Nuffnang Ads

Friday, 16 May 2014

Kembara Barat Laut England - Bahagian II

Blackpool, England



Dalam banyak-banyak 'pool', pool mana yang paling gelap? Blackpool la. Macamana pulak pool yang ada perasaan? Hartlepool.....Pool yang hasilkan darah? Mestilah Liverpool. Heheheh. Saje je. Perjalanan aku ke barat laut England diteruskan ke Blackpool dari Windermere, Lake District. Lepas makan tengah hari, terus memandu ke Blackpool. Nak tengok jugak macamana laut Irish....Kot-kot la boleh nampak Ireland. Secara asasnya, Blackpool ni bandar tepi laut yang terletak dalam kariah Lancashire, di utara England. Tak jauh dari Manchester dan Liverpool. Bandarnya tak besar sangat, lebih kurang macam Dungun/Lumut/Port Dickson/Mersing. Klebang dan Limbongan di Melaka tu kalau dibangunkan sikit boleh jadi macam Blackpool kot. Banyak tempat hiburan dibangunkan di sini untuk pelbagai umur termasuk teater, fun fair, kelab malam (sebab di sini tiada kedai nasi kandar yang buka sampai 2 pagi kuikuikui), kasino, taman tema dan muzium. Selain tu kalau jauh siket ada zoo. Disepanjang Balckpool Promenade, bangunan dihiasi dengan lampu neon dan kelip-kelip. Anda boleh rasa tempat ni seperti funfair yang besar tepi pantai. Lebih kepada hiburan la. 


Apa yang aku rasa mungkin Liverpool dan Manchester terlalu padat dengan kilang (maklumlah, dulu kan terkenal dengan revolusi industri di England) dan tempat tinggal yang bertingkat-tingkat (padat) menyebabkan satu kawasan rekreasi perlu dibangunkan untuk mengawal keseimbangan mental penduduk di Liverpool dan Manchester serta sekitarnya. Dan Blackpool lah jawapannya. Mungkin ini terjadi secara tidak langsung. Ye lah, dah penat kerja seminggu, mana nak bawa keluarga jalan-jalan? Lagipun Blackpool adalah kawasan pantai bersih yang terdekat di dua bandaraya besar ni. Sesuai untuk mereka yang gemar main air. Macam Bondi Beach di Sydney la lebih kurang. Kebanyakan bentuk hiburan mengikut cara hidup mereka. Kita minum teh tarik, mereka minum lain....tak gitu? Ini adalah list tempat menarik di Blackpool ni. Tengoklah korang minat yang mana. 
  1. Blackpool Tower (boleh naik ke atas hingga  125m tinggi)
  2. Grand teater 
  3. North Pier dan Central Pier (funfair je)
  4. Sealife (lebih kurang je dengan Sealife di tempat lain)
  5. Nickelodeon Land
  6. Sandcastle Water park
  7. Blackpool beach dan kawasan Promenade
  8. Winter Gardens (macam Covent Garden London je)
  9. Madamme Tussauds
Banyak tempat aku tak masuk, sebab ada yang dah pernah pergi. Jadi aku hanya jalan-jalan sekitar Blackpool Promenade dan naik Tower.


Keadaan bandar Blackpool. Biasa je, kalau nak cari bank, farmasi, restoran dan lain-lain ada di sini. Di bahagian pantai, banyak tempat hiburan.

Kasino? restoran?

Sini pun ada Sealife?

 Blackpool Tower. 412 kaki tinggi. Boleh naik ke atas untuk lihat seluruh panorama Blackpool. Bawah tu ada teater, satu bangunan dengan tower.

 Pemandangan sepanjang Promenade dari Central Pier. Waktu air surut, orang boleh jalan-jalan atas pasir tu.

 Dalam bangunan Blackpool Tower. Ada pelihara ikan?

Ni pun dalam bangunan di Blackpool Tower. Macam prehistoric muzium pun ada rasanya.




Blackpool Promenade pada waktu malam dari atas Blackpool Tower. Maklumlah, masa ni kamera aku tak power, gambar kurang kualiti. Yang nampak tu Central Pier (ada Ferris Wheel) dan South Pier.






No comments:

Post a Comment