Nuffnang Ads

Showing posts with label Long Beach. Show all posts
Showing posts with label Long Beach. Show all posts

Thursday, 20 November 2014

Long Beach, California, Bahagian II

Fuhh, lama betul tak sambung bahagian dua ni. Terlupa nak sambung sebenarnya. Ok lah, aku sambung cerita kembara aku di California ni. Sebenarnya rancangan aku, dari Reno ke Long Beach, pusing-pusing kejap, makan tengah hari dan terus ke Los Angeles untuk tido 2 malam. Dari Los Angeles balik ke Long Beach, pusing-pusing lagi dan terus balik ke Reno. Jadi aku tak ada sebarang idea tentang penginapan dan bermalam di Long Beach. Tapi aku tahu ada beberapa 'port' yang menempatkan beberapa restoran halal. Terima kasihlah pada pelajar Arab yang aku terjumpa di universiti CSULB yang tolong aku. Dari Reno, aku duduk tujuh jam dalam bas. Bas 'greyhound'. Duduk pulak sebelah mat saleh yang tak berapa terurus. Adooo yai! Sengsara sungguh. Nasib baik bas berhenti di beberapa tempat dan ada masa kena tukar bas. Lega siket. Pengembaraan dengan Greyhound ni memang 'horror' jugak la untuk aku. Lain kali kalau jauh nak naik flight aje rasanya atau pandu sendiri kereta.


Beginilah rupa bas Greyhound tu. Ada orang kata bas macam ni ada dua enjin. Boleh rehat satu dan satu lagi digunakan. Wallahu'alam. Sampai di Long Beach, pukul 5.30pg lebih kurang. Terkejut juga tengok stesen basnya. Keciknya. Samar-samar tatkala fajar menyinsing, aku pun keluar untuk ke hentian bas yang aku dah rancang. Walaupun tiada salju, boleh tahan jugak la sejuk. Menusuk ke tulang. Pertama, ke universiti yang pernah abang aku belajar - California State University Long Beach (CSLUB). Kemudian, apa lagi, pusing-pusing la mengukur tanah....hehehehe. Di CSLUB, terjumpa pulak sekumpulan pelajar Arab. Ada dari Saudi, Oman dan Yaman. Aku tanyalah mana restoran halal. Mereka cadangkan di 2nd street. Mereka pun nak ke sana, jadi aku ikutlah sekali naik bas. Orang kata, di tempat orang kena pandai sesuaikan diri. Oleh demikian (skema lah pulak), aku pun cuba la cakap Arab lintang pukang dengan budak-budak Arab tu. Cuba korek balik apa yang aku ingat dengan nahu yang berterabur. Bersemangat pulak budak-budak tu nak ajar aku. Hmmm, tu lah tricknya. Mulut kena ramah beb.Tiba sahaja di tengah-tengah 2nd Street, kami turun dan berpisah. Mereka sempat tunjukkan beberapa restoran halal di situ.

Thursday, 12 December 2013

Long Beach, California, Bahagian I



Long Beach, sebuah kota persisiran pantai (waterfront city) terletak kira-kira 40km di selatan Los Angeles (LA). Bagi aku tempat ini menarik dan lebih tenang berbanding LA yang padat dan sibuk. Seperti LA, Long Beach menempatkan banyak penduduk keturunan Hispanic dan Afrika. Di tempat awam seperti di stesen bas dan keretapi, makluman akan diberikan dalam dua bahasa iaitu Inggeris dan Sepanyol. Rekabentuk rumah di sekitar bandar ni juga mempunyai ciri-ciri rekabentuk Sepanyol. Semasa ke sini dengan bas Greyhound (kalau boleh aku tak nak naik lagi bas macam ni), ada seorang pakcik tegur aku, "Cino?" dengan loghat pekat Sepanyol. Muko den nampak macam cino ke? Baru den tau loghat orang Hispanic macam Minang. Heheheh. Aku jawab, "No, Malay". Dia tak paham. Aku cakap, "I'm Malay, from Malaysia, you know Malaysia, Indonesia, Thailand....". Dia agak terpinga-pinga. Lepas cerita panjang lebar baru dia faham. Nampaknya tak semua orang Amerika tahu dunia luar.