Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada Kota Melaka kira-kira pada tahun 1508. Gambar ini boleh didapati dengan mudah di internet dan juga ada di sekitar tempat bersejarah di Melaka. Analisis boleh dibuat pada 'orang' yang ada mengiringi rombongan bergajah dan juga 'orang' bertopi yang sedang memerhatikan kedatangan rombongan bergajah tersebut. Ada pendapat menyatakan bahawa rombongan tersebut adalah rombongan Lopez de Sequirra. Aku tertarik dengan pakaian 'orang-orang' yang dinyatakan di sini. Teringat masa aku melawat istana Keraton, Jogjakarta ada orang yang berpakaian agak sama. Menurut pembantu pelancong yang ikut aku di istana tersebut, terdapat askar bugis yang berkhidmat dengan Sultan Kraton. Pakaian askar dan pegawai askar bugis itu ditunjukkan dalam Rajah 2. Jika dibandingkan dengan gambar 'orang-orang' dalam Rajah 1, adakah mereka seakan-akan sama?
Rajah 1: Kota Melaka pada tahun 1508 iaitu sebelum kedatangan Portugis.
Rajah 2: Lihat pakaian seragam askar bugis dan pegawainya. Bandingkan dengan 'orang-orang' yang dibulatkan merah dalam gambar kanan.
Adakah ini satu kebetulan? Kelihatan keduanya memakai seakan skirt dan berstokin. Tali selempang juga sama. Topi mereka juga umpama tanjak yang dimodenkan macam topi askar Perancis dan British zaman Napoleon. Pelik? Terkejut? Rasa tak masuk akal? Gambar yang menipu? Nanti dulu! Ada lagi yang tak kena dengan gambar yang menunjukkan Melaka pada tahun 1508 ni. Lihat pula Rajah 3.
Rajah 3: Gambar sebahagian Kota Melaka pada tahun 1508 (kanan) dibandingkan dengan sebahagian bangunan dalam Istana Topkapi, Istanbul, Turki (kiri). Macam lebih kurang je!
Bangunan yang ada di dalam gambar yang menunjukkan Kota Melaka tu ada tembok bersegi dan gerbangnya juga bersegi. Mirip rekabentuk bangunan Turki. Tingkapnya, arcanya, semua agak hampir sama. Perhatikan pula pintu masuk Grand Bazaar di Istanbul dalam Rajah 4 dan salah satu gerbang lain sekitar Masjid Biru dalam Rajah 5. Pintu masuk atau gerbang berbumbung petak ni nampaknya amat popular di Istanbul zaman 1450-an ke zaman 1500-an. Adakah ia juga popular di Melaka pada zaman itu? Cuba lihat kronologi di bawah:
1453 - Sultan Muhammad II tawan Konstantinople dan dinamakan sebagai Islambol@Istanbul.
Masa tu kesultanan Melaka di zaman pemerinthan Sultan Muzaffar Syah.
1459 - Pembinaan istana Topkapi bermula. Sultan Mansur Syah telah menaiki takhta.
1461 - Grand Bazaar berjaya disiapkan. Melaka masih dalam pemerintahan Sultan Mansur Syah.
Pada zaman Sultan Mansur Syah, Melaka telah dianggap kuat. Apatah lagi pada zaman Sultan Mahmud Syah, dari segi kekuatan fizikalnya sudah tentu Melaka lebih kuat. Bukan itu sahaja, lihatlah bangunannya. Tidak mustahil arkitek Melaka bertukar-tukar ilham dengan arkitek Turki dan China untuk buat bangunan. Jika Grand Bazaar di Istanbul merupakan pasar utama di Istanbul, pada tahun yang sama dimana Kesultanan Melaka berada pada puncak kegemilangannya, adakah orang melayu masih berniaga di kedai kedai beratapkan daun nipah? Zaman sekarang juga menggunakan prinsip yang sama. Kalau ada sesuatu tempat buat bangunan petak dan tinggi, kebanyakan negeri atau negara lain juga akan ikut buat bangunan petak yang hampir serupa di tempat masing-masing .Allahu'alam.
Rajah 4: Grand Bazaar
Rajah 5: Gerbang berbumbung petak
No comments:
Post a Comment