Nuffnang Ads

Thursday, 5 September 2013

Guangzhou, China, Bahagian II

Islam dan Muslimin di Guangzhou

Hmm, lawatan ke Guangzhou adalah di antara lawatan aku yg berbaloi-baloi. Bukan berbaloi dari segi wang ringgit, Yuan renminbi mahupun Euro, tapi banyak kenangan dan pengajaran yang bermakna dalam kehidupan yang tak abadi di dunia ni. Tak reti aku nak cerita macamana, cuma apa yang boleh dikatakan niat yang ikhlas, mengamalkan perbuatan yang baik secara positif dan bertawakkal sepenuhnya kepada Allah - InsyaAllah, Allah akan lindungi kita dan memberikan pertolongan yang tak disangka-sangka. Sebagai 'backpacker' tegar, salah satu prinsip yang aku pegang adalah "Jangkakan apa yang tidak dijangka" Fuhh, berfalsafah pulak aku. Dalam Englishnya; 'Expect the unexpected'.Maklumlah, nak pergi ke tempat yang tak pernah sampai, bahasa yang tak faham, tulisan yang tak reti nak di baca, apa lagi yang anda boleh harapkan? Itulah yang nak aku cuba sampaikan. Pasti akan ada perkara yang tak terjangka dan pertolongan juga mungkin akan tiba dengan cara yang tak terjangka.

Itu baru pengenalan. Di Guangzhou, sejarah Islam dah bermula lama dah. Sejak di zaman Rasullullah S.A.W lagi, usaha untuk menyebarkan Islam telah dijalankan. Di Guangzhou lah dikatakan tempat utusan tersebut dihantar oleh baginda S.A.W. Di zaman khalifah Uthman bin Affan pula, salah seorang sahabat iaitu Saad Abi Waqqas telah diamanahkan untuk mengetuai ekspedisi ke China melalui jalan laut - juga tertumpu di Guangzhou. Kenapa semuanya Guangzhou? Itu menunjukkan Guangzhou telah menjadi tempat perdagangan sejak beribu tahun dahulu, bukan setakat berdagang dengan Korea dan Jepun, tetapi urusan perdagangan mereka sehingga ke Teluk Parsi. Salah satu misi aku ke Guangzhou ni adalah untuk menziarahi kubur sahabat kepada Saad Abi Waqqas di Jiefang North Lu (Lu = jalan). Di sini mungkin ada sedikit kekeliruan kerana ramai juga yang menganggap Saad Abi Waqqas di makamkan di sini dan ada juga yang mengatakan sebenarnya makam beliau di Perkuburan Baqi, Madinah, Arab Saudi - wallahu'alam, Allah lebih mengetahui. Kata hatiku berat lebih menyatakan bukan di sini. Sebagai bahan tambahan sila rujuk sini.

Secara keseluruhan kawasan ini seolah-olah diwartakan sebagai kawasan yang dilindungi, dan dari luar nampak macam taman biasa. Kawasan di sini agak luas, jenuh jugak la berjalan. Ada tanah perkuburan, masjid, kawasan lapang dan berdekatan dengan tempat ni ada kedai runcit halal. Suasana amat tenang dan damai. Di sini juga ada perigi yang digunakan para sahabat dulu. Aku pun minum lah siket. Setakat ni, ok, takde sakit perut ke, kembung ke. Makan pulut perut jadi kembung waktu raya adalah. Hehehe. Dalam banyak-banyak kubur tu, ada satu yang di selia dengan rapi. Mungkin inikah dia? Wallahua'lam. Bau kemenyan cina amat kuat di kubur ni, tapi harum la. Tak tipu. Kubur ini dilindungi oleh satu bangunan kecil di cat hijau (lihat gambar di bawah). Waktu aku masuk, ada seorang Pakistan kot sedang baca Quran. Masjid yang ada pula, tidaklah besar sangat. Rasanya masjid Huaisheng lebih besar. Di pintu masuk bahagian utara, kira-kira 100 - 200 meter dari pintu ini ada beberapa warung halal. Agak mudah nak kesan orang muslim di sini, majoriti lelaki memakai kopiah putih dan perempuannya bertudung. Memang ramai. Anda tak akan terfikir berapa ramainya muslim di Guangzhou apatah lagi seluruh China. Untuk ke sini, boleh naik teksi, bas atau underground tube (train). Jika naik teksi, minta bawa ke Lanpu Road, sebelah Jiefang North Lu. Lanpu Rd. ni akan bawa anda ke pintu masuk bahagian selatan. Jika naik train, ambik line 2 (biru), berhenti di Yuexiu Park station, keluar di pintu B2. Tempat ni bertentang dengan Yuexiu Park, yang ada monumen Five Ram Statue (kambing 5 ekor tue). Jadi kalau susah sangat, cari je tempat tu, lepas tu seberang jalan.Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh mereka ini yang telah bersusah payah menyebarkan Islam di timur.


Anak panah merah menunjukkan kawasan masjid dan kubur para sahabat/pendakwah asal


Di luar pintu masuk, ada banyak muslim jual kebab atau roti


Haaa, nilah perigi sahabat tue

Kedai runcit halal

Di luar pintu utara

Pintu masuk ke Masjid dan 'Raudah Abi Waqas' - baca tulisan arab tuh


Nilah maqam yang istimewa tu


No comments:

Post a Comment