Nuffnang Ads

Monday, 3 June 2013

Paris, Bahagian I

Eiffel Tower, mercu tanda utama Paris dan Perancis
Pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Paris, macam-macam gambaran terlintas dalam fikiran aku. Macamana la agaknya tempat yang dikatakan kota cinta ni? Kenapa dikatakan kota cinta? Adakah tempat ini kota fesyen? Bagaimana agaknya tempat yang pernah menjadi tempat tinggal Napoleon ni? Ini adalah beberapa contoh persoalan yang bermain di minda aku sebaik aku keluar dari lapangan terbang Orly. Aku ke sini dalam bulan Mei. Kalau anda dari Malaysia, anda akan rasa...oh! nyamannya. Tapi kalau anda dari negara2 di utara Perancis....Ah! panasnya! Mula-mula seperti dijangka, rata-rata orang Paris atau Parisian agak sukar berbahasa Inggeris. Kalau di lapangan terbang tu, ok lagi lah. Nak beli tiket keretapi masih boleh berkomunikasi lagi. Tapi bila masuk sahaja ke kawasan Paris, amat sukar nak berkomunikasi. Aku cuba sebut nama jalan di hotel, mereka tak faham. Setelah beberapa kali betulkan 'qalqalah' baru ok la siket, mereka faham. Dalam keretapi dari lapangan terbang ke pusat bandar, ada pulak hiburan tak disuruh tapi kena bagi sagu hati - eh? macamana tu? Ada la sorang perempuan ni nyanyi, nasib baik sedap didengar - korang boleh agak kot ritma lagu klasik Perancis dengan alunan akordion (kalau tak silap aku la nama benda alah tu). Lepas abis nyanyi, kawan dia yang tadi tu tadah topi nak kutip duit. Setakat aku tulis entri ni, tak pernah aku jumpa situasi macam ni kat tempat lain.
Berbalik pada Paris, bandaraya ni berpusat di tebing sungai Seine, di suatu kawasan berpulau.
Sungai Seine

Di pulau sungai itulah berdirinya Notre Dame Cathedral yang besar itu (ni pulak macam KL la, Masjid Jamek di pertemuan dua sungai kira titik asal kelahiran Kuala Lumpur). Berdekatan dengan Notre Dame ni terbinanya 'Town Hall' Paris bernama De Ville Hotel (macam pejabat majlis perbandaran gitu). Aku tak nafikan, memang kagum melihat senibina bangunan di sini. Aku rasa, di Malaysia ramai yang berminat dengan konis siling rumah, tapi di sini mereka membuatnya untuk di luar bangunan yang lebih ekstrim cuacanya. Wahai kontraktor konis di negaraku, belajarlah cara buat konis di Paris ye! La conise La Paris, bonjour!bonjour! (Ni belum masuk rekabentuk di Itali, Iran dan Sepanyol lagi ya) Di jalan-jalan kecil banyak terdapat kafe dan brasserie yang asli dan inilah suasana sebenar di sini. Di Malaysia ada apa ya? Dome? San Francisco? Starbuck? Delifrance? Rata-rata pengusaha kafe di Paris dah jalankan perniagaan mereka lama dulu. Oleh itu kebanyakan kafe adalah turun temurun. Kira macam kita punya Briyani Power, Ani Sup Utara, Sate Kajang Samuri dll. (kedai nasi kandar nak masuk tak?)
Cafe (warung) di Paris
Untuk bergerak di sekitar Paris, aku pilih keretapi bawah tanah aje (Metro). Untuk gunakan keretapi ni kena ada sedikit kemahiran membaca peta. Selain tu, masalah bahasa tadi lah. Matawang semuanya dalam Euro. Boleh dapatkan kad the Paris Pass untuk mudahkan pergerakan di samping dapat diskaun untuk masuk ke tempat tertentu. http://www.parispass.com/paris-pass-prices.php. Tempat aku melepak juga tak jauh dari stesen metro. Aku ni memang macam tu. Suka pada tempat strategik. Hotel aku namanya AU Pacific di Jalan Fondary (rue fondary). Tak jauh dari Eiffel Tower. Kalau nak ke Eiffel Tower tu, jika naik metro, turunlah di stesen Bir Hakiem. Kena menapak siket dalam 10-15 minit dan nampaklah Champs de Mars tu. Aku sampai situ dah nak marghrib, nampaklah cahaya kelip2. Tapi tak sempat nak naik, malas la, da malam. Cuba lihat betul-betul gambar kat bawah ni, diabadikan pada struktur Eiffel Tower tu. Kenal tak nama-nama tu? Laplace, Ampere, Navier, Legendre, Lavoiser - ni je lah yang macam aku pernah dengar masa jadi budak sekolah dulu. Rasa-rasa kalau kita ada menara macam ni nak letak nama siapa ya? Adakah perlu menara seperti itu? Jawab la sendiri ya.
Nama-nama tokoh di Eiffel Tower
Di tempat aku lepak ni juga ada kedai halal Afrika Utara, aku tak pasti asal peniaga tu orang Algeria atau Morocco. Harga makanan, mahal siket la. Aku makan piza dan air tin je dah 17 euro. Nak murah? Bawak la maggi. Yang seronok tu, siap ada pasar pagi lagi. Jual buah, pashmina, selendang Perancis, baju dll. Aku paling suka buah ceri Perancis yang fresh tu. Perrghhh! Memang kene dengan tekak aku. Orang lain aku tak tau la.
Ruang tengah muzium
Di Paris ni aku ronda ke kawasan sekitar Notre Dame dan Palais Royal. Di Palais Royal ni ada bekas istana yang kini dijadikan muzium - Musee de Louvre (musi di loughu). Bersebelahan muzium tu ada Conseil D'etat. Macamana nak ke sini? Ada 2-3 pintu masuk ke metro bawah tanah. Naik teksi dan bas pun boleh. Dalam muzium de Louvre ni ada banyak artifak, barang antik dan barang-barang seni. Macam-macam barang seni dari seluruh dunia.  Aku tak masuk sampai dalam pun sebab mungkin kurang menghayati seni macam mereka ni. Harga masuk 15 Euro. Buka setiap hari kecuali Selasa. Waktu masuk dari 9.00pg  - 6.00ptg (Isnin, Khamis, Sabtu, Ahad) dan 9.00pg - 9.45mlm (Rabu & Jumaat). Ada la beberapa orang peminat seni duduk di tepi-tepi koridor cuba lukis dan cari ilham. Walaupun tak masuk, masih boleh merayau-rayau la sekitar muzium ni. Itu pun da ok sebab ada yang dia buka untuk tatapan umum dalam cermin kaca. Kepada sesiapa berjiwa seni bolehlah melawat tempat ini ya. Di tengah-tengah muzium ada kawasan lapang dan ada piramid kaca. Dari kawasan terbuka muzium ni, ada boulevard memanjang (panjang sangat) mengadap ke Arc de Triumph di penghujungya. Di arca inilah pelbagai jenis askar pernah berkawad lepas mereka berjaya menawan Paris. Ini termasuk semasa di zaman Napoleon, askar Nazi dan askar Berikat. Cuma tempat yang aku tak sempat pergi adalah Masjid Besar Paris dan bekas penjara Bastille sebab kesuntukan masa. Lagipun penjara tu dah rata dah, naik bangunan lain.Takpe, aku mesti datang lain kali, tapi nak ke Marsaille pulak ah.

Jadi, kesimpulannya, di manakah yang dikatakan kota cinta tu? Mungkin suasana di sini kot, banyak taman-taman bunga dengan bangunan cantik. Taman bunga mereka bukan kecil, penuh satu boulevard dan kat sini memang banyak boulevard. Justeru, saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan sekalian, jangan lah buat perkara tak elok ya di mana-mana pun. Gunakanlah taman bunga tu untuk mendidik dan meluangkan masa lapang dengan adik-adik/anak-anak anda. Ajar mereka tentang fotosintesis lebih besar faedahnya. Sekian.

Notre Dame

Piramid di Musee de Lourve

The Dome, tempat komersial

La Defense, tempat komersial

Portes de Lions Entrance, bertentang Musee de Lourve

No comments:

Post a Comment