Nuffnang Ads

Showing posts with label Medan. Show all posts
Showing posts with label Medan. Show all posts

Friday, 30 May 2014

Medan, Indonesia

Ziarah Bangsa Terpisah - Medan, Indonesia


Sekiranya sebut Medan - Indonesia, sudah pasti ramai yang tergambar pakej lawatan ke Danau Toba. Medan bukan sekadar itu sebenarnya. Dari Medan, kita juga boleh ke Aceh, Brastagi dan Tebing Tinggi. Ataupun bagi yang nak lebih mencabar, takde keje cari keje, boleh lah panjat Gunung Sinubung (masa aku di Brastagi berasap-asap gunung nih), jika dibenarkanlah. Hehehe. Silap-silap haribulan mati sesak nafas terhidu gas sulfur. Bagi pengkaji sejarah dan perkembangan Islam Asia Tenggara pulak, dari Medan mereka boleh menjelajah mencari pusat pemerintahan kerajaan Islam lama seperti Pasai, Aru dan Perlak yang terletak di timur Aceh yang wujud zaman pre-Kesultanan Melaka dan kerajaan yang wujud post-Kesultanan Melaka iaitu Deli, Serdang, Asahan dan Langkat. Jadi, kenapa aku ke Medan? Hanya nak melawat Medan-Brastagi-Danau Toba (tempat ni semua tido satu malam) dengan beberapa objektif sebenarnya, tapi dapat lah capai siket-siket sebab kekangan masa dan duit. Secara asasnya aku nak melawat tinggalan sejarah Kesultanan Deli, santai-santai sambil makan pisang kaki di Brastagi dan menjejak tempat tinggal kaum Batak ala-ala National Geographic gitu. Masa aku kecik, aku ingat Indonesia = Jawa, Jawa = Indonesia. Sebenarnya tak. Orang Jawa dari Pulau Jawa dan itu pun tak sepenuhnya. Di barat Pulau Jawa ada orang Sunda dan Betawi. Bagaimana pulak dengan Sumatera? Di Sumatera ada Aceh, Minang, Melayu, Batak dan lain-lain etnik kecil seperti 'Orang Kubu'. Medan, majoritinya orang Melayu. Exactly, mukanya, rupanya, gayanya, pakaian tradisionalnya serupa dengan orang Melayu Malaysia cuma bahasanya menggunakan bahasa Indonesia. Makan? Tak perlu risau sebab sama je dengan menu masakan Melayu. Cuma perlu berhati-hati kerana banyak juga kedai tak halal. Cuba semak dan tengok betul-betul sebelum masuk ke restoran tu.