Nuffnang Ads

Friday, 5 September 2014

Ho Chi Minh City - Hari 2, Bahagian I

Bahagian I - Menjelajah Sungai Mekong

Sebuah jambatan merentasi Sungai Mekong di kawasan My Tho. Jika terus ke hadapan sejauh 170km akan masuk Kemboja.
Perjalanan ke Sungai Mekong bermula dari pukul 7.30pg. Lepas sarapan je, pemandu dah tunggu depan hotel dengan pajero. Hmm, tak sangka dia bagi pajero. Kami bertolak ke salah satu pekan di tebing Sungai Mekong iaitu My Tho. My Tho ni kira pekan yang paling utara sekali di delta Sungai Mekong. Kami dibawa ke jeti dan di situ juga ada pejabat pelancongan Mekong. Nama syarikat di Mekong ni yang berurusan dengan ejen kami di HCMC ialah Song Tien Mekong Tour. Pemandu pelancong kami seorang perempuan, bernama Nguyen. Ok jugak English dia. Senang citer. Terus ke bot, kami menuju ke pulau pertama, Con Tan Long (kampung nelayan). Aktiviti di sini, melawat rumah pekebun, dengar lagu Vietnam di rumah tu - siap ada makan buah sekali. Oklah. Pastu kena la tip kat orang menyanyi tu. Hmm, ni 'hidden cost'. Seterusnya menapak ke perusahaan madu. Tangkap gambar dengan ular sawa, makan madu, propolis, pisang salut madu dan minum teh madu limau. Semuanya bermadu lah, manis sungguh! Ahaks! Dah sampai tempat macam ni dah tentu kena offer beli itu dan ini. Dalam banyak-banyak tu, kami amik madu je lah.


 Dalam perjalanan ke My Tho, Mekong. Ada jugak to di Vietnam ni.

 Sekitar jeti di Du Lich.

Di antara bot-bot yang ada untuk merentasi sungai Mekong. Bot dua tingkat 
tu restoran terapung.

Pulau pertaman, Pulau Can Thanh Long.

Jemput makan buah ye. Manis sungguh buah-buahan di sini.

Ada pulak orang menyanyi dan bermain muzik. Layan je lah. Masalah utama
 ialah bahasa yang tak faham.

Melawat ladang lebah. Ada lebah, adalah madunya. Di belakang ladang ni 
ada ular sawa jinak dan ladang orkid.

 Hidangan percuma di kedai makan ladang madu ni. Makan lagi. Ni aku tak tolak. 
Dah makan, tak reti-reti nak beli ke? Anda terperangkap!

Seterusnya naik bot ke tanah delta di seberang bernama mukim Tan Thach. Tan Thach ni kira dah masuk daerah Ben Tre pulak. Di sini melawat perusahaan coconut candy, wine ular, dan buah nipah. Ada juga beg dari kulit ular dan buaya. Aku tanya Nguyen, ular ni semua dari sini ke? Dia kate tak, dari 'snake farm'. Ye keee? Layan aje. Di bawa pula melalui sungai yang ada rumah bot dan seterusnya ke kereta kuda. Naik kereta kuda terus ke satu hentian untuk naik sampan. Aku rasa diorang ni saja nak bagi rasa naik sampan kot, tapi bukan di sungai Mekong yang besar tu la. Anak sungai je. Hahahaha. Tapi ada sorang nenek tu yang tolong dayungkan. Tengah mendayung ni, selisih dengan satu lagi sampan, cucu dia pulak naik. Budak kecik je. Ada satu paddle kosong, aku pun join mendayung. Si Nguyen tu macam terkejut je tengok aku mendayung sekali. Aku memang suka mendayung. Heheheh. Aku ni walau pun tak tinggal di kampung (bukan aku nak sebab kampung aku dah bertukar jadi bandar), bab air ni ada dalam DNA aku. Dari sampan, kitorang berpindah ke bot yang asal tadi dan terus pergi makan di pulau Co Quy kot. Ni aku tak sempat nak rekod. Makan ikan 'elephant ear fish'. Apakemendenya ikan tuh? Aku syak kaloi. Hmmm, memang betul kaloi. Dihidangkan juga ikan keli masak kicap. Oklah rasanya. Masa di Bandung, ikan kaloi tu digoreng dan makan dengan kuah kicap bercili. Di Mekong ni pulak ikan tu digoreng dan makan dengan sos asam jawa yang manis. Haaaa, ni first time aku makan sos asam jawa manis. Memang sedap. Boleh cuba buat kat rumah ni.

Perusahaan coconut candy.

 
Wine ular dan kala jengking.

Seterusnya naik kereta kuda. Kena tips lagi.

Tuu dia, sampan untuk menyusuri anak sungai Mekong.
Terkejut jugak aku, orang Vietnam makan memang macam ni eh?
 Ringkas. Patutlah mereka 'slim'. Tapi nasi tetap ada.




No comments:

Post a Comment