Nuffnang Ads

Thursday 28 August 2014

Bagaimana hendak ke Ben Thanh Market dari Tân Sơn Nhất International Airport dengan menaiki bas?

Kiriman kali ni, panduan macamana untuk ke Ben Thanh Market di Ho Chi MInh City dari Tân Sơn Nhất International Airport. Secara asasnya ada 3 cara;

1) Naik je teksi airport. (kos: VND 350,000)
2) Naik teksi Vinasun. (kos: aku rasa VND 150,000)
3) Naik bas. (kos: VND 20,000. Aku bawa 2 lagi beg besar, so kena lagi 20,000)

Jadi kalian pilihlah sama ada nak naik yang mana. Teksi airport, selesa la kot. Kalau beg besar macam 'kontena' banyak dan juga boleh 'claim', naik je lah teksi airport tu. Tapi mahal siket lah. Kalau naik teksi Vinasun, kene menapak, mungkin dalam 200-300m. Kos lebih murah siket. Mungkin separuh dari kos teksi airport. Ni aku baca blog orang. Aku tak naik pun sebab target memang nak naik bas. Naik bas, kos memang termurah, tapi kena tunggu lama siket. Orang dah agak penuh baru pemandu dia datang. Aku datang 2 orang, tapi sebab beg besar banyak, pemandu tu kira extra orang. Jumlahnya VND 40,000.Aik? Cam gitu yek?

Bagaimana cara nak naik bas?

Keluar je ke pintu utama selepas scan dengan kastam, terus BELOK KANAN. Ada kedai Burger King. Di kawasan tu ada bas bernombor 152. Ni lah bas ke Ben Thanh Market. INGAT, 152......152......152. Katalah kalau takde, jalan depan lagi siket, kurang dari 100m, ada pondok bas berbumbung dan tepinya/row belakangnya ada kedai. Memang bas 152 akan berhenti situ. Boleh tunggu di situ.

Keluar je pintu terus belok KANAN.

Nilah basnya. No 152, akan berhenti di stesen mini Cho Ben Thanh ( Ben Thanh Market).

Laluannya:
Bas akan ke District 3 (Quan 3) dulu, masuk District 1 dan seterusnya lalu jalan Le Lai/ Le Loi menuju bulatan besar depan Ben Thanh Market. Bulatan besar dengan patung di tengah, memang besar. Bukan bulatan kecil. Ada patung orang naik kuda di tengah. Bas 152 tu akan berhenti di stesen bas kecil Ben Thanh. Memang berhenti lama siket, jadi tak perlu ragu-ragu. Naik bas juga ambil masa yang lama, jadi tak perlu risau kalau pertama kali gunakan bas dan juga risau tak sampai-sampai. Kalau bas 152 tu, InsyaAllah, betullah tu. Jalan dalam HCMC memang jem teruk, jadi kalau naik bas, biasalah lambat siket sebab banyak hentian.

Pemandangan semasa menyusuri District 3. Sesak dengan motosikal.

Bas 152 tu akan berhenti di sini. Turun dan naikkan penumpang. Di stesen bas Ben Thanh.

 Macam ni lah rupanya stesen bas mini Ben Thanh. Betul-betul bertentang dengan
 Ben Thanh Market.


 Jalan sahaja ke belakang bangunan stesen bas tadi, tuuu diaaaaaaa......! Ben Thanh Market terbentang di hadapan anda. Kuatkan iman mu.......

Semasa sampai sini pertama kalinya, dengan izin-Nya aku dapat bantu satu pasangan warga Malaysia untuk cari tempat ni. Nasib baik mereka sempat ikut aku turun dari bas. Kalau tak, ntah mana la bas tu bawa mereka. Berjaya juga mereka sampai ke jalan menuju hotel mereka, cuma aku tak tahu dengan tepat lokasi hotel mereka. Tapi alhamdulillah aku tengok mereka ok je malamnya (terserempak tengah jalan, hehehehe). Diharap info ni dapat membantu para 'pemburu kain dan telekung' terutamanya dari Malaysia. Dalam DNA aku takde istilah shopping sakan (beli belah siket tu wajib arrr), tapi saja je nak bantu korang. Kepada kaum Adam di luar sana, kalau nak pergi HCMC, takyah la bagitau orang pompuan.....kecuali emak, isteri dan bos anda kalau dia perempuan la.

2 comments:

  1. Salam. Terbaiklah tuan. Saya nak ke HCMC 15.3.16 ni...nak pakai panduan tuan.

    ReplyDelete
  2. Salam. Terbaiklah tuan. Saya nak ke HCMC 15.3.16 ni...nak pakai panduan tuan.

    ReplyDelete