Nuffnang Ads

Sunday 6 October 2013

Guangzhou, China, Bahagian III

Makanan Halal di Guangzhou (Central), China

Lokasi Masjid, restoran halal dan beberapa tempat menarik untuk dilawati

Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam kiriman yang lepas, terdapat ramai muslim di Guangzhou. Sedikit sebanyak tidak perlu rasa risau tentang makanan halal. Banyak restoran halal, kecik (stall), sederhana (warung) dan besar (esklusif), semua ada. Cuma lokasinya tertumpu pada tempat-tempat tertentu. Biasanya mesti berdekatan dengan masjid (macam biasalah!). Boleh rujuk peta yang aku dah ubahsuai di atas. Simbol halal jelas terpampang dan pekerja muslim semuanya berpakaian agak sama. Agak mudah la nak kenalpasti. Pemilik restoran juga muslim. Lebih menarik lagi, anda boleh pilih nak makan apa. Setakat ni aku jumpa restoran halal yang jual makanan Turki, India, Arab, Pakistan, Afrika, China Xinjiang dan China Kantonis. Hmmm, ada jugak restoran China yang jual makanan dari Perlis....Saya ulang, PERLIS! Perlis pulak tu, spesifikya. Unik kan? Ok, nanti kita tengok gambar. Sebelum tu aku senaraikan dulu beberapa zon restoran milik orang muslim. Aku kategorikan sebagai zon sebab ada banyak restoran halal di situ.
  1. Yuexiu (berdekatan Yuexiu Park dan Saad Abi Waqqas Mosque)
  2. Guangta Lu (berdekatan Huaisheng Mosque)
  3. Xiaobei (Metro Line 5)

Ok, kita mulakan dengan Yuexiu. Antara tempat terkenal untuk ziarah muslim sebab ada masjid, makam sahabat dan pendakwah asal di Guangzhou. Untuk ke restoran halal, cari pintu utara Masjid Saad Abi Waqas tu, seberang jalan besar (Huanshi Middle Rd) yang bertentang dengan pintu di mana ada jejambat (Dabei Motorway) di atas jalan besar tu. Kemudian, jalan sedikit ke kiri kurang dari 100m anda akan nampak deretan warung halal di sebelah kanan, bersebelahan Caonuan Park.


Kedai runcit depan Pintu Utara, Masjid Saad Abi Waqqas

Deretan warung/restoran halal (rasanya semua Cantonese food). Aku amik yang paling kanan sekali. Nak dijadikan cerita, lelaki misteri berketayap dalam gambar tu (panah hijau) bolehnya belanja kitorang makan. Rezeki Allah. Dia kata dia pernah datang Malaysia, siap tunjuk pasport lagi. Dia rasa bangga dengan orang Malaysia. Semoga Allah kekalkan dan tambah keimanannya. Terharunya!
 
Hand made mee lagi. Memang lembut dan tak rasa ada asid borik - memang asli. 
Apsal aku cuba kat rumah keras semacam je?

Pilihan makanan yang ada. Di sini agak murah berbanding restoran besar atau restoran di hotel

Ni pulak lebih kurang harga makanan di sini. Ni kira restoran sederhana besar.

Haa, ni lah dia. Mee apa nama aku tak tau. Tapi aku cakap dalam bahasa melayu nak mee ada kambing. Ok, dia kata. Cewah! Acah je. Cakap dalam bahasa melayu gaya red Indian (dengan gerakan tangan. Hahahaha). Masakan Kantonis yang tipikal. Ada rasa rempah la jugak siket. Momentai...momentaaaiiii....


Ni lagi satu nasi ....macam paprik kot. Ni pulak aku cakap nak nasi yang ada ayam, pedas-pedas siket. Dia pun paham. Eh, aku boleh dok Guangzhou la camni! Dia cakap Kantonis aku paham, aku cakap melayu pun dia paham. Pelik tak?

 Cer nengok mee ni bila ditarik. Aku rasa nak buat kursus pendek la, panggil bakal usahawan muda untuk pergi belajar buat mee macam ni. Nak pi Jepun semua mahal, Guangzhou ni ok lah, murah.

Guanta Lu (Jalan Guangta). Tempat ni aku tak berkesempatan nak pergi. Masa agak terhad. Malam biasanya dah penat. Jadi tempat seterusnya, berdekatan hentian Metro Xiaobei (line 5). Keluar aje lah mana-mana pintunya. Banyak terdapat restoran yang jual makanan halal. Di sini nampaknya lebih bersifat antarabangsa. Ada restoran India, Pakistan, Arab, Afrika dan Turki. Sebenarnya aku cari Restoran Abdullah Qinghai di jalan Tongxin, tapi tak jumpa. Alamat: 广州市童心路8号登月酒店对面. Teksi kitorang dah berhenti betul-betul depan alamat yang diberi. Mungkin dah tukar pemilik kot. Nama restoran yang ada ialah Bukhara Restoran, masih lagi restoran muslim. Dah laparnya pasal, apa lagi makan je lah. Ada sedikit kejutan, restoran ni lah sediakan masakan PERLIS. Tengok gambar di bawah. Lepas makan, macam biasa la memang kerja sambilan aku jelajah dan buat pemetaan tanpa gaji (bukan 'search and destroy' ya). Jalan punya jalan, terjumpalah kawasan hentian Xiaobei ni dalam 200m je dari restoran tadi. Dekat sangat. Banyak betul restoran muslim. Dan tak jauh dari situ juga ada kawasan yang dipenuhi orang Afrika. Aku rasa macam di Cameroon walaupun tak pernah ke Cameroon. Hmmm. Takpelah. Jika nak ke hentian Xiaobei tu kena lalu bawah terowong jalan kaki (pendek je) dan tempat Afrika ni. Berdekatan terowong tu ada beberapa penjual muslim jual makanan tepi jalan. Aku tertarik dengan ayam golek dia tapi beli bungkus. Ada pulak mamat Parsi tegur aku dari mana sambil makan ayam panggang tu. Hmm, macam-macam orang aku jumpa di Guangzhou ni. Dah macam bukan negara China pulak.
Bukhara Restaurant
Haaa, tengok ni, ada jual bihun goreng kangar, roti jala kuala perlis, kari ayam arau...semua perlis lah. Tak per la. Aku pun duduk utara dekat dengan dengan Perlis, jadi tak amik la apa-apa dari Perlis tu ya. 

Nasi goreng cina yang sebenar....berasnya pun lain. Bulat-bulat kecil berkanji.

Ikan pedas tapi tak pedas dan manis. Sedap jugak. macam rasa gelama pun ada, tapi bukan ikan gelama.

Ni lah dia ayam golek tu. Orang Iran kat sebelah tu tengah syok makan nampaknya. Merci.

Ayam, tomato dan bawang. Itu je. Dengan perahan sedikit limau, secubit garam, ayam dimasak dengan teknik panggang-bakar-panggang (tak de kukus).

Pekan Afrika di tengah kota Guangzhou. Ada restoran Afrika, tapi tak halal. Tapi di sini ada restoran Pakisatan dan mungkin Arab kot. 

Pekan Afrika: Hai, 'from Malaysia' pun ada? Halal pulak tu? Amboi-amboi, from Malaysia je kire halal ye gitew? Iyo ko nie? Ingatkan barang China je banyak masuk Malaysia. Ada jugak barang dari Malaysia dijual di Guangzhou. Kelihatan seorang akak Afrika sedang meneliti 'produk' Malaysia, Kuikuikui.


Berdekatan hentian Xiaobei, pintu D. Dalam bangunan tu ada restoran India dan Hadralmaut (Yaman la tuh). Sebelah kanan, seberang jalan ada restoran Turki. Boleh turun ke bawah melalui hentian metro untuk seberang jalan.  

Selain zon-zon di atas, ada juga tempat makan di beberapa lokasi strategik. Contoh; di Beijing Road tempat beli belah yang terkenal di Guangzhou ada satu restoran halal India. Tak jauh dari Guangzhou East Railway station pula, berdekatan dengan Tianhe North Road ada hotel diuruskan orang muslim Xinjiang (Bostan Hotel). Ada restoran di luar dan dalam hotel (Glass House Restaurant dan Xinyue Muslim Restaurant). Yang dalam hotel to mahal dan ada kelas sedikit la. Aku makan di Glass House. Alamatnya: 80 Tianhe North Rd, Tianhe, Guangzhou, Guangdong China

Di Beijing Road

Beijing Road
Restoran Uighur Halal Glass House

Ada hotel dan restoran. Bangunan milik orang Xinjiang muslim. Ok juga kalau tido sini.

Menu di restoran Glass House

Ni tomyam ke ape ni? Tapi aku suka je. Sup tomato dengan daging.  Ni masakan orang Uighur. Mereka ni tak nampak macam cina sangat tapi macam orang di steppe (Kazakh, Turks dan Uzbek).

Teh china mesti ada.....

Gambar antik menunjukkan orang Han (Han ren) dan Uighur (Uighur ren), Aku pulak Malay ren. Hehehe.

Kambing panggang seekor berapa yuan? Aku memang 'pantang' dengan kambing. Macam nak suruh bos aku buat meeting kat Guangzhou je. Hahahahah, bos belanja la. Kalau aku kayeee, hari-hari Hari Raya!!!

Nilah harga makanan di Glass House.







17 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Maklumat telah diberikan dalam email saudara

    ReplyDelete
  3. Nusantaranian..boleh bg sy emel tentang hotel dekat masjid & tempat beli belah? Terima kasih. asma8125@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Salam.. Boleh email saya dimana hotel yg berdekatan metro station dan tempat makanan halal:) email:jalizme@hotmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya dah balas di email.

      Delete
    2. Salam, boleh saudara emelkan saya maklumat yg sama? Maklumat berkenaan hotel yg dekat dgn metro dan restoren halal. Emel saya hazanul.faeez@gmail.com. terima kasih.

      Delete
  5. salam,bole saudara cadangkan restoran muslim di guangzhou yang boleh memuatkan 28 orang serentak untuk acara annual dinner?ni email nazmabyana@gmail.com. terima kasih

    ReplyDelete
  6. salam.. boleh email kt saya mana hotel yg berpatutan kt guangzhou? sbb trip saya 19apr ni, hotel xbooking lg.. eijamm2882@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Salam. Boleh berikan maklumat hotel yang berdekatan dengan masjid?

    ReplyDelete
  8. email saya nmasita66@yahoo.com terima kasih

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Boleh beri emelkan kpd sy tentang hotel harga berpatutan yg dekat dgn tempat shopping dan metro station?
    hezlinahashim@yahoo.com

    terima kasih

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Slm info pls mall cosmetic area guangzhou murah2 dan mknanan halal,railway station area sana,vanilla_9211@yahoo.com

    ReplyDelete