Musim Sejuk di Reno
Musim sejuk dari November hingga Januari - agak sejuk di waktu siang, tapi 'sejuk giler' di waktu malam, terutamanya pukul 2-4pg. Tapi masa aku sampai sini, tak selalu ada salji. Tempat ni memang pelik, yelah, cuaca macam gurun tapi empat musim. Ramai orang kata, cuaca di California macam Sepanyol. Itu memang tepat tapi Nevada ni, aku susah nak kata ikut kawasan mana. Semuanya Allah yang tentukan. Walaupun tempat ni nampak kosong, dan macam mundur tapi hakikatnya aku rasa yang paling kaya. Dalam travelog aku sebelum ni pernah aku tulis Nevada sahaja adalah pengeluar emas ketiga terbesar di dunia. Musim sejuk-sejuk ni, tak ke mana lah aku, kecuali awal tahun baru tu aku ke San Fran, jumpa sepupu. Masa lain, duduk diam-diam buat keje lah. Heheheh. Makan-tido-makan-tido. Tapi solat tak lupe laaaa. Nasib baik jugak lah apartmen aku ni ada gimnasium tertutup. Bole la jugak gerakkan otot-otot yang terhibernasi ni.


