Nuffnang Ads

Saturday 3 May 2014

Sealife Sydney Aquarium, NSW, Australia

Mengenali hidupan laut yang mengujakan


Salah satu tempat yang menarik untuk dilawati di Sydney ialah Sea Life Sydney Aquarium (SLSA). Tempat apa ni? Ianya adalah pusat pameran hidupan akuatik, meliputi hidupan marin dan air tawar macam 'Aquaria KLCC' dan 'Underwater World Langkawi'. Ada banyak akuarium dan pelawat juga boleh melalui terowong kaca bawah air untuk lihat ikan laut dengan lebih dekat. SLSA ni terletak di Darling Harbour, berdekatan dengan jalan King Street, Sydney. Tak susah nak cari tempat ni. Disebelahnya ada Madame Tussauds dan Wild life Sydney Zoo. Memang dekat-dekat. Maklumat tiket boleh didapati di sini. Kalau tak silap aku, dalam AUD 28 harga online untuk seorang dewasa (adult). Tak ingat sangat sebab aku beli pakej untuk 4 tempat. Keseluruhannya, tempat ni ok walaupun tidak menyeluruh. Haiwan akuatik yang diketengahkan lebih merujuk kepada haiwan yang tinggal di Australia walaupun ada beberapa spesis yang diimport, mungkin. Kemudahan umum agak lengkap, termasuk kemudahan untuk OKU. Melalui lorong-lorong dalam SLSA ni, sebenarnya anda tidak akan perasan anda bergerak dalam akuarium dalam air, seolah-olah melalui tiub dalam kolam ternak ikan sangkar yang besar.





Bagi aku lah, antara keunikan tempat ni adalah dugongnya, ikan jerungnya, udang karangnya (lobster), ketam gergasi (macam dalam dokumentari 'deadliest catch') dan rangka ikan paus yang besar. Sebab benda-benda tu aku tak tengok life sebelum ni. Bayangkan pertama kali aku pegang telur ikan jerung di sini. Sebelum ni tak pernah terfikir pun macamana telur ikan jerung. Jerung memang terkenal di Australia Macam-macam spesis jerung yang ada, termasuklah yang terkenal iaitu 'Great White Shark'. Manakala dugong pula haiwan yang unik dan kian pupus. Aku rasa dugong ni macam ikan yang paling diberi perhatian je di sini. Siap ada pelantar terapung untuk demo beri ikan dugong makan. Manja betul ikan dugong ni dan pergerakannya amat perlahan dan lemah lembut, macam koala jugak arrr. Menariknya, dari pelantar tu boleh lihat terowong kaca gergasi dalam air yang dilalui oleh pelawat. Kiranya boleh tengok ikan dari atas dan dalam air. Selain tu macam biasalah, ada banyak spesis ikan dan crustaceans untuk dilihat termasuk siakap yang berenang hidup-hidup. Selama ni aku makan siakap tiga rasa je. Hahahahha. Ada jugak show untuk demo beri makan ikan lain. Biasalah, seperti di akuarium yang lain di Malaysia. Diam tak diam, lebih kurang dua jam lebih jugak la aku lepak kat sini, termasuk masa makan snek dan tangkap gambar. Dalam akuarium ni ada stalls dan gerai mini untuk jual makanan dan minuman. Tapi aku ada bekal makanan ringan. Sebabnya nanti makan tengah hari betul-betul la di restoran halal. Asyik tengok ikan je, aku pun nak ikan gak. Hehehehe.



Kuda laut, sepupu dan dua pupunya. Semuanya ada di 'Seahorse Safari' di SLSA ni. Heheheh.

 Ada show bagi ikan makan. Tapi aku tak larat nak tunggu lama sangat. Part ni kira biasa-biasa la.

 Salah satu spesis jerung yang ditunjukkan. Ni jerung pari kot?

 Haa murid-murid, gini ler ghupernya telur ikan jerung. Ini bukan siput sedut gajah ye! Kalau jumpa waktu nyelam, jangan ambil, takut mak dia datang. Kuikuikuikkui.

 Siapa tahu ni ikan apa? Kalau di sungai dah pasti keli atau baung. Kalau di laut? Semilang laaaa....Aku pernah jumpa life di Mersing, betul-betul di gigi air di Pantai Air Papan. Tapi ni semilang Australia kot, bukan semilang Mersing. Buat pengetahuan orang Australia yer, kami masak gulai kari ikan semilang ni, atau pun asam pedas. Korang tak pernah cuba?

 Tuuu diaaa....bangkai ikan paus. Besar tak? Banyak pulak jerung berenang masa aku tangkap gambar ni.

 Udang kara @ lobster.

 Sotong kurita gergasi. Buat sushi pun sodap!

 Haaaa, ni lah siakap tuan-tuan, kalau tak pernah tengok. Nak masak apa ni. Aku makin lapau ni.

 King crab - Ketam gergasi. Ketam ni terkenal di negara sejuk. Boleh dijumpai di Australia, New Zealand, New Foundland, Greenland dan kawasan Alaska.

 Dugong. Teringat aku cerita si Tenang. Patutlah orang kampung tu panggil si 'Tenang'. Memang tenang pun, cool je sepanjang masa tak kira tsunami ka, taufan ka, gempa bumi ka. Itulah sifat si dugong ni. Cuma kisah dongeng perempuan ikan duyong tu....aku difahamkan (ada orang beritahu) itu adalah kisah kelasi yang mabuk, ikan dugong pun dia nampak macam perempuan. Nama kelasi tersebut, nama kapal, dan bila dia belayar tu tidak pula dicatatkan. Kisah aje kot. Wallahu'alam.

 Dipelantar ni, pekerja beri makan ikan dugong.

Aikk? tak makan pun sayur tu. Dah la sayur special untuk dia. Aku nak pi makan pulak arrr.



2 comments:

  1. Hi..will be going to Sydney soon...but just for a short trip. Yup, will buy the 5 in 1 ticket, cheap, right? worth it... rasanya dlm 1 jam bolh habis x pusing2 aquarium ni..? people say it is smaller than our Aquaria. Betol ke..?

    ReplyDelete
  2. Hi. Hmm, sy boleh kate 'slightly' kecil siket dari Aquaria mungkin sebab di SLSA ni lebih compact. Rasanya 1 jam ok kot kalau buat express visit tanpa dengar talk & demo. Lg 1, nak masuk underwater tunnel tu (ada 2) berpusing-pusing dan toilet jauh dari situ.

    ReplyDelete