Manchester (Bukan untuk mencari Ramli)
Selesai di Blackpool, kembali ke hotel. Keesokan harinya, terus habiskan
masa di Manchester. Besar juga bandarnya dan banyak terdapat kesan
sejarah berkaitan revolusi industri di England suatu masa dulu. Aku
mulakan dengan ke Old Trafford untuk melawat stadium Manchester United.
Besar juga stadiumnya, dan kawasan persekitaran yang agak lapang
berbanding Anfield (Liverpool) yang dibina di tengah-tengah kawasan
perumahan. Masa aku melawat stadium ni, Man. City tak terkenal lagi,
hehehe. Maklumat untuk masuk ke Old Trafford boleh dirujuk pada link
ni. Pusing-pusing dalam stadium, tup-tup nak keluar dah nak dekat
tengah hari. Satu lagi tempat yang aku rasa tak rugi nak pergi ialah
Museum of Science and Industry (MOSI) di tengah bandar Manchester. Di
sepanjang perjalanan dari Old Trafford ke City Centre, mata aku tak
lekang berjumpa dengan sekumpulan demi sekumpulan pelajar Malaysia.
Mungkin ada yang memang belajar di Manchester dan mungkin juga ada yang
datang melawat. Mana tidaknya, Huddersfield, Liverpool, Lancaster,
Bradford, semuanya dekat-dekat. Leeds pun bukan jauh mana. Jalan di
tengah Manchester ni 'tricky' siket. Ada tram akan lintas jalan.
Bahaya wooo, conpius aku. Aku rasa tak jumpa pun kat Birm macam ni.
Keadaannya sama macam di San Fran, US. Di MOSI, terdapat banyak kesan tinggalan
teknologi lama sejak zaman Revolusi Pertanian dan Industri di England.
Teknologi berkaitan yang utama termasuk tekstil dan enjin. Enjin yang
ditunjukkan bukan macam enjin 2 lejang motor Yamaha atau 4 lejang EX5
anda ye! Enjin yang amat-amat besar, sememangnya mekanikal.
Sebesar-besar enjin hinggalah enjin stim untuk keretapi zaman 1800-an,
semuanya ada. Ada juga enjin stim yang masih elok beroperasi dan
dibiarkan aktif sebagai demo untuk pengunjung. Selain tu, ada juga
komputer lama, alat telekomunikasi lama, kapal terbang dan keretapi yang
dah pencen. Dalam banyak-banyak kapal terbang, aku paling teruja dengan
Spitfire yang digunakan sewaktu perang dunia kedua dulu. Kepada sesiapa yang belum tahu, Spitfire
ni adalah kapal terbang pejuang, glamour macam F22-Raptor la sekarang.
Sewaktu perang dunia kedua dulu, dikisahkan (aku nonton dalam
dokumentari di tv) Spitfire ni didatangkan dalam bentuk komponen dan
dipasang di Malaya Singapura untuk pertahanan udara di Asia Tenggara.
Tapi kalah jugak kan di tangan Jepun. Dah penat pusing dalam muzium,
perut pun dah berkeroncong macam stim enjin yang terpancut di piston kat
muzium ni. So, aku pun pi makan dan seterusnya ronda kejap di City
Centre. Lewat petang terus balik rumah.
Keadaan padang di Old Trafford yang sebenar.
Ni lah muzium industri tuh Berbaloi arr kalau datang sini.
Salah satu keretapi yang dah pencen.
Hmm, murid-murid. Kalau ada orang mencari Ramli di Manchester, aku pulak mencari Railway Liverpool-Manchester (1830) yang bersejarah ni. Ia bukanlah railway yang paling tertua di dunia tapi merupakan railway penumpang di antara yang tertua di dunia. Sebelum tu railway hanya digunakan untuk angkut hasil pertanian dan lombong. Ni kira macam AMTRAK, KTMB dan Autobahn la. Heheheh. Teringat masa naik keretapi Jerman. Meme best!
Ginilah rupernya City Centre di Manchester. Kebetulan ada show red indian di sini. Lokasi: Market Street. Tempat ni tak jauh dari Picadilly Garden dan Town Hall. Kat sini memang ada shopping mall yang besar. Kebetulan waktu cuti, ramai betul orang. Sempat pusing dua tiga round, dan balik ahh. Nak singgah kat Stoke-on-Trent lah!
No comments:
Post a Comment