Hari pertama ni, bukan ada apa sangat. Bertolak dari rumah abang aku ke KLIA 2, melepak di KLIA 2 dan penerbangan aku bertolak pada tengah hari. Tiba di HCMC, naik bas ke hotel Thanh Thu yang terletak di Malaytown / Malay Street yang besebelahan dengan Ben Thanh Market. Bukan Ben 10 ye. Tips untuk naik bas ke Ben Thanh dari lapangan terbang Tan Son Nhat dinyatakan di sini. Mudah je. naik bas 152 yang ada di lapangan terbang tu. Sampai sahaja, lepas check in di hotel terus cari pakej untuk ke Chu Chi Tunnel dan Mekong Trip. Hotel pun ada tawarkan pakej tapi Mekong satu hari dan Chu Chi Tunnel berlainan hari. Nampaknya tak ok. Aku cuma ambil pakej 'Water Puppet Show' untuk malam ni aje. Seterusnya kitorang pun tinjau ejen pelancongan di sekitar kawasan hotel untuk terus memburu pakej Chu Chi dan Mekong untuk sehari. Memang banyak ejen pelancongan tapi sukar nak dapatkan pakej sehari ke Chu Chi Tunnel dan Mekong Exploration. Kebanyakan ejen tawarkan pakej sehari ke Mekong sebab perjalanannya jauh dan banyak aktiviti boleh dibuat di Mekong (kononnya lah). Chu Chi Tunnel pulak boleh habiskan masa dalam setengah hari je, sebab tak jauh sangat dan tak banyak guna masa semasa lawatan. Pusing punya pusing, akhirnya kami jumpa juga satu pakej yang tawarkan dua tempat ni dalam satu hari. Pakej termasuk kenderaan, pemandu, pemandu pelancong di Mekong, tiket masuk Chu Chi Tunnel, makan, pemandu pelancong di Chu Chi, tambang bot dan tol semualah....kecuali tips. Haaaa....ni 'hidden cost'. Jumlah perlu dibayar: RM 552.50 untuk dua orang. Selesai je bermuamalah dengan ejen ni, kami makan sebelum maghrib di Restoran Basiroh untuk dapatkan tenaga bagi proses muamalah pada malam ni pulak - water puppet dan pasar malam.
Loi Dat Travel Agent: Ni lah ejen pelancongan yang kami dapatkan trip ke
Chu Chi Tunnel dan Mekong Exploration dalam masa sehari. Lokasi: Jalan
Le Thanh Ton, selari dengan Malay Street.
Jalan Nguyen An Ninh ataupun ramai Malaysian kenal sebagai 'Malay Street'. Yang panggil Malaytown pun ada. Macam kat Guangzhou tu ada Afrikan street/village. Hehehehe. Di sini tak perlu risau makanan halal dan juga bahasa. Banyak restoran halal. Orang vietnam Kinh (ni Vietnam majoriti yang bukan Melayu Champa Annam tu) yang tinggal atau kerja di jalan ni ramai dah boleh cakap melayu siket2. Nak citer bangsa-bangsa yang ada di Vietnam ni, nanti lah tunggu kiriman yang lain. Panjang ooooo......
Bangunan untuk Water Puppet Show. Kami naik teksi ke sini. Nak beli tiket di sini pun boleh juga, murah RM3 berbanding harga yang kami beli di hotel. Tapi kena ingat, kalau lambat beli boleh habis cepat. Masa kami datang, penuh dengan mat salleh. Kalau beli di hotel, kira dah book siap2 la. Tu jela kelebihannya.
Sebahagian 'show' yang ada
Ni biasalah. Mesti citer legend sungai Mekong yang kononnya menempatkan naga. Tukang karut dia citer dalam bahasa Vietnam, manala aku paham.
Akhir sekali, para 'Master of Puppets' pun keluar untuk memperkenalkan diri masing-masing. Aku pun master of puppet jugak. Nanti aku buat yang lebih baik punya eh.
Seterusnnya, acara yang menjadi kegilaan orang-orang tertentu......heheheh. Pasar Malam. Kami menapak dari Water Puppet Show tu ke Ben Thanh semula ambil masa hanya lebih kurang 20 minit. Perrghhh. Ramai gile Malaysian di sini. Ramai Malaysian dan mat salleh. Lebih tepat lagi, melayu dengan mat salleh. Pasar malam ni dibuka lepas maghrib waktu Vietnam hingga lewat malam. Rasanya pukul 12 tgh malam kot. Aku tak pernah tunggu selama tu. Pukul 11 malam la paling lewat. Itu pun sebab nak tukar seluar yang tak muat pada hari lain. Ni lah masalah beli kat tempat macam ni. Murah tapi LEEEECEHHHHHH!
Kat pasar malam ni 'adventure' siket lah. Motor akan lalu di tengah2 pasar malam ni. Kena hati-hati.
Malam pertama je beratus jugak habis. Bukan barang aku yer....telekung aje. Aku mana boleh pakai telekung. Takpelah, orang kirim. Aku lebih suka selesaikan orang punya hajat dulu. Nanti jalan tak aman. Aku kaki jalan dan dilahirkan sebagai penjelajah, bukan kaki beli barang. Tiada siapa yang sempurna. Sekian.
No comments:
Post a Comment