Nuffnang Ads

Friday, 5 September 2014

Ho Chi Minh City - Hari 2, Bahagian II

Bahagian II - Chu Chi Tunnel



Perjalanan diteruskan dari My Tho, Mekong ke Chu Chi district untuk lihat salah satu kesan Perang Vietnam sekitar tahun 1960-70an iaitu Chu Chi Tunnel. Pemandu tu cadangkan kitorang boleh tidur dulu memandangkan masa perjalanan akan ambil masa selama 2 jam lebih. Lepas makan tengah hari pulak tu. Yang tak tahan tu siap pasang lagu untuk tido. Lagu sentimental. Hmmm, kalau aku berdengkur nasib ko arr pemandu. Hahahaha. Memang lama berjalan, dan yang lebih 'adventure' nya ialah pajero yang kitorang naik ni absorber dia teruk sekali. Melantun-lantun aku kat belakang. Lepas tu hujan dan banyak lori. Fuuuhh, perlahannya. Sabor jelah! Akhir sekali sampai jugak di Chu Chi Tunnel ni. Tiket dah dibayar dengan ejen, jadi kitorang dapatkan tiket dari pemandu dan cari penunjuk arah pulak di kaunter.


Luas juga tempat ni. Dikatakan terowong ni boleh sampai ke Kemboja yang jaraknya beratus kilometer dan jaringannya berpuluh-puluh kilometer radius (rujukan). Kawasan yang dibuka kepada pelancong zaman ini sedikit sahaja. Tak sampai beberapa meter pun aku dah rasa macam nak sesak nafas masuk dalam terowong ni. Sedikit sejarah; tunnel warfare (teknik perang terowong) di Vietnam ni mula digunakan untuk menentang penjajah Perancis. Haaa, bagi yang belum tahu, orang Vietnam dah berperang dengan Perancis sebelum Perang Vietnam yang lawan dengan Amerika dan konco-konconya tu. Lepas Perancis menyerah, pemimpin Vietnam utara nak satukan Vietnam. Masalah timbul bila para pemimpin Vietnam selatan memilih ideologi kapitalis dan pemimpin Vietnam utara pro sistem komunis. Hatta disebutkan kisah, terjadilah peperangan besar yang makan masa berbelas tahun. Pemimpin Vietnam selatan mohon bantuan Amerika, tetapi akhirnya tetap kalah. Pemimpin Vietnam utara, Ho Chi Minh berjaya satukan Vietnam, tapi dengan harga yang tinggi. Ramai yang mati dengan kejam dan kesan mutasi boleh dilihat pada generasi muda Vietnam akibat senjata kimia dan racun pokok (agen oren yang terkenal tu). Hingga kini, teknik perang terowong masih lagi digunakan oleh banyak pasukan tentera di seluruh dunia.



 Gambaran sebahagian terowong yang dibuka kepada pelancong.

 Model terowong, boleh dilihat sambil menonton video.

Salah satu contoh pintu masuk terowong dan juga berfungsi untuk serang hendap. Askar musuh tak kan perasan tiba-tiba Viet Cong (VC) keluar secara tiba-tiba dan ghaib tiba-tiba. Tengoklah saiznya. Kecil sungguh.

Ni pintu masuk yang normal. Besar sedikit. itu pun masih kecil. Waktu sampai sini nasib baik hujan berhenti. Pelancong dibenarkan masuk terowong ni kalau kering.

Busut? Sebenarnya ruang udara untuk penghuni terowong. Ni busut tiruan, untuk mengelabui mata askar Amerika.

 Diletakkan juga bangkai kereta kebal Amerika, M41 light tank.

 Salah satu jenis booby trap. Ni untuk beri kesan psikologi kepada askar musuh.

Penunjuk arah bawa ke replika bengkel. Sepatutnya bengkel ni dalam tanah, tapi takut ada pelancong sesak nafas. Memang ngeri kerja mereka, terutamanya kerja yang potong bom. Apa! Potong bom? Gile ape? Itulah hakikatnya. Dah berperang namanya. Bom yang tak meletup atau yang dirampas akan dikitar semula untuk kegunaan tentera VC.

Ada tempat untuk pelancong cuba menembak. Paling murah 10 biji peluru M16, VND 350000. Lebih kurang RM6 sebutir. AK47 lagi mahal, VND 400000. Cuma yang tak bestnya kita tak tahu hasil tembakan kita macamana. Tepat? Terssasar? Bull's eye?

VC berperang tak guna kasut, tapi sandal sahaja. Sandal ni dibuat daripada tayar kenderaan. Tahan lasak dan terbukti berkesan dalam jungle warfare dan tunnel warefare. Tak payah pakai but Timberland ke, Dr Cardin ke, Wolverine ke, ataupun Clark yang beratus2 tue.

 Haaa, tak caya? Mereka ni buat demo untuk buat sandal perang VC tu. Memang real, tak tipu. Siap dijual lagi.

Ni salah satu terowong yang dibenarkan masuk. Ada bumbung di luar supaya air hujan tak masuk. Yelah, pelancong ni kan manja. Tak semua biasa main tanah. Silap-silap yang membesar kat bendang pun geli pegang tanah sawah. Hehheheh. Kalau macam ni punya terowong, kalah Kaymakli di Cappadocia Turki tu. Lagi sempit.

 Kawah yang terhasil daripada letupan bom kapal terbang B-52. Ni kapal terbang pengebom antara yang terkenal ye murid-murid, B-52.


 Pelancong juga dijamu dengan ubi kayu, cicah garam, gula dan kacang tanah. Hmmmm, sedap.

 Sebahagian kelonsong bom. Macam-macam saiz dan jenis.

Salah satu ruang pameran.








No comments:

Post a Comment