Musim Sejuk di Reno
Musim sejuk dari November hingga Januari - agak sejuk di waktu siang, tapi 'sejuk giler' di waktu malam, terutamanya pukul 2-4pg. Tapi masa aku sampai sini, tak selalu ada salji. Tempat ni memang pelik, yelah, cuaca macam gurun tapi empat musim. Ramai orang kata, cuaca di California macam Sepanyol. Itu memang tepat tapi Nevada ni, aku susah nak kata ikut kawasan mana. Semuanya Allah yang tentukan. Walaupun tempat ni nampak kosong, dan macam mundur tapi hakikatnya aku rasa yang paling kaya. Dalam travelog aku sebelum ni pernah aku tulis Nevada sahaja adalah pengeluar emas ketiga terbesar di dunia. Musim sejuk-sejuk ni, tak ke mana lah aku, kecuali awal tahun baru tu aku ke San Fran, jumpa sepupu. Masa lain, duduk diam-diam buat keje lah. Heheheh. Makan-tido-makan-tido. Tapi solat tak lupe laaaa. Nasib baik jugak lah apartmen aku ni ada gimnasium tertutup. Bole la jugak gerakkan otot-otot yang terhibernasi ni.
Kawasan perumahan sekitar tempat tinggal aku. Agak tenang di sini walaupun tak jauh dari city centre yang serabut tuh.
Gambaran tipikal di Amerika di musim sejuk. Itu pun ramai keluar malam-malam pakai baju dedah-dedah. Tak sejuk ke ape?
Nostalgianya tempat ni. Rindu pulak. Di sinilah aku menetap. Gambar yang tak winter tak amik pulak.
Aku kena menapak seberang highway Amerika ni. Tengok betapa besaunya highway dia. Tu baru tutup sebelah jalan sebab tengah renovate. Silap arrh takde gambar lori macam optomus prime tu. Kalau tak tengok la berapa besarnya dia. Musim sejuk...uuuuuu....gigil lutut sejuk. Demi menunaikan tanggungjawab dan harapan rakyat Malaysia......hehehehe.
Musim sejuk di Amerika, ribut salji tu biasa. Asam garam di sini. Tapi di sini tak seteruk di beberapa kawasan east coast. Yang macam masuk dalam berita tu.
Old church.
Jalan menuju ke tempat keje. Takde kereta, terpaksa lah mengharungi salji tebal. Tapi jalan ni orang dah tabur garam la, 'clear' siket.
Sempat jugak tinjau keadaan di Lake Tahoe. Mulalah kaki skiing turun padang - eh, silap panjat gunung cari 'port' ski.
Tidak Allah jadikan sesuatu tu sia-sia. Salji oh salji. Sejuk dingin rasanya, tidak kelat, tidak pahit - tapi ada rasa kesucian dan asli di situ. Ewah, layan bersastera pulak aku. hahahai...
Dah sejuk-sejuk ni, tido dan makan. Ermmm, enaknya kuih ape ntah namanya. Baik kuih melayu, cina, english atau lain-lain, aku tak suka biasanya. Hanya beberapa kuih je aku suka dalam hidup aku. Tapi yang ni manis dan sedap. Pekena dengan kopi O panas.....wallaweiihhhhh....macam kena ubi kayu cecah sambal dengan kopi O masa musim hujan. Nampak macam kecil kan? Tapi dah cukup dengan segelas kopi medium size.
No comments:
Post a Comment