Guangzhou - tanah negara China yang kedua aku jejakkan kaki (sebab aku tak pasti nak kata Hong Kong tu tanah China atau tidak dan tak nak berdebat pasal tu). Pertama sekali adalah Beijing. Aku tidak ke sini dengan kapal terbang mahupun kapal laut, tapi dengan keretapi. Huh! Pelik tak? Hahahah. Bukan dari Malaysia ye, tapi dari Hong Kong. Terletak di daerah Guangdong, Guangzhou ni dulu pernah dikenali sebagai Canton semasa zaman British menjajah sambil berniaga di China. Rata-rata orang cina di sini bertutur dalam bahasa kantonis. Saiz bandaraya ini agak besar, banyak juga jalan raya yang berselirat, banyak bangunan tinggi dan bandaraya ni terbahagi kepada beberapa zon. Difahamkan juga Guangzhou adalah salah satu destinasi terakhir 'Jalan Sutera Darat' dan merupakan satu-satunya destinasi terakhir 'Jalan Sutera Laut' di sebelah timur (pernyataan ini mungkin tidak benar tetapi berdasarkan kajian sendiri). Jadi tidak hairanlah Guangzhou ni menjadi 'syurga' membeli belah. Nanti aku cerite bab beli belah ni kemudian. Anda tidak perlu terperanjat kerana bukan orang cina sahaja yang ramai di sini tetapi juga orang Melayu, Afrika, India dan mereka dari barat China seperti orang-orang dari Xinjiang. Jangan terkejut ya! Sampai ada kedai yang terima duit ringgit Malaysia dan boleh sebut beberapa frasa dalam bahasa Melayu! Wow! Di Istanbul pun macam tu, di Beijing pun macam tu, London pun macam tu. Di Malaysia pulak ramai orang Melayu dah boleh 'berbahasa Korea' walaupun sejemput-jemput. Kesimpulan yang tak seberapa, kalau anda 'cinta' kan sesuatu tu semuanya boleh jadi, terpulanglah cinta pada apa, duitnyer ke, budayanya ke, rumahnye ke, orangnye ke, keretanya ke....Dunia....duniaaaa......
|
Canton Tower, tak jauh dari Pearl River (gambar dari Pearl
River Cruise) |
Salah satu aktiviti yang kurang wajar atau agak rugi untuk dilepaskan ialah naik bot 'Pearl River Cruise'. Ada tiga jeti untuk naik cruise ni iaitu: Tianzi Wharf, Xidi Wharf dan Dashatou Wharf. Aku naik dari Tianzi Wharf, yang berdekatan Haizu Square dan terletak di hujung sekali Beijing Road. Harganya sekepala lebih kurang RM 30-45 seorang. Ini bergantung pada masa dan juga jenis feri yang digunakan
link. Feri yang aku naik ni siap ada teh cina percuma. Biasanya bahagian atas feri terbuka, jadi bolehlah para penumpang naik ke atas untuk menikmati suasa malam di Guangzhou yang indah sambil menghirup udara segar jika tidak hujan dan taufan tidak melanda. Jika tidak makan angin taufan la jawabnye. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam. Di sekitar tepi sungai ni bangunan-bangunan yang ada dihias cantik dengan lampu dan ada juga pertunjukan laser. Agak sama seperti di Hong Kong yang boleh dilihat di Area of Stars yang percuma tu. Tapi naik Pearl River Cruise ni kena bayar, maka nilai 'cruise' ni memang ada dan pengalaman lebih bermakna berbanding dengan yang percuma di Hong Kong tu. Jika anda naik kapal antik cina di Hong Kong tu pun kena bayar juga. Jikalau rasa tak larat nak jalan seluruh Guangzhou, boleh la ye naik river cruise ni. Secara tidak langsung dapat lihat banyak mercu tanda Guangzhou.
|
Kaunter tiket, Tianzi Wharf, berdekatan Haizu Square |
|
Haiyin Bridge (ala-ala burung Phoenix gitu) |
|
Xing Hai Concert Hall |
|
Gini le ghupernye salah satu feri Pearl River Cruise |
|
Pemandangan cantik waktu malam |
|
Haizu Square - Ada kompleks shopping tapi mahal siket arr |
Salam,
ReplyDeleteBoleh Berkongsi Itinerary Guangzhou Kepada Saya?
Terima kasih
Maaf tak perasan ada comment. Ada email?
Delete