Nuffnang Ads

Friday 12 September 2014

Ho Chi Minh City - Hari 3

Jelajah Sekitar Bandaraya HCMC


Hari ke-3, kembara HCMC diteruskan untuk melawat sekitar bandaraya HCMC ni. Lawatan ini telah merangkumi empat bangunan bersejarah dan tiga masjid. Bermula dengan HCMC Municipal Building, Notre Dame Church, General Post Office, Masjid Musulman, Masjid Ar Rahim dan Masjid Al Anwar. Semua jalan kaki. Kecuali masjid, kesemua bangunan bersejarah tersebut tinggalan penjajah Perancis. Maka tidak hairanlah rekabentuknya mempunyai senibina Perancis. Begitu juga dengan bangunan rumah kedai di sekitarnya. Kawasan dari Notre Dame Church hingga ke tebing sungai Sai Gon kini pesat membangun. Di sebalik kedai-kedai lama, terpacak banyak bangunan baru yang moden dan futuristik. Ini termasuklah bangunan yang seakan menara rebung di Kuala Lumpur. Seriously, almost the same design.

Bangunan Majlis Bandaran HCMC (City Hall), tinggalan penjajah Perancis di HCMC. Rekabentuk colonial french yang cantik. Bangunan ini masih lagi digunakan hingga kini. Bahagian hadapan mengadap satu 'boulevard' yang panjang sehingga ke sungai Sai Gon. Tapi masa aku sampai, kontraktor majlis sedang ubahsuai patung dan taman depan bangunan ni. Jadi tak nampak sangat lah cantiknya. Kalau tak, korang akan lihat macam di boulevard yang sambungkan Musee de Lourve, Arc de Triomphe, Hotel De La Conncorde, Grand Palais hingga ke Arc de Triomphe yang lagi satu, di Paris tu.

 Notre Dame Church, juga tinggalan penjajah Perancis. 

Ini pejabat pos besar HCMC. Betul-betul bersebelahan Notre Dame Church. Masih lagi digunakan sehingga sekarang. Kalau tak silap, di jalan belakang pejabat pos ni ada restoran halal. Di hadapan pejabat pos ni ada taman dan bulatan yang sambungkan ke Notre Dame Church. Menjadi tempat pasangan pengantin baru tangkap gambar.

Macam ni lah keadaan dalam pejabat pos tu. Biasa sahaja, cuma rekabentuk kolonialnya yang unik. Ramai pelancong masuk untuk tangkap gambar. Ramai juga yang beli poskad. Aku tak minat nak kumpul. Tengah tu gambar Ho Chi Minh.


Seterusnya aku bergerak ke Jalan Dong Du untuk cari Masjid Musulman. Di pertengahan jalan, jumpa Grand Theater HCMC. Ni pun binaan Perancis juga dan masih digunakan sehingga sekarang.


Inilah Masjid Musulman, di jalan Dong Du. Sayangnya seorang pun yang aku jumpa di sini tak boleh berbahasa Inggeris atau Melayu. Mana tahu kot-kot ada melayu champa. Tapi masa aku lawat tu, tiada. Masjid ni terletak di celah bangunan-bangunan tinggi. Di sebelah kiri dalam gambar ni Hotel Sheraton. Fuhh! Dahsyat tak? Sebelah Sheraton ada Masjid. Nasib baik masjid ni tak dipindahkan. Difahamkan masjid ni dulu ada madrasah, tetapi kini ditutup. Aku nak tanya lebih pun, orang yang aku jumpa di sini bukan reti. Hmmm....apa yang boleh, 'Assalamualaikum'....'Waalaikumussalam'. Itu je lah. Depan masjid ni ada restoran halal, 'Halal Saigon'. Alamat masjid ni adalah;

66, Dong Du, phường Ben Nghe, Quan 1, Vietnam



Perjalanan diteruskan untuk mencari Masjid Ar Rahim, yang dikatakan diantara masjid tertua di HCMC yang masih ada. Di simpang inilah, ke kanan menghala ke majlis bandaran, kiri pula menghala sungai Sai Gon. Depan tu, menghala ke Menara Rebung.

Akhir sekali, jumpalan masjid Ar Rahim ni. Siap ada tulis  'Malaysia dan Indonesia'. Apa maksudnya tu? Malang pulak tak jumpa seorang pun dalam kawasan masjid ni untuk tanya apa-apa. Dinyatakan masjid ni dibina pada tahun 1885. Di depan masjid ni ada penjaja makanan halal, nampak tak yang ada payung merah-putih tu? Kiri kanan masjid ni ada penempatan orang Islam dan kedai orang Islam. Alhamdulillah. Alamatnya:

45 Nam Ky Khoi Nghia St. Dist 1, Ho Chi Minh City, Vietnam

Perut aku pun dah lapar, aku kembali ke Ben Thanh untuk makan. Kali ni makan di Restoran Seri Penang, milik orang Malaysia tu. Lepas Zohor, aku teruskan misi mencari Masjid Jamiul Anwar, yang ada madrasah dan asrama untuk pelajar. Dalam masa sesingkat 4 hari ni, sekurang-kurangnya aku mesti jumpa budak-budak pondok ni. Nak tengok keadaan mereka dengan mata kepala aku sendiri. Shopping sakan? Sorry, not in my blood!

Haaa, jumpa jugak tempat ni. Masjid Jamiul Anwar, di District 8, jauh siket la. Kali ni aku terpaksa guna teksi dari Ben Thanh Market, kenalah VND 60,000 (lebih kurang RM10). Walaupun ada penunjuk anak panah dari tepi jalan besar (teksi dah tak boleh masuk, sempit benor jalannya) dan jaraknya hanya 200m dari tepi jalan besar, kalau tak tanya orang tempatan, korang boleh sesat. Terlalu banyak lorong sempit yang hanya sesuai untuk laluan penjalan kaki, basikal dan motorsikal sahaja. Nasib baik aku terjumpa budak-budak kampung main basikal. Mereka pakai kopiah dan aku agak mereka muslim. Aku tanya..."madrasah, di mana? masjid...madrasah...". Kalau aku cakap English pun bukan diorang reti. Cakap melayu je lah! Tanpa cakap tapi angguk tanda faham, budak tu pun bawak aku ke madrasah tu (dah macam ayam dengan itik kalau bercakap). Rupanya masjid dan madrasah tu satu bangunan aje, di celah-celah bangunan lain. Peerrgghhhhh! Cuba lihat gambar masjid di atas, aku dah tak boleh berundur ke belakang lagi untuk gambaran masjid yang lebih besar kerana begitu sempitnya lorong-lorong sekitar masjid ni.


Hooo, macam ni mereka hidup dan belajar ya. Amat tersentuh hati kalau tengok. Mereka ni tak ramai, dan nak belajar Islam, mengenal Allah tapi dalam keadaan yang serba kekurangan. Walaupun lawatan aku singkat, banyak benda aku rekodkan dengan tempat ni. Nanti aku sambung dalam entry yang lain.

2 comments:

  1. alhamdulillah kami dah ziarah masjid jami'ul anwar thn 2013.

    Masjid ar Rahim itu dibina oleh masyarakat malayaia dan indonesia long2 ago dulu di ho chi minh.

    thn 2013 dulu kami memang sengaja pilih hotel dekat dgn masjid ar Rahim supaya senang nak solat subuh. Org2 tua disitu masih lagi pandai cakap melayu, ada yg berasal dari kedah dll, ada yg berasal dari indonesia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Ya benar saudara. Di Ho Chi Minh ada banyak masjid dan sudah tentu berdekatan masjid ada kedai makan halal. Saya gembira dapat berkongsi maklumat dan diharap perkembangan islam di Vietnam terus mekar.InsyaAllah.

      Delete