Nuffnang Ads

Showing posts with label Guangzhou. Show all posts
Showing posts with label Guangzhou. Show all posts

Thursday, 10 October 2013

Guangzhou, China, Bahagian V

Pabila stadium jadi pusat ba'ek (jual beli)..........

Salah satu pengalaman menarik di Guangzhou yang aku lalui. Jika beberapa jalan kecil di Malaysia dijadikan ke pasar malam, dewan atau padang di England dijadikan 'car boot sale' (begitu juga tempat parking stadium Shah Alam, hehehe), tempat parkir depan restoran dijadikan ruang makan, berlainan keadaannya di Guangzhou. Trek pecut dalam stadium dijadikan pusat beli belah. Pasti Usain Bolt tangkap nangis nengoknyer. Uhuk...uhuk.....Tapi kes ni masih tak boleh lawan di Maeklong, Thailand la. Pasar atas landasan keretapi beb. Cuma agak menarik dan mereka pandai jaga kawasan supaya tidak bersepah. Macam-macam ada dijual disitu. Ubat akar kayu, baju, kekacang, beg, cadar, sarung bantal, kain langsir, selimut, teh cina dll. Aku ada jumpa jugak pakaian berjenama antarabangsa. Buatan China la kot. Murah la jugak. Kat mana tempat ni? Guangdong People Stadium, bersebelahan China International Center. Tak jauh dari sini ada Martyrs' Park dan Guangzhou's Museum of Modern History. Jika naik metro, cari line 1, turun di stesen Martyrs' Park, keluar pintu A (Hero Square). Alamat:18号‎ Jiaochang West Road,Yuexiu, Guangzhou, Guangdong, China.
 
                                                   Selamat Datang ke Stadium Rakyat Guangdong....

Tuesday, 8 October 2013

Guangzhou, China, Bahagian IV

Beijing Road, Guangzhou

Salah satu destinasi yang ramai orang singgah di Guangzhou ialah 'Beijing Lu'. Lu yang 'keras' ya, baru lah maksudnya jalan/road (Lu lembut baru lah maksudnya awak/kamu). Seperti biasa, Guangzhou dari dulu hingga sekarang adalah pusat perniagaan. Apa yang ditawarkan di Beijing Rd. ni adalah barangan tekstil. Kena ingat ya, tekstil ni pun ada macam-macam kategori; nak borong ke,beli sedikit, design moden ke, kain ela ke, langsir ke, cadar ke dll. Di Beijing Rd. ni banyak pakaian yang agak esklusif dijual dan kurang sesuai untuk beli borong. Macam Wang Fu Jing di Beijing la. Kalau nak beli borong ada tempat lain yang lebih sesuai. Selain baju, kain dan seluar, barangan lain seperti beg, kasut, assesori badan dan cendera mata - cendera hati pun ada dijual di sini. Ala, macam teddy bear tue. Tapi aku tak beli ape pun di sini. Beli beg je, itu pun memang dah rancang.


Sunday, 6 October 2013

Guangzhou, China, Bahagian III

Makanan Halal di Guangzhou (Central), China

Lokasi Masjid, restoran halal dan beberapa tempat menarik untuk dilawati

Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam kiriman yang lepas, terdapat ramai muslim di Guangzhou. Sedikit sebanyak tidak perlu rasa risau tentang makanan halal. Banyak restoran halal, kecik (stall), sederhana (warung) dan besar (esklusif), semua ada. Cuma lokasinya tertumpu pada tempat-tempat tertentu. Biasanya mesti berdekatan dengan masjid (macam biasalah!). Boleh rujuk peta yang aku dah ubahsuai di atas. Simbol halal jelas terpampang dan pekerja muslim semuanya berpakaian agak sama. Agak mudah la nak kenalpasti. Pemilik restoran juga muslim. Lebih menarik lagi, anda boleh pilih nak makan apa. Setakat ni aku jumpa restoran halal yang jual makanan Turki, India, Arab, Pakistan, Afrika, China Xinjiang dan China Kantonis. Hmmm, ada jugak restoran China yang jual makanan dari Perlis....Saya ulang, PERLIS! Perlis pulak tu, spesifikya. Unik kan? Ok, nanti kita tengok gambar. Sebelum tu aku senaraikan dulu beberapa zon restoran milik orang muslim. Aku kategorikan sebagai zon sebab ada banyak restoran halal di situ.
  1. Yuexiu (berdekatan Yuexiu Park dan Saad Abi Waqqas Mosque)
  2. Guangta Lu (berdekatan Huaisheng Mosque)
  3. Xiaobei (Metro Line 5)

Thursday, 5 September 2013

Guangzhou, China, Bahagian II

Islam dan Muslimin di Guangzhou

Hmm, lawatan ke Guangzhou adalah di antara lawatan aku yg berbaloi-baloi. Bukan berbaloi dari segi wang ringgit, Yuan renminbi mahupun Euro, tapi banyak kenangan dan pengajaran yang bermakna dalam kehidupan yang tak abadi di dunia ni. Tak reti aku nak cerita macamana, cuma apa yang boleh dikatakan niat yang ikhlas, mengamalkan perbuatan yang baik secara positif dan bertawakkal sepenuhnya kepada Allah - InsyaAllah, Allah akan lindungi kita dan memberikan pertolongan yang tak disangka-sangka. Sebagai 'backpacker' tegar, salah satu prinsip yang aku pegang adalah "Jangkakan apa yang tidak dijangka" Fuhh, berfalsafah pulak aku. Dalam Englishnya; 'Expect the unexpected'.Maklumlah, nak pergi ke tempat yang tak pernah sampai, bahasa yang tak faham, tulisan yang tak reti nak di baca, apa lagi yang anda boleh harapkan? Itulah yang nak aku cuba sampaikan. Pasti akan ada perkara yang tak terjangka dan pertolongan juga mungkin akan tiba dengan cara yang tak terjangka.

Saturday, 31 August 2013

Guangzhou, China, Bahagian I

Guangzhou - tanah negara China yang kedua aku jejakkan kaki (sebab aku tak pasti nak kata Hong Kong tu tanah China atau tidak dan tak nak berdebat pasal tu). Pertama sekali adalah Beijing. Aku tidak ke sini dengan kapal terbang mahupun kapal laut, tapi dengan keretapi. Huh! Pelik tak? Hahahah. Bukan dari Malaysia ye, tapi dari Hong Kong. Terletak di daerah Guangdong, Guangzhou ni dulu pernah dikenali sebagai Canton semasa zaman British menjajah sambil berniaga di China. Rata-rata orang cina di sini bertutur dalam bahasa kantonis. Saiz bandaraya ini agak besar, banyak juga jalan raya yang berselirat, banyak bangunan tinggi dan bandaraya ni terbahagi kepada beberapa zon. Difahamkan juga Guangzhou adalah salah satu destinasi terakhir 'Jalan Sutera Darat' dan merupakan satu-satunya destinasi terakhir 'Jalan Sutera Laut' di sebelah timur (pernyataan ini mungkin tidak benar tetapi berdasarkan kajian sendiri). Jadi tidak hairanlah Guangzhou ni menjadi 'syurga' membeli belah. Nanti aku cerite bab beli belah ni kemudian. Anda tidak perlu terperanjat kerana bukan orang cina sahaja yang ramai di sini tetapi juga orang Melayu, Afrika, India dan mereka dari barat China seperti orang-orang dari Xinjiang. Jangan terkejut ya! Sampai ada kedai yang terima duit ringgit Malaysia dan boleh sebut beberapa frasa dalam bahasa Melayu! Wow! Di Istanbul pun macam tu, di Beijing pun macam tu, London pun macam tu. Di Malaysia pulak ramai orang Melayu dah boleh 'berbahasa Korea' walaupun sejemput-jemput. Kesimpulan yang tak seberapa, kalau anda 'cinta' kan sesuatu tu semuanya boleh jadi, terpulanglah cinta pada apa, duitnyer ke, budayanya ke, rumahnye ke, orangnye ke, keretanya ke....Dunia....duniaaaa......