Nuffnang Ads

Tuesday 15 April 2014

Mee Udang Restoran Aur Gading, Sungai Dua, Pulau Pinang


 
Di antara makanan yang terkenal di Pulau Pinang ialah mee udang. Memang banyak restoran jual mee udang di PP ni tapi mana satu restoran makanan halal yang hidangkan mee udang yang sedap? Salah satunya ialah mee udang di Restoran Aur Gading, Sungai Dua, Seberang Perai. Ramai juga selebriti dah makan di sini berdasarkan gambar di meja kaunter, termasuk angkasawan negara (ni kira selebriti jugak ke? Keliru aku!) Mudah sahaja nak ke sini. Keluar 'Exit Sungai Dua - Bagan Ajam' lebuhraya PLUS. Jika dari selatan, belok ke kanan, jika dari utara terus belok kiri. Pastikan ke arah Sungai Dua. Restoran tu dalam 3km dari Exit tersebut, kira-kira 5-10 minit dengan menaiki kereta. Menuju ke pekan Sungai Dua, anda akan nampak banyak kedai mee udang dan char kuey teow di kiri dan kanan jalan yang penuh dengan orang. Bukan sahaja kereta, bas juga banyak berhenti di sini. Sila abaikan dan terus memandu. Jumpa simpang tiga trafic light, ambil kanan dan terus sahaja sehingga jumpa jambatan besar merentasi sungai. Di sebelah kiri jambatan ada lorong ke restoran tersebut. Jangan naik jambatan. Restoran ni betul-betul tepi sungai Perai. Selain mee udang, ada banyak menu seafood lain macam ikan bakar, sotong kangkung, lala goreng halia, sotong goreng tepung, tomyam seafood dll. Ok, tentang mee udang tu, harga lebih kurang RM 15 per pinggan. Kalau yang tepi jalan tadi boleh dapat lebih murah. Ada 3 ekor udang besar dalam satu hidangan. Rasanya? 'seakan' mee bandung kalau di Johor. Sebenarnya tak sama sebab mee bandung Johor ada daging dan bukan udang macam di utara ni. Jadi stok udang dan stok daging yang larut dalam kuah tu berikan rasa yang lain selain komposisi rempah, asam dan cili yang berlainan. Tu pasal aku cakap seakan atau bahasa saintifiknya 'quasi'. Quasi-mee bandung tapi bukan mee bandung. Hehehe. Anyway, ikutlah cita rasa masing-masing. Majoriti yang aku jumpa kata sedap. Nak tahu? Rasa sendiri. 

 Lokasi: OK, Kebersihan: Boleh ditingkatkan lagi, Rasa: One of the best, udang fresh. Surau: Ada, Parking lot: Banyak, Time to deliver: bergantung bilangan pelanggan dan bilangan pekerja cuti -Nasib arr.

 Sebahagian udang yang ada. Semua udang laut.

 Selain udang ada makanan laut lain.

Disebabkan aku nak rasa mee udang aje, makan mee udang dan lai chee kang sahaja yang diminta.

Kalau dari selatan. Keluar ke EXIT 165 tu. Kemudian belok kanan ke Sungai Dua.


 Laluan ke Restoran Mee Udang Aur Gading, Sungai Dua - bulatan segitiga merah.

1 comment:

  1. Yup! Its taste good indeed. Got 2 shops there, this one is located before across the river where the other just at the other side of the river bank.. both are comparable. Some says the other one tastier, no?! don't ask me, I wasn't sure. Anyway, a bit proud that my kampung is just near by... ^_^

    ReplyDelete