Nuffnang Ads

Thursday, 20 November 2014

Long Beach, California, Bahagian II

Fuhh, lama betul tak sambung bahagian dua ni. Terlupa nak sambung sebenarnya. Ok lah, aku sambung cerita kembara aku di California ni. Sebenarnya rancangan aku, dari Reno ke Long Beach, pusing-pusing kejap, makan tengah hari dan terus ke Los Angeles untuk tido 2 malam. Dari Los Angeles balik ke Long Beach, pusing-pusing lagi dan terus balik ke Reno. Jadi aku tak ada sebarang idea tentang penginapan dan bermalam di Long Beach. Tapi aku tahu ada beberapa 'port' yang menempatkan beberapa restoran halal. Terima kasihlah pada pelajar Arab yang aku terjumpa di universiti CSULB yang tolong aku. Dari Reno, aku duduk tujuh jam dalam bas. Bas 'greyhound'. Duduk pulak sebelah mat saleh yang tak berapa terurus. Adooo yai! Sengsara sungguh. Nasib baik bas berhenti di beberapa tempat dan ada masa kena tukar bas. Lega siket. Pengembaraan dengan Greyhound ni memang 'horror' jugak la untuk aku. Lain kali kalau jauh nak naik flight aje rasanya atau pandu sendiri kereta.


Beginilah rupa bas Greyhound tu. Ada orang kata bas macam ni ada dua enjin. Boleh rehat satu dan satu lagi digunakan. Wallahu'alam. Sampai di Long Beach, pukul 5.30pg lebih kurang. Terkejut juga tengok stesen basnya. Keciknya. Samar-samar tatkala fajar menyinsing, aku pun keluar untuk ke hentian bas yang aku dah rancang. Walaupun tiada salju, boleh tahan jugak la sejuk. Menusuk ke tulang. Pertama, ke universiti yang pernah abang aku belajar - California State University Long Beach (CSLUB). Kemudian, apa lagi, pusing-pusing la mengukur tanah....hehehehe. Di CSLUB, terjumpa pulak sekumpulan pelajar Arab. Ada dari Saudi, Oman dan Yaman. Aku tanyalah mana restoran halal. Mereka cadangkan di 2nd street. Mereka pun nak ke sana, jadi aku ikutlah sekali naik bas. Orang kata, di tempat orang kena pandai sesuaikan diri. Oleh demikian (skema lah pulak), aku pun cuba la cakap Arab lintang pukang dengan budak-budak Arab tu. Cuba korek balik apa yang aku ingat dengan nahu yang berterabur. Bersemangat pulak budak-budak tu nak ajar aku. Hmmm, tu lah tricknya. Mulut kena ramah beb.Tiba sahaja di tengah-tengah 2nd Street, kami turun dan berpisah. Mereka sempat tunjukkan beberapa restoran halal di situ.



Macam ni lah stesen bas di Long Beach Boulevard, tak jauh dari East 15th Street.

Dalam perjalanan ke 2nd Street. Merentasi jalan tepi pantai.

Gini ler rupernya Long Beach yer? Ni dah masuk Ocean Boulevard kot? Jalan tepi pantai ala-ala causeway la gitu. Ada sedikit sebanyak macam di Port Dickson.

Mula masuk ke 2nd Street.

Salah satu kedai halal di 2nd Street. Tapi biasalah, di US ni kena hati-hati jugak. Kalau was-was atau ada rasa syubhah, jangan masuk.

Magic Lamp Restaurant. Haaa, aku makan di sini.

Aku ingat set nasi arab dengan kebab je, rupanya siap roti sekali. Perrhh, sebatang kebab tak abis makan. Diorang ni memang makan banyak ek? Tak macam Malaysian. Lepas makan, next station was the LA. Yeah! LA la sangat. Yuna, mung tunggu aku mai....Hahahha.


On the way nak ke stesen metro di 1st Street untuk ke LA. Nak dijadikan cerita, bas rosak tengah jalan. Haiiyyooooo.....Ini memberikan persepsi yang sedikit kurang enak la pada US. Hahahahah, aku naik bas kat kampung tak pernah rosak dan berhenti tengah jalan pun walaupun bas lebih buruk. Terpaksalah menapak dalam 400-500m kot. Nasib baik bawak beg galas traveller.

Sebelum ke LA, aku merayau dulu di sekitar Long Beach City Centre. Lengang sedikit.

Ada akuarium besar. Maklumlah, sebelah lautan pasifik.

Dari stesen metro 1st Street, aku menuju ke LA. Nama station: Downtown Long Beach Station. Tambang tak mahal pun, dalam RM 5-6 kot. Dalam 40minit sampailah di 7th Street LA.

Sekitar bandar Long Beach. Dalam metro menuju LA. Sepanjang perjalanan, arahan dan maklumat semuanya disebut dalam dua bahasa, English dan Spanish.

Setelah selesai melawat LA, aku amik metro ke stesen bas. Tak jauh dari stesen bas tu ada Muslim Society of Long Beach. Ada sorang mamat yang nampak macam mencurigakan. Dia tanya nak apa? Aku takut jugak kalau-kalau dia nak 'POW' aku. Rupanya dia jaga tempat ni. Nama glamer dia apa ntah aku tak ingat, tapi nama islamnya Abdul Kareem. Hmmm, kan sedap tu. Tak payah la letak nama glamer. Orang Yaman pun. Memang arab.

Macam nilah dalam masjidnya. Ada buat solat Jumaat. Menurut En. Kareem, masyarakat Islam Long Beach sedang tunggu pembinaan masjid baru siap. Bila siap nanti mereka akan pindah ke situ. Alhamdulillah syukur.


No comments:

Post a Comment