di sini. Aku sampai sini musim panas. Maka, dari jauh lagi dah nampak berduyun-duyun kereta masuk ke kawasan tasik. Nak parking pun susah. Sempat jugak lah aku pusing-pusing 2 - 3 pekan. Di sekitar Tasik Windermere ni ada beberapa pekan kecil. Mula-mula nak ke Bowness-on-Winderemere, tapi ramai sangat orang. Aku ubah pulak ke arah utara, sampai ke Brockehole. Macam tu juga. Akhir sekali tiba di pekan Ambelside. Nak buat apa ek kat sini? Kalau dikutkan, ada banyak aaktiviti:
- Berkayak atau sailing
- Naik bot
- Tunggang basikal atau buggy (sewa)
- Memancing
- Makan-makan
- Lawat Castle (Wray Castle)
- Lawat exhibition center (Brockhole)
- Tangkap gambar burung
- Hiking
- Panjat bukit
Memang ramai orang berkayak dan main bot layar. Disebabkan masa yang mencemburui, aku putuskan untuk naik satu bot, tangkap gambar dan makan. Asalnya aku tak perasan pun ada castle kat situ, tapi pemandu bot tu yang beritahu. Disebabkan tak plan, aku tak pegi tengok castle tu. Lepas makan tengah hari, aku terus ke Blackpool, nak tengok tepi pantai pulak. Masa tu aku tak tahu ada apa sebenarnya di Blackpool. Ok, nanti aku cerita lagi.
Waterhead boat station. Beli tiket di sini untuk naik bot. Tempat ni terletak di utara Tasik Windermere.
Gini lah keadaan di Tasik Windermere ni. Tenang dan bersih.
Antara aktiviti kegemaran orang di sini.
Hotel aku menginap di Bolton.
No comments:
Post a Comment