Nuffnang Ads

Monday 10 August 2015

Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang

Mee Udang Mak Jah. Memang terkenal seantero Malaya. Bagi penggemar dan penyelidik mee udang, bagi mereka Mee Udang Mak Jah ni adalah salah satu mee udang yang paling 'meletop' di Malaysia. Sedikit imbasan kembali. Bagi 'orang baru' atau kepada mereka yang tidak tahu apakah itu mee udang. Mee udang ini adalah sejenis makanan yang popular di Malaysia yang asasnya terdiri daripada mee dan udang. Ia adalah salah satu variasi mee utama yang terdapat di Malaysia selain mee bandung, mee kolok, mee racun, mee hailam, mee hokkein, mee hong kong, mee ladna, mee ketam dan lain-lain. Saya akan ulas berkaitan mee yang terkenal di Malaysia pada kiriman yang lain. Berbeza dengan mee yang lain, bahan utama dalam mee udang adalah mee dan udang di mana proteinnya hanyalah udang (mungkin sedikit tauhu). Adalah sedikit sayur untuk melengkapkan gizi pemakanan. Tidak seperti sesetengah mee lain yang kadang kala ada udang, daging, telur, ayam, kerang...caca merba dan kadang kala mengikut apa yang ada di gerai tersebut. Oleh itu, piawai bagi definisi mee udang adalah sejenis mee yang ada udang sahaja. Kuahnya kaya dengan stok udang. Rasa mee udang bergantung kepada keupayaan pembuatnya untuk mengolah rasa kuah tersebut. Mee udang secara kasarnya terkenal di negeri-negeri utara semenanjung Malaysia. Dari Perak hingga ke Perlis. Sehinggakan bulan puasa pun ada jual mee udang di pasar ramadhan.






Mee Udang: Mee + Udang + sayur. Kalau ada mee, udang seciput, tauhu, telur,kejap daging - kejap ayam, kejap ada kerang kejap tak ada....kuah pulak kejap hitam, datang hari lain jadi merah, 
itu mee caca merba namanya.

Berbalik kepada mee udang Mak Jah (MEMJ). Gerai MEMJ ni terletak di Kuala Sepetang, Perak. Untuk ke sini, boleh rujuk peta di bawah. Kini cawangannya ada di Kuala Lumpur. Untuk ke sini tidak susah. Kalau dari selatan masuk tol Taiping-Changkat Jering dan terus ke arah utara. Kalau dari utara masuk tol Kamunting dan terus ke arah selatan. Lokasi rujukan adalah pekan Simpang. Ada restoran KFC yang besar sebagai 'landmark'. Pekan Simpang ni juga adalah stesen bas kecil untuk bas ekspres bagi penduduk tempatan. Dari simpang empat pekan ni, ambil arah Kuala Sepetang. Orang Inggeris beri nama Port Weld, yang merupakan salah satu stesen keretapi yang tertua di Malaysia tu, Taiping ke Port Weld. Ala-ala Manchester ke Liverpool laa. Maknanya Kuala Sepetang ni memang tempat mereka kumpul dan punggah bijih timah negeri Perak lah suatu masa dulu untuk diekstport ke merata dunia. Ok, berbalik pada MEMJ. Jalan menuju Kuala Sepetang, anda akan melepasi kilang kayu arang. Tak jauh dari kilang itu, anda akan jumpa MEMJ. Agak mudah untuk jumpa kerana lokasinya di tepi jalan besar menuju Kuala Sepetang. Akhir sekali, untuk komen mee udang di sini bagi aku memang salah satu yang terbaik, tetapi terpulang pada citarasa individu. Ada orang nak lebih masam, masnis, masin, pedas dsb. Kalau alah pada udang, maaflah ya. Ada dua jenis yang saiz mee udang di sini iaitu biasa yang berharga RM 9.00 dan special berharga RM13.00 (tertakluk pada harga semasa - tahun 2020 naik lagi kot). Selain mee udang, di MEMJ ni ada juga nasi udang dan menu lain seperti mee ketam dan lain-lain. Ada juga mee kombo yang terdiri daripada udang dan ketam. Hmm, ini dah macam Marsaille bouillabaisse atau Californian cioppino, cuma mereka makan dengan roti. Para pelanggan juga boleh beli udang sejukbeku untuk di bawa pulang ke rumah. Udang di sini memang segar kerana datang terus dari laut. Kuala Sepetang adalah salah satu pelabuhan nelayan di Perak. Berdekatan dengan gerai MEMJ ni ada juga gerai lain yang jual laksa udang. Tempat letak kereta banyak, ada surau dan tandas. 

 Dari pekan Simpang ke Kuala Sepetang (Port Weld). Sekarang dah tak nampak dah rail keretapi yang bersejarah tu. Mungkin sebab perang zaman Jepun kot.

 Gini le ghupernye pekan Simpang. Eh, ini dialek Perak selatan. Orang Perak 
utara cakap macam Kedah noo.

 Jalan menuju Kuala Sepetang. Cantik kan? Ingat California dan Australia je ada jalan cantik? Kat Siberia pun ada.  Hahahahah.





Ini adalah laksa udang. Laksa dan udang. Hmm, kuah laksanya memang sedap.


No comments:

Post a Comment