Nuffnang Ads

Wednesday, 5 November 2014

Birmingham, UK

Nostalgic Birmingham

Birmingham - West Midlands, England. Nama manjanya ialah 'Birm' sebagaimana dipanggil oleh penduduk tempatan. Bukan BRIM.....hehehe. Dikatakan Birm adalah bandaraya kedua terbesar di United Kingdom. Tanah Birm jugalah merupakan tanah England (English Soil) yang pertama aku jejakkan kaki. Dah tentulah di Birm Airport. Dengan saiz yang besar dan penduduk yang padat, bandaraya ni dibahagi-bahagikan kepada beberapa zon. Macam KL juga, ada Sri Petaling, Setiawangsa, Bangsar, Hartamas dll. Orang Birm dipanggil 'Brummies'. Kepada yang pertama kali ke UK, jangan terkejut. Di West Midlands inilah daerah yang paling ramai Indian Britons. Kira Indian Brummies. Ini hakikat dan faktanya. Sehinggakan mereka tak namakan sebagai India, tetapi mereka boleh klasifikasikan terus sebagai Pakistani, Gujerati, Bangladeshi, Tamil dan lain-lain yang aku pun tak tahu. Amat berbeza dengan negara kita. Setiap kali aku melawat Birm, pasti aku tersesat (masa tu nak beli GPS pun tak mampu). Birm mempunyai sejarah yang panjang. Sebagai jantung di tengah England, Birm merupakan kawasan industri sejak dari zaman revolusi pertanian lagi. Sehingga kini kesan revolusi pertanian dan perindustrian boleh dilihat di Birm. Antaranya ialah 'canal' atau terusan kecil yang digunakan untuk angkut hasil pertanian dan arang batu untuk dibawa ke bandar pelabuhan seperti di London, Southhampton, Manchester-Liverpool. Canal ni masih lagi digunakan sehingga sekarang tetapi sebagai tarikan pelancong. Macam beca dan kereta lembu di Melaka. Sebagai bandar industri, natijahnya sewaktu Perang Dunia ke II Birm dan Coventry (jiran dekat) hancur dibom pihak Jerman. Yelah, sebab industrinya digunakan untuk buat peluru, kapal terbang, meriam dan sebagainya. Penduduk Islam keturunan India dan Pakistan yang ramai menyebabkan anda tiada masalah dengan masjid dan restoran halal. Merata-rata ada. Dan tidak ketinggalan juga. Seperti di Sydney, merata-rata jumpa Malaysian. Baik Malaysian melayu mahupun chinese. Apapun, rindu jugak aku kat tempat ni. Tak boleh tipu diri sendiri la.




Antara tempat yang pelancong akan pergi ialah Rag Market. Alah, macam adik beradik Haymarket kat Sydney. Ada jual baju, selimut, cadar dan barang kotemporari England yang lain. Jual makanan pun ada. Kadang-kadang dia buat pasar tani kat luar tu. Macam Grand Bazaar pun ada. Tapi aku rasa Grand Bazaar Istanbul lagi grand! Heheh.

Rekabentuk unik bangunan Bull Ring. Tak jauh dari Rag Market.


Di pintu masuk utara Birm - kawasan Aston. Aston ni macam Sentul di KL laaaa. Di sinilah ada kelab bolasepak Aston Villa.Di pintu masuk ke Aston ni lah kita boleh jumpa 'Spaghetti Junction' atau nama sebenarnya Gravelly Hill Interchange di M6. Hmm, M6 ya, jalan nak ke Manchester.


Setiap kali ke Birm, kitorang makan di sini. Shere Khan. Macam shere khan si rimau cerita Mowgli jer. Masakan India utara. Anda tak jumpa kari cair macam di Malaysia. Masakan India utara ni, karinya kering. Rempahnya lebih kawwww...kaw kaw punya rempah. Tapi perut aku ok je, no halnya.

Di City Centre ada NIA. Apa tu? National Indoor Arena. Di sinilah tempatnya All England berlangsung. Aku pernah tengok Lee Chong Wei lawan kat sini. 


Kawasan canal sekitar the NIA. Aku rasa tempat ni adalah tempat asal Birm. Nilah canal yang aku maksudkan.



Bahagian tengah Bull Ring. Bull Ring ni dulu pun pernah hancur dibom tentera udara Jerman semasa perang. Takde ape pun tempat ni. Macam KLCC la.

Jaguar, salah satu kereta kebanggaan UK. Salah satu kilangnya di Bromwich area, Birmingham. Selain tu, industri yang terkenal ialah coklat. Coklat Cadbury. Kilang asalnya di Bourneville.


No comments:

Post a Comment