Mencari satu suasana yang unik dan santai di sekitar Batu Pahat? Tiada aktiviti nak dibuat di hujung minggu dan perut pula mula berbicara? Jika anda tinggal di sekitar Batu Pahat, bolehlah makan petang di warung Kerang Goreng Kg. Sg. Lurus, Senggarang, Batu Pahat. Menu utamanya adalah kerang goreng sambal. Bagi aku menu ni memang gred A++. Aku pernah menetap di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia ni, boleh katakan kerang goreng di sini adalah antara yang terbaik pernah aku rasa. Tambahan pula tempat ni juga agak unik, tepi pantai, santai-santai di atas laut menjadi lantai. Aku percaya tempat ni bukan sahaja terkenal untuk warga Batu Pahat, tetapi juga telah menarik ramai pengunjung dari luar Johor termasuk KL dan Singapura. Menu lain tak banyak, hanya sesuai untuk makan ringan-ringan. Di antaranya ada otak2 kempas, satay, nasi goreng kerang dan mee/bihun goreng kerang. Kira macam kedai Mee Udang Kuala Sepetang la gitu. Jangan la pulak mintak beriyani gam atau pizza ye.
Lokasinya? Hmm, walaupun terletak di daerah Batu Pahat, tapi tempat ni terletak di Mukim Senggarang, di selatan bandar Batu Pahat. Kalau dari bandar Batu Pahat, ambil jalan ke Pontian (arah selatan) dan pastikan laut sentiasa di sebelah kanan. Tempat ni tak jauh dari pekan Senggarang. Cuma nak masuk ke Jalan Kg. Sg. Lurus ni agak tricky bagi first timer. Mereka dari luar Batu Pahat kena faham, sistem kampung di kawasan ni adalah secara bergrid, penempatan berjajar dan ikut parit. Boleh rujuk peta di bawah. Kalau dah masuk jalan yang betul, untuk first timer mungkin rasa tak yakin sebab jalan kampung tu seolah-olah nak tempuh jalan mati. Tapi jangan risau, teruskan sahaja sehingga jumpa pantai. Dan di situ, anda akan dapati suasana lebih ceria. Di sini dulu banyak lumpur selut dan keadaannya masih seakan kawasan paya air masin. Tapi sejak kebelakangan ni tempat ni banyak dah berubah. Kini dah mula ada kawasan rekreasi dan makin banyak warung kecil dibangunkan disekitar tempat ni. Kalau hujung minggu, anda takkan percaya beberapa kereta mewah akan parking di kawasan ni - sama ada sedan mahupun SUV.
Lokasi kedai kerang goreng Kg. Sg. Lurus 'The Legend' dalam bulatan merah.
Suasana di hujung minggu. Memang penuh. Pelbagai lapisan masyarakat ada. Kena banyak bersabar ye waktu-waktu macam ni. Nak-nak lagi tengah masuk gaji. Fuuuh!
Sambil makan aku suka layan tengok kapal lalu lalang atau berlabuh. Memang santai. Aku rasa kalau J.K. Rowling datang minum teh kat sini mesti boleh terbit satu dua cerita baru nih!
Menikmati kerang sambal dan menghirup teh O sambil menguji kamera bukan DSLR aku ni. Haaaa, power tak zoom dia? Tenang betul suasana. Kalau nak lari dari keserabutan keje ke, rumah sendiri ke, boleh la datang sini. Kalau nak cari ilham pun aku boleh suggest pi tempat ni. Komposer lagu, penulis buku...malah designer baju dan mesin pun boleh datang sini.
Ni menu favourite aku. Kerang goreng dan teh O. Lagi satu, otak-otak Kempas.
No comments:
Post a Comment