Nuffnang Ads

Friday, 30 May 2014

Medan, Indonesia

Ziarah Bangsa Terpisah - Medan, Indonesia


Sekiranya sebut Medan - Indonesia, sudah pasti ramai yang tergambar pakej lawatan ke Danau Toba. Medan bukan sekadar itu sebenarnya. Dari Medan, kita juga boleh ke Aceh, Brastagi dan Tebing Tinggi. Ataupun bagi yang nak lebih mencabar, takde keje cari keje, boleh lah panjat Gunung Sinubung (masa aku di Brastagi berasap-asap gunung nih), jika dibenarkanlah. Hehehe. Silap-silap haribulan mati sesak nafas terhidu gas sulfur. Bagi pengkaji sejarah dan perkembangan Islam Asia Tenggara pulak, dari Medan mereka boleh menjelajah mencari pusat pemerintahan kerajaan Islam lama seperti Pasai, Aru dan Perlak yang terletak di timur Aceh yang wujud zaman pre-Kesultanan Melaka dan kerajaan yang wujud post-Kesultanan Melaka iaitu Deli, Serdang, Asahan dan Langkat. Jadi, kenapa aku ke Medan? Hanya nak melawat Medan-Brastagi-Danau Toba (tempat ni semua tido satu malam) dengan beberapa objektif sebenarnya, tapi dapat lah capai siket-siket sebab kekangan masa dan duit. Secara asasnya aku nak melawat tinggalan sejarah Kesultanan Deli, santai-santai sambil makan pisang kaki di Brastagi dan menjejak tempat tinggal kaum Batak ala-ala National Geographic gitu. Masa aku kecik, aku ingat Indonesia = Jawa, Jawa = Indonesia. Sebenarnya tak. Orang Jawa dari Pulau Jawa dan itu pun tak sepenuhnya. Di barat Pulau Jawa ada orang Sunda dan Betawi. Bagaimana pulak dengan Sumatera? Di Sumatera ada Aceh, Minang, Melayu, Batak dan lain-lain etnik kecil seperti 'Orang Kubu'. Medan, majoritinya orang Melayu. Exactly, mukanya, rupanya, gayanya, pakaian tradisionalnya serupa dengan orang Melayu Malaysia cuma bahasanya menggunakan bahasa Indonesia. Makan? Tak perlu risau sebab sama je dengan menu masakan Melayu. Cuma perlu berhati-hati kerana banyak juga kedai tak halal. Cuba semak dan tengok betul-betul sebelum masuk ke restoran tu.


Aku menuju ke Medan selepas tidur semalam di Danau Toba. Dari Parapat, aku ke Medan melalui Permatang Siantar dan Tebing Tinggi. Perjalanan yang ambil masa agak lama, hampir 4 jam. So, most of the time aku tido je la. Lagipun lepas keluar je dari kawasan Batakland, kiri kanan jalan kelapa sawit je, macam dari Rawang nak ke Tapah. Ada la sesiket kilang. Boring gile. Sampai di Perbaungan, kami rehat dan supir bawa ke restoran Simpang Tiga. Ni cawangan Perbaungan. Di Medan ada juga restoran yang sama. Hmm, memang kelas. Masakannya ok. Siap ada gambar tokoh, pemimpin dan bekas pemimpin Malaysia pernah singgah di restoran ni. Uwaaauuuuu. Menu istimewa? Patin bakar! Yang ni tak jumpa di Malaysia. Susah la. Kalau di Temerloh, Patin dibuat gulai tempoyak. Di sini Patin bakar wooo.... Kalau nak rasa makanan Minang pun ada. Kot-kotlah nak cari otak lembu. hehehehe. Seterusnya, kami terus ke Medan dan check in di Hotel Garuda Plaza. Lepas tu, apa lagi. Ronda-ronda lah.

 Laluan yang aku lalui dari Parapat ke Medan. Masa nak pergi; Medan - Brastagi - Parapat - Danau Toba.

 Nilah retoran Simpang Tiga tu. Memang dicadangkanlah untuk singgah di sini kalau ada masa.

Di Medan ni kalau tahu sejarah dia memang menarik arr. Kalau orang di Malaysia aku rasalah kalau sebut Serdang mesti ramai ingat Serdang Kedah ataupun Serdang Selangor. Asahan pulak mesti ramai tergambar Asahan di Gunung Ledang, Melaka-Johor. Deli pulak? Siapa yang familiar dengan cerita 'Pak Malau' mesti ingat 'Si Deli' adik Damar tu. Tapi orang sekarang ni (zaman Justin Bieber ni) di Malaysia mungkin lebih kenal Delifrance kot? Sebenarnya nama Deli, Serdang, Asahan dan Langkat adalah nama kerajaan-kerajaan Melayu di Sumatera Timur, Indonesia yang wujud selepas kejatuhan Melaka hingga zaman krisis Indonesia merdeka. Apa? Kerajaan Melayu di Sumatera? Ye! Kerajaan Melayu. Serupa la dengan Kesultanan Melayu Perak, Kedah, Pahang, Johor, Kelantan dll. Kerajaan-kerajaan ni berjiran, sederet di timur Sumatera dari Aceh hinggalah ke Siak, Inderapura. Kini, semuanya musnah semasa zaman kebangkitan komunis di Indonesia. Zaman tu agak kompleks, yelah baru nak merdeka kan? Semasa di Medan ni, aku hanya sempat jejak tinggalan Kesultanan Deli sahaja. Aku difahamkan hanya satu istana iaitu Istana Maimoon dan Masjid Raya Al Mashun sahaja yang terselamat dalam kacau bilau zaman tu. Sultannya masih ada hingga sekarang tapi aku tak pasti di mana dan apa statusnya. Apakah statusnya sama dengan Kesultanan Kraton di Jogya? Aku tak pasti. Kenapa kerajaan ni musnah? Benda yang telah berlaku mesti ada hikmahnya. Kekuasaan Allah yang memiliki sesuatu. Allahu'alam.

Dari Tebing Tinggi ke Medan. Nak masuk wilayah Deli-Serdang. Kira dulunya ni kawasan jajahan Kesultanan Deli-Serdang la. Tengok pada jata kerajaan Deli di tengah tiang tu. Difahamkan, Kesultanan Deli ni tepecah dua, akibat salah faham kerabat diraja. Oleh itu jadilah Kesultanan Deli dan Kesultanan Serdang.


 Istana Maimoon, Medan, Indonesia. Istana tinggalan Kesultanan Melayu Deli di Sumatera Timur. Melihat istana ni, membuktikan bahawa Kesultanan Deli ni dulu satu kerajaan yang kaya. Membuktikan apa yang aku baca. Mereka eksport tembakau sebagai salah satu komoditi utama.

Peta yang menunjukkan wilayah Kabupaten Deli Serdang pada masa ini. Asal Deli, jadi Deli dan Serdang. Kini jadi Deli-Serdang.

 
 Lihat kehalusan seni ukiran Melayu yang asli. Susah nak jumpa sekarang. Kayu apa ni? Jati ke?

 Diantara tinggalan perabot di Istana Maimoon. Masih elok terpelihara.

 Maaf, kualiti gambar yang kurang memuaskan. Maklumlah, masa ni baru nak kerja. Kamera pun murah. Nak beli compact camera yang ciput tu pun susah. Orang dok cerita DSLR aku meleleh je air liur. Takde sape nak belikan. Kalau ada kamera cantik dah confident la siket aku nak buat buku travelog aku. Kuikuikuikui.


 Potret Sultan ....alamak. Sori la terhilang pulak nama Sultan ni. 

 Balairong seri. Serupa je kan dengan Kesultanan Melayu di Malaysia? Sekarang ni baik di Indonesia atau Malaysia, mereka bersidang di Parlimen.


Lampu antik di Istana Maimoon. Cuba tengok ukiran siling tu. Hmmmm....setaraf la dengan Istana Topkapi di Istanbul. Cantik sangat.

 Masjid Raya Al Mashun, Medan. Tak jauh dari Istana Maimoon, tersergam indah masjid besar Kesultanan Deli ni. Walaupun berlaku kacau bilau, rumah Allah ni terpelihara, dan selamat hingga kini. Macam kes tsunami di Aceh.

 Pintu gerbang aje dah cantik. Ini membuktikan orang Melayu juga mempunyai kemahiran pembinaan yang tinggi.

 Cuba lihat rekabentuk menara masjid ni. Lebih kurang rekabentuk masjid di Johor Bahru, Muar dan Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang. Base yang petak dan 'batang' menara yang bulat. Berbeza dengan rekabentuk masjid di Kraton dan Demak.

 Dari hotel aku, nampak Masjid Raya Al Mashun (dalam bulatan). Dekat je. Ok hotel ni. Besar, ada swimming pool, makan pun sedap.

Jalan-jalan depan hotel.

Sekitar bandar Medan. Besar juga bandarnya. Keluar sahaja dari lapangan terbang Polonia terus jumpa Petronas. CIMB pun bersepah. Ek eh, macam kat Malaysia pulak. Dahlah orang pun Melayu. Hehehehe.




No comments:

Post a Comment