Nuffnang Ads

Tuesday 16 September 2014

Ho Chi Minh City - Hari 4

War Remnant Museum

Hari ke-4. Sebelum pulang ke Malaysia, aku sempat melawat sambil belajar tentang kesan-kesan Perang Vietnam di War Remnant Museum. Pengalaman di Chu Chi Tunnel bagi aku kurang lengkap untuk mengetahui maklumat lanjut tentang perang ini. Di muzium ni kita boleh pelajari faktor-faktor yang menyebabkan perang, apa yang berlaku semasa perang dan kesannya kepada Vietnam dan dunia. Walaupun peperangan ini melibatkan beberapa pihak dan negara, secara tidak langsung ia melibatkan kesan kepada seluruh dunia dan Malaysia juga tidak ketinggalan. Akan tetapi harus diingat, fakta yang ditunjukkan tidak boleh diterima bulat-bulat. Untuk memahaminya, kita perlu buat kajian. Kenapa dan mengapa perkara ini boleh berlaku. Apakah yang berlaku sebelum Perang Vietnam meletus. Kita perlu dengar pandangan dari kedua-dua belah pihak dan lihat secara menyeluruh. Apa yang Allah S.W.T ajarkan kepada kita dalam Al Quran, hendaklah diselidiki. Lihatlah sifat manusia sejak dari zaman Nabi Adam A.S lagi. Apakah yang berlaku di antara Habil dan Qabil? Saya yakin ramai yang tahu kisahnya. Sehingga kini, berlainan pendapat, ditambah dengan rasa iri hati dan ketamakan, boleh menyebabkan manusia berbunuhan sesama sendiri. Wallahu'alam.


 Pintu masuk ke bangunan muzium - War Remnant Museum, HCMC.

                           Alamatnya:
                           28 Võ Văn Tần, phường 6, Quận 3, Hồ Chí Minh, Vietnam


 Waktu muzium dibuka


Berdekatan dengan pintu masuk dalam bangunan muzium, mangsa agen oren Amerika ditempatkan untuk menunjukkan salah satu kesan perang tersebut. Kepada mereka yang belum tahu, agen oren ialah salah satu bahan kimia, jenis dioxin (paling merbahaya berbanding dioxin yang lain) yang digunakan untuk hancurkan tanaman dan pokok hutan supaya askar Vietnam tiada tempat untuk berlindung dan kehabisan sumber makanan. Ia sejenis herbisid seperti jenama 'Paraquat' yang biasa kenali di Malaysia untuk membunuh rumpai. Tetapi, agen oren ini lebih kuat daripada racun yang dijual di pasaran biasa. Kesannya kepada manusia amat tragik. Dengan izin-Nya, racun ini boleh menyebabkan manusia cacat, akibat daripada bahan kimia yang boleh mengubah DNa manusia.


 Di antara mangsa agen oren yang cacat.

Gambar yang menunjukkan hutan di Duong Minh Chou di'botakkan' oleh agen oren. Kiri: sebelum disembur agen oren dan Kanan: Selepas disembur agen oren.



 Kenalkah anda siapakah senator tersebut?

 Jumlah bom yang digugurkan pihak bersekutu kapitalis yang diketuai oleh Amerika Syarikat di Vietnam, utara dan selatan.

Analisis tiga peperangan utama di dunia, kiri sekali; Perang dunia kedua, tengah; Perang Korea dan kanan; Perang Vietnam. Perang Vietnam adalah perang terlama, memakan belanja paling tinggi dan melibatkan penggunaan bom yang terbanyak diantara tiga peperangan tersebut.

 Bahagian luar muzium. Hasil rampasan kereta kebal dan artileri Amerika.

 Sebahagian rangka bom yang digunakan. Di sini kelihatan seolah-olah bom ini tidak berharga walaupun yang telah meletup telah mengorbankan banyak nyawa.


Di luar bangunan utama muzium, terdapat replika penjara ala 'Guatanamo Bay'. Sebelum Guatanamo Bay, penjara dengan konsep yang sama telah digunakan di Vietnam untuk menahan dan menyeksa sesiapa sahaja yang dianggap berkait dengan Viet Cong. Sama ada mereka bersalah atau tidak, mereka akan ditangkap dahulu dan disoal siasat. Pelbagai alat penyeksaan ngeri ada dalam kawasan ini. Kini, ada sesetengah tempat asal telah dijadikan kawasan peranginan dan industri akuakultur memandangkan tempat tersebut adalah sebuah pulau yang cantik.


Kesan perang yang nampak: 
  1. Kerajaan Vietnam kini menjalankan pemerintahan secara komunis. Dalam rujukan sistem ini dikenali sebagai Republik Sosialis. Aku kurang faham beza diantara komunis keseluruhan dengan sosialis dan juga marxist.
  2. Mereka yang tidak setuju dengan sistem ini ramai yang berhijrah ke Amerika, Eropah dan termasuk juga Malaysia.
  3. Ramai mangsa perang yang menderita hingga kini. Mereka dibantu oleh pihak kerajaan Vietnam.
  4. Berlaku perpindahan teknologi terutamanya ketenteraan. Akan tetapi, masalah kewangan juga adalah faktor yang perlu diambilkira. 
Selesai melawat aku terus ke restoran Basiroh, untuk makan tengah hari untuk kali terakhir dalam lawatan kali ini. Sempat singgah di bangunan Parlimen kerajaan Vietnam Selatan yang dahulu, sebelum perang.


3 comments:

  1. saya ada beberapa persoalan..jadi utk lebih mudah boleh saya dapatkan email blogger agar lebih mudah utk berhubung..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Salam, ini adalah email saya; eleinzigartig@gmail.com.

      Delete