Batu Pahat memang terkenal dengan asam pedas - terutamanya asam pedas berasaskan ikan. Di Melaka terkenal dengan asam pedas 'daging tetel'. Dalam kiriman kali ini aku nak fokus pada asam pedas Batu Pahat. Disebabkan banyak asam pedas di Batu Pahat ni, hanya ada beberapa yang jadi pilihan orang ramai. Biasalah ikut cita rasa masing-masing. Tapi deretan kedai asam pedas di Jalan Rahmat ni memang jadi salah satu pilihan utama aku, keluarga aku dan rakan-rakan. Tempat lain sekitar Batu Pahat ada la lagi tapi satu-satu. Untuk orang luar Johor (aku pun bukan lahir di Johor), bak mai aku citer di mana Jalan Rahmat tu. Di Batu Pahat ni, bagi aku 'city centre' dia adalah di segiempat emas Jalan Rahmat - Jalan Zabedah - Jalan Bakau Chondong - Jalan Rugayah. Kalau ditambah Jalan Kluang pun boleh lah. Empat jalan ni membentuk 'ring road' macam di London tue tapi sebenarnya square roads laa sebab tak bulat pun. Hehehe. Dalam keempat-empat jalan ni, Jalan Rahmat lah dikira jalan yang paling sibuk dan sesak. Di jalan inilah banyak pejabat-pejabat pentadbir, bank-bank, restoran dan macam-macam lagi pejabat swasta untuk khidmat kepada masyarakat macam telekom, pos dan sebagainya. Jadi, untuk sampai ke kedai asam pedas Jalan Rahmat ni, carilah Maybank besar Batu Pahat dan disebelahnya ada HSBC. Jalan ni sehala. Bertentang dengan Maybank tu ada pejabat pos. Sebelah pejabat pos tu ada deretan restoran asam pedas yang dicari. Walaupun ia terletak di tepi jalan, ia agak tersorok siket sebab deretan kedai tu menghala ke dalam, bukan sepanjang jalan besar.
Restoran ni yang terletak berdekatan dengan Maybank Batu Pahat di Jalan Rahmat. Mudah je nak cari.
Bertentang Maybank tu ada pejabat pos (bangunan rekabentuk imperial dalam gambar tu). Sebelah pejabat pos tu terletaknya deretan kedai asam pedas yang disebutkan.
Menu yang ditawarkan? Menu utama dah tentulah ikan masak asam pedas. Ikan sahaja ya. Jangan mengada-ngada nak cari ayam atau kambing masak asam pedas! Menu sampingan, ada ayam goreng, telur dadar, telur asin, sambal goreng dan gado-gado. Kadang-kadang ada kedai jual telur puyuh masak sambal dan kupang masak sambal. Lain kedai lain menu sampingan. Ikan yang dijadikan asam pedas pulak termasuklah pari, kembung, merah, semilang dan bawal. Ini pun ikut kedai la. Biasanya orang pesan ikan merah dan pari. Pilihan utama adalah kepala ikan merah. Ni setaraf kari kepala ikan di Pulau Pinang. Kepala ikan merah ni sesuai makan ramai-ramai. Besar. Kalau aku datang sorang dua, aku pesan isi ikan je la. Ikan yang dijual di sini memang segar. Setiap hari kedai-kedai di sini memang penuh sesak dengan orang ramai terutama waktu makan tengah hari. Hujung bulan lagi lah penuh. hehehehe. Jadi, ikannya pun segar sebab tiap-tiap hari habis dijual. Harga? Untuk isi ikan merah berharga DARI RM 7.00. Kalau besar mungkin, RM 10, RM 15 atau RM 20. Biasa la kot? Aku pernah makan ikan patin di Temerloh, secara purata restoran di situ tetapkan harga RM 7 - RM 8. Begitu juga kari/gulai ikan semilang di negeri-negeri utara, RM 3 - RM 4 seketul. Tapi 'seketul' tu bersamaan separuh ikan merah ni dari segi isipadu isi ikan. Lebih kurang je semua, utara, selatan, timur dan barat Malaysia. Ek eh, peniaga-peniaga seluruh Malaysia ni dah pakat ker?
Kedai yang depan sekali. Man Cathays. Sebelah restoran ni dulu ada panggung wayang. Sekarang ni dah tutup. Orang sekarang tengok wayang di shopping mall. heheheh.
Kedai kedua - Asam Pedas Tambak. Kesemuanya ada 5 - 6 kedai kot. Aku tak pergi semua.
Selain asam pedas, ni menu pilihan utama aku. Sambal goreng. Sebenarnya bukan cili semata-mata, tapi ada tempe, tauhu, so hoon dan kentang. Macam kedai Tambak Asam Pedas ni ada letak kupang. Lain kedai lain resipinya. Ni salah satu masakan Jawa yang aku suka. Aku tak minat gado-gado.
Pilihan menu sampingan yang lain. Menu sampingan ni memang dah jadi trend sebagai pelengkap ikan asam pedas Johor-style. Macam asam tomato untuk daging rebus di negeri-negeri utara ataupun makan chicken chop tak sah tanpa coleslaw.
Thank you for sharing.. assam pedas batu pahat memang terbaikkk...
ReplyDeleteFor sharing, tips menurunkan berat badan